Nuffnang

Tuesday, September 7, 2010

Fungsi Termostat





termostat memainkan peranan penting bagi mengawal suhu/temp enjin kereta. kalau termostat dah jem atau tak terbuka boleh menyebabkan enjin overheat. ada juga kes termostat jem yang sentiasa terbuka dan ini boleh menyebabkan enjin lambat panas. jadi termostat ini penting dan perlu bagi sesebuah kenderaan. tapi pomen kata tak payah guna termostat pun tak apa. so terpulang pada individu itu sendiri sama ada nak pakai atau tidak. pendapat saya lebih baik pakai



termostat mempunyai suhu yang tertentu dan suhu inilah yang mempengaruhi buka dan tutup bagi membenarkan air mengalir di dalam blok dan melengkapkan pusingan air bagi sesesuah enjin. gambar atas 82c iaitu untuk wira/4g9x



yang ni 76.5C iaitu untuk 4g92 mivec. bagi enjin mivec sangat penting termostat ini dan kalau tak pakai benda ini mivec jadi sebu atau kadang-kadang tidak open sistem mivec. ada member yang buka benda ni kat enjin mivec atas saranan pomen tapi kereta jadi tak best... pasang semula baru ok. sama jugak kot dengan vtec


perbezaan antara termostat mivec (kiri) dan 4g91/2/3 (kanan)


petikan kata-kata kawan yang tak pakai termostat, hehhee....

"kalau mivec, vtec, neo vvl mesti kena ada benda alah ni, penting gile benda ni. aku tak pakai termostat kat mivec dulu, time rembat malam-malam temp enjin suku jek, mivec xopen dan rev cut kat 6500rpm. semalam pasang balik, hehhe respon enjin memang rasa lain."


kalau lama tak buka termostat ni try buka sekali, tengok macamana keadaannya. berkeladak atau tidak. buka cuci dan buang segala kotoran kat termostat. bersihkan juga housing termostat, cuba tekan spring main atau tidak. kalau dah tak elok tukar baru je... kat spare part ada jual. bila nak pasang balik tak perlu gam gasket apa-apa sebab o-ring dah ada just pasang je. bila dah pasang cek takut ada leaking.


oleh itu penggunaan termostat penting. fungsinya juga nak bagi enjin cepat panas kalau pagi-pagi. fungsi dia macam hold air supaya tidak melalui kat radiator masa panaskan enjin bila cold start. bila enjin sejuk termo dalam keadaan tertutup dan bila air dah panas baru termo tu terbuka dan beri laluan untuk air panas terus masuk ke radiator untuk disejukkan kembali. tepuk dada tanya selera....

gambar dari web

gambar dari web



terima kasih

selamat berpuasa dan selamat hari raya
maaf zahir batin

37 comments:

  1. termostat iswara kt bleh mne di enjin ye.

    ReplyDelete
  2. kat iswara - cuba tengok hujung hose air dari radiator atas, ikut je paip tu dan kebiasaannya ada termostat kat hujung hose yang bersambung dengan enjin

    ReplyDelete
  3. boleh rujuk gambar no. 9 kat thread head gasket 4G15. hujung hose air tu ada termostat

    ReplyDelete
  4. termostat tu x nmpk ke dari luar?
    ke mmg kt dlm.
    bleh ke aku bukk sendiri?
    ape brg yg perlu di beli sebelum nak tukr?

    ReplyDelete
  5. termostat duk kat dalam, ada dua nat je kat situ. beli termostat baru je dan pasang. kalau pakai coolant kena beli lah pulak sebab masa buka nanti air akan keluar.

    ReplyDelete
  6. pasl pe tempreture naik ble memndu 160kmj?
    tempreture terus naik je.
    terus x turun.
    ble perlahn bru turun balik.

    ReplyDelete
  7. ada masalah dengan cooling system

    ReplyDelete
  8. mcm mne plak tu?
    kne tukr barng ke?

