Cara Menggunakan Timing Light

timing light perlu digunakan untuk memastikan tahap kedudukan ignition timing kereta dalam keadaan baik. kita boleh mengubah kedudukan distributor untuk mendapat posisi crank berada pada keadaan yang tepat dengan degree yang betul. penggunaan timing membolehkan kita menala kedudukan ignition timing pada sesebuah kenderaan sama ada kedudukan advance atau retard dan semestinya membawa kesan yang berbeza pada sesebuah kereta. kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah kedudukan distributor tanpa bantuan alat ini kerana kemungkinan pelarasan yang kita lakukan itu tidak tepat. tetapi ada juga pomen yang mahir hanya menggunakan deria pendengaran sahaja untuk melaras kedudukan distributor dan kedudukan ignition timing sesebuah kereta


ini rupa timing light dan ada yang lebih baik lagi iaitu advance automobile timing light yang boleh mencecah harga ribuan ringgit. gambar atas brand MR. MARK pun dah memadai. kalau brand mahal kita boleh setkan pada bahagian belakang timing light berapa degree yang kita inginkan dan kemudiannya barulah kita boleh melaras ignition timing dengan tepat. kalau menggunakan sist MUT (multi unit tester atau komputer) pun boleh kita mengetahui bacaan ignition timing, lagi senang nak adjust


ini distributor kereta nadi 4G9x dan kalau kat wira sekarang yang mempunya ecu siemen kedudukan ini tidak dapat diubah, jadi kena tuning menggunakan MUT. hanya pada kerata proton bacth terdahulu sahaja mempunyai distributor seperti ini. longgarkan skru bersaiz 12mm untuk mengubah kedudukan ditributor supaya sesuai dengan kedudukan bacaan crank yang dikehendaki nanti. distributor tidak boleh diubah sewenang-wenangnya tanpa timing light



klipkan kepada wire plug piston no. 1 dan ada sesetengah klip ini mempunya marking bertanda panah iaitu menunjukkan arah tertentu yang perlu kita patuhi semasa dipasangkan pada wire plug itu nanti


klip negatif dan positif ke bateri kereta. pastikan pada masa ini kereta belum dihidupkan lagi


nampak soket brown kat atas. soket ini ialah untuk sambungkan ke ground atau kat mana-mana body kereta semasa proses mengubah kedudukan distributor.


kalau soket ini disambungkan ke groud bacaan degree pada crank nanti yang perlu ialah 5BTDC dan kalau tak sambungkan pada ground bacaan yang perlu pada marking crank ialah 10BTDC


ini tempat nak halakan timing light tu. start enjin dan halakan timing light ke arah marking crank pulley dan di sini kita akan dapat lihat kedudukan marking crank pulley dengan marking degree dekat cover enjin tu. kita akan dapat lihat marking crank pada degree tertentu yang ditandakan dengan T, 5 dan 10, oleh itu anda perlu mengubah kedudukan distributor untuk mendapatkan bacaan 5BTDC atau 10BTDC seperti yang dinyatakan di atas. boleh juga untuk setting advance atau retard


halakan timing light dan cahaya berkelip-kelip akan menampakkan marking crank pulley.

selamat mencuba
jumpa lagi