Braided Brake Hose

sistem braking kereta amat penting untuk menjamin keselamatan terutamanya semasa membrek. oleh hendaklah kita selalu memeriksa sistem brek kereta kita agar dapat beroperasi dengan cemerlang demi keselamatan kita dan keluarga kita. entri kali ini saya paparkan bagaimana cara menukar hose brake standard ke braided brake hose yang boleh memantapkan lagi sistem braking kereta. ramai orang mampu upgrade enjin tetapi aspek braking selalu dilupakan dan diambil mudah. braided hose tidak akan mengembang walaupun hard braking jika dibandingkan dengan hose standard. bukan tak boleh pakai hose standard tetapi sekiranya menggunakan braided hose boleh menambahkan lagi kemampuan brek kereta kita

jalan-jalan kedai potong jumpa hafkat evo3 dan ternampaklah braided hose, apa lagi rasa berkenan dan setelah tawar menawar akhirnya jadilah milik saya. harganya boleh dikatakan mampu milik jugak. kebiasaanya ada tokey halfcut tak nak jual secara berasingan hose brake ini, selalunya jual satu dengan sistem brek atau pun jual pakej halfcut terus. pandai-pandai lah kita pujuk tokey supaya dapat jual apa yang kita kehendaki secara berasingan. banyak juga runner halfcut yang menjual braided hose brake ini. selalu lah belek atau tengok-tengok sama ada dalam FB atau mana-mana blog yang menjualnya secara online


inilah satu set braided hose brake setelah dibuka daripada kereta halfcut. satu set kesemuanya 4 unit untuk hadapan dan belakang kereta yang menggunakan keempat-empat sistem disc brek. kala yang menggunakan drum brek di belakang dan ingin menggunakan braided hose, ada jual di kedai performance yang dikhaskan untuk drum brek, kerana hose belakang agak berlainan sedikit dengan yang menggunakan disc


brand SFIDA dari hafkat EVO3 kemungkinan made in japan


cuci dahulu untuk menghilangkan kotoran terutamanya minyak. tak nak cuci pun tak apa, tak ada masalah. boleh terus pasang pada kereta kita. semasa mencuci pastikan bahagian saluran hose tidak dimasukki air

tutup dahulu hujung hose supaya tidak dimasukki air


proses membuka hose asal dijalankan, gunakan flare wrench saiz 10mm. flare wrench digunakan supaya nat pada hose minyak brek ini tidak haus atau loose. masa buka nanti minyak brake akan keluar dan jangan risau sebab hanya sedikit sahaja yang keluar


buka nat saiz 14mm kat caliper dan pada masa ini minyak brek akan mulai keluar. so, untuk elakkan kekotoran pada tempat kerja anda maka bolehlah alas dengan apa-apa bahan


pasangkan braided hose dan ikat dengan sebaiknya bagi mengelakkan kebocoran nanti


hose belakang yang siap dipasang


hose depan pun dah siap


setelah semuanya siap jangan lupa tambah minyak brek dan proses bleeding hendaklah dijalankan bagi menghilangkan buih-buih angin yang ada dalam hose. KLIK SINI untuk mendapatkan cara-cara yang perlu dilakukan untuk proses bleeding sistem brek kereta anda

sincerely : jefftacra