    ReplyDelete
  9. kalau temp naik masuk top speed bukan termostat je yang perlu diperiksa, malahan radiator, waterpump dan yang berkaitan dengan cooling system kereta kena check dulu

    ReplyDelete
  10. bleh x senaraikn barang yg berkenaan dengan coling system?
    aku pakai iswara standed je.
    yang aku ingat.
    aku dh ganti semua berkenaan dengan cooling system.
    pun same jgk.
    aku dh cek termostat aku.
    rupanye xde.
    aku pasang ngan yg bru.
    tapi klu xde termostat msti enjin nk sejuk je.
    ini x.
    bwk 160 je mtr nk naik jgk.
    agak aku la.
    btol ke.
    klu slh.
    btol kn ye.
    bnde ni dh berlarutan sampai setaun lebih tu.
    x dpt punca jgk.

    ReplyDelete
  11. dia suruh kau jgn bawak laju...giler 160 bang...nk buang nyawa ke?

    ReplyDelete
  12. klu cooling system dah sumer cek..try tgk ko nyer gasket lak..gasket head x cun tu..atau head dah bengkok skit..ada kuo asap x?

    ReplyDelete
  13. yer betul.
    kelmari aku check air dalam radiator
    enjin masih sejuk bila buka cap air tendang balik.
    2 hari check pun sama.
    buka tengok termostart, getah dah tak berapa cantik.
    buat sementara aku tak pakai termostart. petang time balik keja hujan lebat, singgah farmasi sambil enjin idling ngan aircond on.
    apa yg aku tgk kat sini temp naik sket dari biasa, time cruising memang sejuk.
    sabtu aku pasang balik termostart bersama sama coolan nissan kaler hijau. siap test merembat dulu, petang enjin dah sejuk tiada lagi air tendang. hari ahad pula bertolak ke unisel.. temp cantik dan paras air pun cantik.
    betul kata kata abang jeff. elok pakai lah termostart tu

    ReplyDelete
  14. betul tu, kena pakai thermostat, memang ada function tertentu demi kesihatan enjin kereta anda

    ReplyDelete
  15. Bro tacra..

    mivec mmg pakai themostat yg 76.5c ka?? bkn 82c mcm 4g93P?? andai pakai yang 82C nya apa akan jd???

    ReplyDelete
  16. standard mivec memang pakai 76.5C dan kalau pakai 82C pun takde masalah. saya pakai sekarang 82C sebab susah nak dapat 76.5C

    ReplyDelete
  17. saya pernah pakai kedua-dua thermostat ni masa pakai injin 4G93P.. std datang dari kilang 82C.. pas service radiator saya tukar thermostat ni ke 76.5C, Apa yg berlaku, pepagi start injin ideal mcm krg stabil bila di amati betui.. pastu bila kita rev utk highspeed keta jd lembab @ liat utk dpt topspeed. pastu sy tukar blk ke 82C semua jd sediakala.. top speed pon senang2.. cuma skrg ni bila dh msk head mivec, sy x taw nk guna thermostat yg mn sbb sy x taw origanal spec kilang pakai celcius. Tp bila bro tarca gtaw 76.5C sy akan tukar. pastu nk test running tgk

    ReplyDelete
  18. Saya tengok di pasaran sekarang ada thermostat 71c.
    Kalau saya masuk kat wira 1.5m VDO ok ke abang jeff?
    mohd_azrul@rocketmail.com

    ReplyDelete
  19. sujairy.. standard termostat bagi 92 mivec memang 76.5'c

    ReplyDelete
  20. mana nak dapat termostat mivec ni abang jeff?
    masuk kat wira 1.5 boleh ke abang jeff?

    ReplyDelete
  21. beli dulu kat ebay UK untuk 76.5' rasanya tak boleh masuk kat wira 1.5

    ReplyDelete
  22. En Jeff... keta saya kalau speeding melebihi 110 km/j long distance temp akan naik melebihi separuh. Rasanye apa problemnye ?... dah cuba tukar termostat... radiator pun baru service...

