Fungsi Termostat



termostat memainkan peranan penting bagi mengawal suhu/temp enjin kereta. kalau termostat dah jem atau tak terbuka boleh menyebabkan enjin overheat. ada juga kes termostat jem yang sentiasa terbuka dan ini boleh menyebabkan enjin lambat panas. jadi termostat ini penting dan perlu bagi sesebuah kenderaan. tapi pomen kata tak payah guna termostat pun tak apa. so terpulang pada individu itu sendiri sama ada nak pakai atau tidak. pendapat saya lebih baik pakai


termostat mempunyai suhu yang tertentu dan suhu inilah yang mempengaruhi buka dan tutup bagi membenarkan air mengalir di dalam blok dan melengkapkan pusingan air bagi sesesuah enjin. gambar atas 82c iaitu untuk wira/4g9x


yang ni 76.5C iaitu untuk 4g92 mivec. bagi enjin mivec sangat penting termostat ini dan kalau tak pakai benda ini mivec jadi sebu atau kadang-kadang tidak open sistem mivec. ada member yang buka benda ni kat enjin mivec atas saranan pomen tapi kereta jadi tak best... pasang semula baru ok. sama jugak kot dengan vtec


perbezaan antara termostat mivec (kiri) dan 4g91/2/3 (kanan)


petikan kata-kata kawan yang tak pakai termostat, hehhee....

"kalau mivec, vtec, neo vvl mesti kena ada benda alah ni, penting gile benda ni. aku tak pakai termostat kat mivec dulu, time rembat malam-malam temp enjin suku jek, mivec xopen dan rev cut kat 6500rpm. semalam pasang balik, hehhe respon enjin memang rasa lain."


kalau lama tak buka termostat ni try buka sekali, tengok macamana keadaannya. berkeladak atau tidak. buka cuci dan buang segala kotoran kat termostat. bersihkan juga housing termostat, cuba tekan spring main atau tidak. kalau dah tak elok tukar baru je... kat spare part ada jual. bila nak pasang balik tak perlu gam gasket apa-apa sebab o-ring dah ada just pasang je. bila dah pasang cek takut ada leaking.


oleh itu penggunaan termostat penting. fungsinya juga nak bagi enjin cepat panas kalau pagi-pagi. fungsi dia macam hold air supaya tidak melalui kat radiator masa panaskan enjin bila cold start. bila enjin sejuk termo dalam keadaan tertutup dan bila air dah panas baru termo tu terbuka dan beri laluan untuk air panas terus masuk ke radiator untuk disejukkan kembali. tepuk dada tanya selera....

gambar dari web

gambar dari web



terima kasih

selamat berpuasa dan selamat hari raya
maaf zahir batin