bersua kembali... paparan kali ini ialah bagaimana peralatan yang perlu dan penyambung in car entertainment (ICE) bagi sesebuah kereta. ramai dalam kalangan kita menaik taraf sistem audio kereta masing-masing tetapi menyerahkannya kepada kedai accessories untuk memasangnya, padahal kita sendiri pun boleh melakukan kerja-kerja pemasangan ice sistem pada kereta kita. bolehlah berjimat sedikit...

ini ialah simple diagram ICE sistem kereta saya tapi bunyi tidak mengecewakan, bolehlah.... saya menggunakan HU ALpine menggunakan preamp EPSILON. dari preamp pergi ke 2 bijik power amp. power amp 2 channel pertama untuk drive sepasang woofer dan satu lagi power amp 4 channel untuk drive sepasang tweeter dan sepasang midrange di pintu hadapan kiri dan kanan. itu saja yang saya gunakan, tidak ada speaker belakang 6 x 9 seperti kebanyakan yang terpasang pada kereta wira sedan
head unit ALPINE 2nd frekuensi malaysia. ada dalam kalangan peminat kereta menggunakan head unit dari japan tetapi frekuensi tidak sama sepert di negara kita, kena pakai booster untuk mendapatkan siran radio malaysia, tetapi frekuensi tetap tidak menunjukkan nombor yang sama untuk siaran tempatan. terus terang saya katakan saya memang tidak berminat dengan head unit japan
ini ialah preamp EPSILON 7 band parametric yang mendapat signal input dengan menggunakan RCA cable dari head unit dan dari sinilah disalurkan kepada sepasang power amp dengan menggunakan 2 unit RCA cable

dari power amp pertama, channel 1 dan 2 sambung ke tweeter, yang kebiasaannya ditempatkan di atas dashboard atau mana-mana tempat yang difikirkan sesuai. gambar tweeter di atas hanyalah hiasan sahaja. boleh pilih mana-mana tweeter yang terdapat di pasaran semasa

contoh power amp... pilihlah power amp yang berjenama sedikit dan jangan terpedaya dengan tulisan watt pada jenama biasa kerana ternyata berlainan dengan watt sebenar, melainkan yang berjenama terkenal
inilah midrange yang saya gunakan pada pintu kanan dan kiri untuk menaikkan lagi bunyi mid pada sistem bunyi dan dapat menyerlahkan lagi vokal pada setiap bunyi

ini contoh speaker midrange yang terdapat di pasaran. yang 2nd pun banyak orang jual seperi alpine, carozzeria dan lain-lain
sepasang woofer yang saya gunakan iaitu type dual voive coil, single coil pun tak ada masalah asalkan RMS dan watt mencukupi dan bersesuaian dengan penggunaan power amp yang dipakai

contoh sub woofer lain

cd changer yang digunakan dan disambung terus dari HU ke changer

untuk menyambungkan power 12v ke power amp perlukan power cable seperti di atas. cable ini boleh didapati di mana-mana kedai accessories dan dapatkan ukuran sepatutnya untuk digunakan pada kereta anda

power cable disambung ke direct terminal positif bateri di dalam engine bay dan kira-kira 1 kaki dari terminal hendaklah dipasang fuse seperti di atas

cable lug boleh dibeli di kedai elektrik untuk menyambung power cable ke bateri dan ke power amp. cable lug ini juga boleh digunakan untuk menyambung punca negatif dari power amp ke ground atau body kereta. seboleh-bolehnya sambung negatif ke power amp sependek yang boleh dan selalunya saya sambungkan ke nat untuk seat

RCA cable diperlukan untuk menyambung dari HU ke preamp dan dari preamp ke power amp. pilihlah RCA cable yang ok, banyak terdapat di kedai ecc

speaker cable untuk penyambungan dari power amp ke mana-mana speaker yang dipasang pada kereta. salah satu petua untuk mengelakkan bunyi gangguan enjin pada speaker ialah asingkan laluan power 12v ke power amp dengan cable ke speaker, iaitu sebaik-baiknya jangan susun sekali cable power 12v dengan cable speaker
