Clutch Super Touring

kali ini bagaimana proses menukar clutch super touring kat sebuah satria 4G13. proses ini boleh dikatakan agak sukar dan mencabar kerana banyak kerja perlu dilakukan seperti buka crossmember, drive shaft, gear cable, mounting dan lain-lain lagi. tapi tak mengapa... tengok gambar sebagai rujukan dan kalau kalau ada keyakinan dan tools yang mencukupi memang boleh buat sendiri, lagi jimat daripada serah pada pomen yang kita tidak dikenali. owner satria ini hanya memasukkan clutch super touring bersaiz 8 inci sahaja memandangkan enjin asalnya ialah 1300. saya kira pun dah memadai dengan flywheel super touring ini dengan kapasiti enjin yang sedia ada. kalau enjin 1.5 maka boleh menggunakan flywheel dan set clutch 8.5 inci


proses membuka nat gearbox bersaiz 14mm di sekeliling housing gearbox. tetapi ada satu nat yang bersaiz 12mm di bahagian belakang bawah gearbox yang berhampiran dengan inner cv joint driveshaft. jack hendaklah diletakkan pada bahagian enjin iaitu pada bahagian oil sump supaya apabila gear dibuka nanti tidak menyebabkan enjin menjadi senget atau pun jatuh ke bawah


gear box yang berjaya dibuka... berat boleh tahan lah jugak walaupun gearbox untuk enjin 1.3 litre sahaja. kalau gearbox 4 wheel seperti gearbox gsr atau evo lagi mencabar kalau kerja macam ni. terlalu berat sehinggakan kalau nak buat kerja penukaran set clutch secara seorang diri, rasanya tak dapat nak masukkan nanti pada blok enjin


proses pemasang clutch sedang dilakukan. anda boleh lihat maca batang kayu kat tengah-tengah clutch tu. itu ialah alignment tool untuk clutch yang direka sendiri. sebenarnya ada clutch alignment tool yang dijual tetapi sangat susah nak dapat kat tempat kita. jadi jalan mudah ialah ambil sebatang kayu bulat yang sesuai dengan lubang clutch plate dan masukkan sahaja pada lubang berkenan. tujuannya ialah supaya clutch plate berada pada kedudukan center dan memudahkan kita memasang clutch


kerja mengikat nat flywheel dan clutch lebih baik sekiranya anda menggunakan torque wrench supaya sekata setiap tekana ikatan skru. kalau tak ada torque wrench boleh lah gunakan tool biasa, tak ada masalah pun


kayu tu merupakan clutch alignment yang dibuat sendiri seperti yang dijelaskan di atas tadi. fungsi benda ni ialah untuk memastikan kedudukan clutch plate betul-betul center supaya senang untuk dipasang gearbox nanti. kedudukan clutch plate yang senget juga boleh menyebabkan gegaran berlaku semasa driving


clutch standard 4G13P bersaiz 7" kot... tak pasti sangat berapa ukurannya


clutch super touring 8"

banyak jack digunakan... nak naikkan gearbox guna 3 jack, hehe...


kemasan akhir setelah gearbox dipasang. pasang semula mana-mana bahagian yang dibuka sebelumnya

masukkan gear oil yang baru sebanyak 2 liter

sincerely
jefftacra