    ReplyDelete
  23. salam..en jeff, bang nak tya klu psg sndri trmostat juz plug n play je la ek???
    temp keta sy low je, mybe bnda ni x de...kdg mlm x smpi 1 bar pon
    lg 1 sy nk tya byk bnda sal keta ni...al maklum la br je pki, 2 pon 2nd..x nk la kang g bgkel kna tipu je..

    zulhairiosman@yahoo.com

    ReplyDelete
  24. salam jeff.. nak tanya thermostat housing 4g91 ada banyak jenis ke.. sebab sy ada tukar head 4g91 tapi thermostat housing x ngam saiz ,head yag baru tukar lubang mounting dia kecil..x ngam

    ReplyDelete
  25. selalunya sama je kot, saya pun tak berapa pasti jugak

    ReplyDelete
  26. saya setuju..bagi enjin fuel injection,thermostat ni sangat penting!!kalau rosak ganti saja yang baru,bukan mahal pun,murah saja kat kedai spare part

    ReplyDelete
  27. salam,nak tny la. mivec aku baru lepas upgrade. sebelum overhaul mivec kadang2 je buka, dh upgrade same jugak. ape sebab?? kalau radiator pakai double layer blh jd ke?? termostat ok je.yg pelik skang ni, mase enjin sejuk buka je, tp dah lame jalan, enjin panas, xnk plak buka.

    ReplyDelete
  28. gasket thermostat wira 1.3 ni kena pakai tak? bape ringgit?

    ReplyDelete
  29. kete saya termostat dah rosak. pomen cabut keluar. pomen cakap tak perlu pakai pun takpe.... betul ke? apa kesan pada enjin jangka masa panjang?

    ReplyDelete
  30. Lebih baik pakai thermostat sebab ada gunanya pada sesebuah kereta. Enjin kereta beroperasi ke tahap terbaik bergantung pada kepnasan tertentu dan peranan inilah dimainkan oleh termostat untuk mengawal suhu dalaman enjin. Lagipun kalau tak pakai thermostat cold start pagi2 memang lambat panas

    ReplyDelete
  31. Salam bro jeff,
    baru buka engine 4G91 cek thermotat,
    Tengok tak ada pon..rupanya dari dulu pomen dah buang.. lepas tu terus gi beli termostat RM45 sebiji..petang ni baru nak pasang .. esok nak start pagi-pagi tgk ada perubahan..harap ingine semakian baik...

    ReplyDelete
  32. Hi i pakai keyte persona 1.6 i pegi workshop check keyte i ovreheat..then dieorg bgtahu termostat problem..n diorg kate kalo tukar pun termostat problem same akan ade dlm 5 bulan mcm tu..then die org kate takyah pakai termostat bgus lagi. Hmmmm confius la..pls abg jeff help me

    ReplyDelete
  33. Hi i pakai keyte persona 1.6 i pegi workshop check keyte i ovreheat..then dieorg bgtahu termostat problem..n diorg kate kalo tukar pun termostat problem same akan ade dlm 5 bulan mcm tu..then die org kate takyah pakai termostat bgus lagi. Hmmmm confius la..pls abg jeff help me

    ReplyDelete
  34. sebaiknya kena pakai thermostat untuk mengawal suhu enjin supaya dapat beroperasi dengan baik. thermostat ini jem kerana kemungkinan air bercampur dengan karat, elakkan menggunakan air paip dalam radiator

    ReplyDelete
  35. Bro Jef ,
    Klu proton wira 1.5 auto , air radiator selalu kering lepas isi 2-3 hari , dan dlm tangki putih spare full pulak.....nape ....ye...Apa masalah disini ..tlg bg pendapat..TQ

    ReplyDelete
  36. Bro Jef ,
    Klu proton wira 1.5 auto , air radiator selalu kering lepas isi 2-3 hari , dan dlm tangki putih spare full pulak.....nape ....ye...Apa masalah disini ..tlg bg pendapat..TQ

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang