aepatutnya kalau on aircond rpm kereta akan naik sedikit daripada kebiasaan. ini bertujuan untuk mengawal engine daripada turun secara mendadak dan ficd (fast idling control device) yang bertugas untuk mengawal rpm engine ketika ini. ada sesetegah pemilik kereta yang mengalami masalah iaitu bila on aircond rpm turun sehingga bergegar kereta dan dalam kes yang teruk boleh menyebabkan kereta mati. untuk mengatasi masalah ini anda boleh menambah FICD dari kereta TOYOTA iaitu rpm kereta boleh dilaras ketika on aircond sama ada tinggi atau rendah


ini diagram pemasangan asas FICD kat enjin, konsepnya sama dengan mana-mana enjin sama ada mitsu atau proton seperti yang ditunjukkan di atas

gambar ambik dari net (credit to owner). ada 3 tempat penting untuk pemasangan FICD kat engine 4G15/13 iaitu hose untuk breather, pcv valve hose dan wayar 12v compressor

perlukan 2 t-joint yang boleh didapati di kedai hardware, saiznya hedaklah bersesuaian dengan hose iaitu 7mm yang akan digunakan nanti. satu t-joint diperlukan pada breather hose dan satu lagi di pcv valve hose
inilah rupa FICD toyota, made in japan yang selalu digunakan oleh pemilik enjin mitsu atau proton untuk mengatasi masalah idling semasa on aircond
A sambungkan hose ke breather hose dan B sambung ke pcv valve hose. boleh potong hose berkenaan dan letakkan t-joint seterunya seterusnya sambung ke A dan B seperti ini
semasa on aircond rpm kereta perlu dilaras semula iaitu dengan menaikkan sedikit rpm daripada kebiasaan idling kereta. katakan idling kereta anda dalam keadaan biasa 800rpm, on aircond dan adjust kat bertanda panah tu sehingga 850rpm. arah jam turunkan rpm dan lawan jam naikkan rpm. ada sesetengah ficd menggunakan allen key untuk melaras rpm ini
proses wiring pula hanya dua sahaja iaitu satu ke body kereta atau ground dan satu lagi ke wayar compressor 12v. boleh lihat satu wayar je yang pergi ke compressor aircond. bagi ficd kebiasaannya wayar kuning stripe biru untuk ground dan grey biru untu 12v. tetapi harus diingat ada wayar ficd yang mempunyai color code tidak sama seperti yang dinyatakan ini
bracket dipasang untuk memudahkan anda meletak kat mana-mana yang difikirkan sesuai pada kereta masing-masing
ni rupa pcv valve kat enjin kereta
perlukan hose 7mm sebanyak 1 setengah meter
contoh pemasangan hose
wayar ground boleh tap kat mana-mana skru body kereta
sekian, terima kasih
jumpa lagi
148 comments:
tq bro tacra... baru cadang nak pasang...
baru masuk highcam 272... pasang ekon enjin nak mati2 ajer...
Salam ... Abg Jeff, kalau kete saya ( wira 1.5 ) RPM bila bukak econd masih ok & takde masalah, bolehkah saya pasang jugak FICD nie ...
boleh je pasang, rasa ringan sikit semasa compressor kick
klu kete caburator 1.3 yg xder rpm boleh buat ke benda ni..tq
abg jeff...wira se auto saya ada masalah macam ni jugak kot...rpm turun kadang2...pastu taim bukak ekon patut rpm naik skit kan?pening kepale saya ni hah
nor, kadang-kadang tuning MUT pun dapat selesaikan masalah, kalau tak jugak try masuk FICD
mane nk cr FICD ni??
kalau nak boleh cari, duduk kat mana ni
FICD tu memang satu jenis jer?takut banyak jenis utk kereta2 tertentu lak
FICD toyota memang rupa macam ni je, tapi ada jugak yang lebih besar sedikit, function sama
dah beli FICD denso...tuning pun dah ok ..tapi memang takleh nak tinggi kan skit timing dia ye?sebab wira saya pagi2 timing 1200rpm..ingatkan nak ejas sampai 1500rpm dia...takleh...ejas tinggi skit enjin macam nak mati...
wira injection saya thn 03 xda masalah..juz kalu ble masuk gak utk ringankan lg cmpressor, trasa nak gak..saya dok putrajaya, mana nak cari FICD neh, brapa regenye bro tacra?
kalau nak FICD contact saya, ada satu lagi ni
gigi throttle body kena bukak tak kalau pasang ficd?
tak payah buka, tambah ficd je
masalahnye bila on aircond...masa keta tgh jalan...rpm naik 2k-3k tnk trun walau tk tkan minyak...klu free gear rpm ok..abg jef tlong bantu...(getah bwah throttle body tk cair,tp idling tk naik bile on aircond..tu yg pasang ficd)
mcm mane klu enjin carb...blh ke kite pasang ficd ni..klu blh?mcm mane cra nye...tq..
enjin carb tak dapat pasang kot, tapi ada juga saya dengar dah ada yang berjaya pasang kat carb. penyambungan macamana saya tak pasti
bro , mana nak dapat ficd ni...
kalau nak FICD dengan saya ada satu, harga rm50
salam..kereta ayah saya, KIA SPECTRA tahun 2003 dah buat servis TB..tapi still ada masalah yang sama...boleh pakai FICD ne tak?ada stok lagik?
Brader jeff, macam mana nak tau wire FICD tu kita pasang dengan betul, kalau terbalik apa effect dia
TQ.
bro jeff...FICD tu u masih ada stok tak?
takde stock
salam bro.
nk tanye camne nk tap yg +12v?
wire positif ficd boleh tap kat wire 12v compressor, biasa ada satu wire je masuk ke compressor
Bro....kalau enjin turbo macm EVO..sistem pasang sama ke ? hose breather masuk sblm turbo...yg dekat ngan TB takde..macamna ya ?
bro...benda ni u ada stok tak?...coz i tengo dlm ruangan sudut jualan..masi blm sold lg...plez sms sy ok..0168797784
kalau pasang ficd ni gear dlm TB perlu dibuang ke?
saya guna perdana sei?pasal bdk yg pasang tu dia bawa kuar gear pd TB..minyak mcm kuat sikit la..bleh bg pendapat..tq
penggunaan device nie akan menambahkan penggunaan petrol . sebaiknya tukar t.body. Device nie hanya bersifat sementara. bacaan airflow dari airflow sensor akan berubah2.
adakah dengan penambahan ficd ini akan menyebabkan pertambahan penggunaan petrol yang ketara. bagaimana pula bagi kereta yang tidak menggunakan air flow sensor?
bro boleh tunjuk gambar tak yg mane satu 12+ compressor.
gambar tak ada buat masa ni, cuba tengok compressor dan hanya terdapat satu wayar sahaja yang bersambung ke compressor dan itulah wayar 12v yang diperlukan untuk memasang ficd
ok akan cuba.
pasal skang ni saye tap dekat kotak belakang headlamp tu je.
ade yg cakap sane pun boleh.
nk tap kt compressor tu kena cabut batery x?
nak tap kat wire compressor tak perlu cabut terminal bateri
Bro Jef.. sya dh pasang FICD ni kt SR20DET.. berkemungkinan tak timing masa sejuk naik sampai 2.5k masa sejuk.. tp masa enjin panas timing drop sampai 400-500rpm.. walaupun aircond on..thx..
biasanya kalau enjin sejuk masa cold start idling akan naik dan perlahan-lahan turun apabila mencapai normal temp. masa on ekon rpm drop 400-500 cuba adjust skru kat FICD arah lawan jam untuk menaikkan idling ekon
Saya dah pasang FICD nie...cuma penyambungan hose yg ke PCV valve saya ubah ke hose break servo...hasilnya serupa..pertanyaan dr saya, boleh atau tidak dan kesannya dr cara penyambungan saya ini....
kalau enjin 1.6sohc..pcv valve tu yg mane 1 ye?
pcv valve tengok area cover rocker arm bahagian belakang, ada satu hose sambung ke intake manifold
ohh..yg hos kecik tu yer...
bro, sy dh psng FICD ni kt kete.. skang kalu on a/c mmg idle stabil kt 1000rpm tp kalu time bgerak/time tukar gear rpm nek ke 1500rpm pas tu bru slow2 trun ke 1000rpm kalu da stop... effect ni mmg comon ke kalu dh psng ficd ni??
masa on ekon tu adjust ficd biar menjadi 850-900rpm je
Salam bro, wira 1.5 VDO dah ada FIAV (TB Coolant). Adakah fungsinya sama mcm FICD ?
salam... saya pakai engin 4g91, tp hari tu ade masalah dengan throttle body, saya pakai throttle body 4g93... bila masuk yg 4g93 rpm jadi terbalik... pasang aircond rpm jadi rendah.... boley guna kaedah macam ni ker??
kalau pasang ekon rpm jadi rendah bermakna stepper motor ada masalah, so anda boleh menggunakan FICD untuk mengatasi masalah ini, FICD jalan terbaik untuk menaikkan rpm semasa on aircond
salam bro.. sy bru pasang FICD smlm.. mula2 pasang ok.. x da mslah..tp lepas sehari pasang FICD ni ble on acc mse nk tukar gear rpm akan naek smpai 2k.. sblm pasang FICD ni x de pon jd problm mcmni.. agk2 FICD tu rosak ke?
salam...brp kos sebenar nak pasang FICD......... ada pomen sy jumpa dia mintak RM180 siap barang+pasang.... berpatutan ke?
aku pasang FICD barang+pasang bru 80 bro..rm 180 tu mahal sgt..ko cari pomen laen lah..aku list kn brg2 ngn harga skali:
FICD = rm50
t hose 8 mm 2 unit = rm12
hose 8mm = rm3
upah pasang = rm15
so, sumenye baru rm 80 :)
nak tanye?camne nak kurangkan penggunaan minyak petol untuk 4g91?kdng2 gune bnyk minyak la..jenis auto
salam bro Jeff, pasang FICD mmg ketara,
x perlu risau timing biler on air-cord,
bwk ramai pun kete x rase berat... thank bro Jeff
salam bro jeff..kete perdana v6 standard saya,,,bile idle dalam gear drive...rpm akan drop gile2...tapi kalau masuk gear neutral die stabil plak....ape masalah die yer...??adakah stepper motor problem?
bro jeff, macam mane ficd toyota ni berfungsi kat enjin 4G15 proton wira fuel injection
ficd toyota ni ada tak dijual kt mane2 kedai spare part ke. saya pernah tanya salah satu kedai spare part nak beli ficd toyota tapi mereka tak tau pun apa 2 ficd utk toyota. persoalan saya sekarang ada tak nama lain untuk unit ni selain dari ficd toyota.
salam bro 4G15, awk dok maner ?
kt kedai spare part area klang bwk yg jual...
sy baru jer pasang mggu lepas...
ok jer timing nyer....
pasang sndr follow bro jef nyer instruction...
Salam bro
Thanks for info. Dah lama cari.
ficd ni kebiasaanya dijual di mana-mana kedai halfcut, ambik dari kereta toyota. kat spare part tak pasti ada atau tidak
FICD pakai solenoid valve. So polarity tak penting sangat. Tp mcm bro jeff ckp, 1 ke ground & 1 lag ke body kete. positif saya amik dr kotak fius. amik dr relay yg on compressor.
assalamualaikum abg jef..sy ade 1 pertanyaan..sebelum ni TB sy ade masalah timing turun naik..dan ade yg mengatakan gear TB dh rosak..jd sy telah pergi kt 1 bengkel ni utk tukar gear TB tu..dan die mengesyorkn supaya wt FICD ni..sebab die ckp klu tukar gear TB die x jamin boleh tahan brape lame..jd sy pun setuju pasang FICD..lepas pasang FICD timing jd ok bile idling..dan timing x turun naik lg seperti sebelum ni..adakah cara itu tidak menjejaskan TB ?? sbb sebelum ni gear TB memang dh rosak..harap abg jef jelaskan..
klu sy nk convert masuk TB dr cc kete yg lebih besar..contoh wira sy 1.5 upgrade TB 1.6 ke atas..ape kesan nye ek ??kuat mkn minyak ke ?
pemasangan FICD tidak mendatangkan apa-apa masalah pada enjin kereta. upgrade throttle body boleh tapi kena tuning balik untuk seimbangkan campuran antara angin dengan minya
salam bro jeff..
ade beza ke ficd toyota dan ficd denso??
setahu saya FICD toyota keluaran DENSO jugak, benda yang sama
slm abg jef...kereta saya guna enjin 4G92 tapi bila on aircond kereta saya seperti terhenjut-henjut then tak stabil walaupun saya dah guna FICD...apakah puncanya dan macam mana nak hilangkannya...tq
try set kat FICD supaya rpm tinggi sikit masa on ekon
saya minat nk pasang tp xpandai nk buat sndiri,,kedai elektrikal tahu psg ka ficd ni boss?
as salam bang...klu wire color biru dgn kuning, yg mana satu positif dan negatif ye?
Bro JEFF_TACRA
Bro i Punya Throttle Body Dah Melting !!! saya ingat kan nak tukar lagi satu punya so i jumpa foremen kat tempat I dia cakap tak payah ganti Throttle body yg lagi satu , dia cadangkan pasang FICD VACUUM ini , dan dia cakap Throttle Body punya gear kena buka , Dan FOremen I ada tunjuk satu kereta yg dia pasang , Sebelum dia ON AIR COND , RPM kat 0.5 something , LEPAS dia ON AIR COND , RPM naik dan stabil ke 1 ,
so i ingat nak pasang sendiri FICD ini bro , sebab Foremen CAJ rm 200 , so nak your help laa bro iaitu ada ke I kena buka GEAR Throttle body ? sebab Throttle Body dah melting dah - and i guna kereta wira 1.8 4g93 -
Thanks
Kesh -
Jeff_Tacra,
kereta saya ni ada overheat bebaru ni tapi selamat lagi... malangnya dah tukar pomen pasal pomen lama penyebab overheat tu. Saya dah install FICD, tapi lepas depa fix radiator service ngan tukar thermometer sensor keta saya, RPM saya skang tak betul bile jam. Temperature semua ok. Nak tau ni masalah FICD ke?
Dalam jam, RPM akan atas bawah, and dalam jam kene selalu tekan clutch takut keta jalan sendiri dalam jam. Atau cara paling selamat tutup aircon la. Sekarang ni nak tanya, bila RPM 900 - 2000, and kekadang tu, dia lama betul kat 2000 before turun balik and aircon sejuk balik, ni masalah FICD ke?
Thanks, pasal pomen saya pun tau nak adjust so kene cuba carik penyelesaian sendiri.
tak dinyatakan enjin apa dan kereta apa
bro kalau nak pasang ficd pada kereta yang ada airflow mcmana? dah cuba pasang tapi masih tak dapat
bem69...tu prob TB uh...
wira saye un prna jd cam uh...
TB kotor...
cbe start enjin pastu trik tali myak n smbur WD40 kt TB uh...
tp kne cbut air filter hose dlu...
buat la dlam 3hari skali...
insyallah baek la dye...
salam bang jeff..klu nak msuk ficd ke wira 1.3 VDO bleh x? sbb ada jual d mudah suma bleh msuk kcuali yg pki VDO..bg skali link tu
http://www.mudah.my/FiCD+toyota-15867465.htm
tq..
bro tacra,saya ada pasang oil catch tank pada enjin 4g15.Jika saya ingin menambah FICD ni adakah saya perlu buat T joint supaya dapat berkongsi dengan saluran hose untuk oil catch tank?..kebetulan sambungannya seperti dinyatakan dalam diagram saudara tacra menyamai tempat saluran sambungan untuk oil catch tank
Kena gunakan t-joint untuk memasang ficd
sy bru siap pasang je ni,trma ksh abg jef kerana bg direction utk pasang s'diri.enjin mmg ringan ble on aircond,tp meter rpm t'gedik2 ble on aircond,kdg2 jd ok blk.knp jd mcm tu,ade shot ape2 ke?
salam abg jeff..
+ve compressor sama x dengan +ve bateri?... nak ambil +ve compressor susahlah kat injen gsr ni..
+ compressor tak sama dengan + bateri, kat enjin gsr tak susah sangat, tengok wire ke compressor satu je masuk situ, wire kuning
salam abg jeff.. saya ada SOALAN YANG BAIK... adakah boleh jika kita tutup terus fungsi idle enjin yg ada pada throttel body (BUKAN saja sekadar buang gear tapi tutup lubangnya) dan gunakan fungsi FICD sepenuhnya..saya rasa ini akan memadamkan semua masalah enjin turun naik... PERsoalannya adalah adakah FICD tu mempunyai fungsi idle speed control atau hanya untuk idle enjin bila pasang ekon sahaja...
salam abg jeff.. saya AZHAR..KL...saya ada SOALAN YANG BAIK... adakah boleh jika kita tutup terus fungsi idle enjin yg ada pada throttel body (BUKAN saja sekadar buang gear tapi tutup lubangnya) dan gunakan fungsi FICD sepenuhnya..saya rasa ini akan memadamkan semua masalah enjin turun naik... PERsoalannya adalah adakah FICD tu mempunyai fungsi idle speed control atau hanya untuk idle enjin bila pasang ekon sahaja...
July 8, 2012 8:39 PM
pada pandangan saya... rpm tak stabil bila pasang FICD adalah kerana sudah ada 2 fungsi idle engine pada kereta... walaupun gear TB dah buang tapi tetap ada lubang udara yang sebelumnya dikawal oleh ISC servo kit pada TB, tapi kini tidak lagi dikawal aliran udaranya dan bila on aircon ficd akan tambah lg udara yang sudah sedia tidak dikawal akibat gear TB suda rosak atau sistem idle TB tidak berfungsi..apa pendapat abg jeff kalao lubang kecik pada TB itu ditutup sepenuhnya dengan apa2 cara/rapatkan skru.. dan hanya membenarkan laluan udara melalui butterfly sahaja... APA KATA ABG JEFF
bro jeff, sy dah pasang ficd ni.. tp bila enjin sejuk, idling dia rendah sgt... knp ye?
sebenarnya FICD tu function bila on aircond sahaja dan sekiranya aircond tidak dipasang ficd tak function sebab itulah kita ambik voltage dari wire + pada compressor
dah try adjust skru udara pd TB smp rapat... pastu adjust cabble minyak smp rpm 1k.. tp masalahnyer, lepas tutp enjin, timing rendah balik dan adjust balik cabble tu bagi stabil rpm... tp masalah balik lepas tutup enjin.. kali ni rpm jadi tinggi pulak... yg bestnye tuko TB baru seketul.. tp masalahnyer x tahan lama... caner ni abg jeff?
slm...cr nk tap wyr comp 12v tu..potong n join ngn wyr ficd @guna connector mcm joint wyr elektrik...abg jep..
Tak perlu potong wire compressor, just tap je kat wire tu
Salam abg Jeff, nak tanya ni betui ka sy nak pasang FICD kat WIRA SE standad ni, tp membe sy pomen biasa2 kata tak perlu.. apa betui kata dia?
kalau tak ada masalah on aircond rpm drop memang tak perlu pasang
drop mmg drop la skit bbanding normal idle, tp 1 lg masalah masa on aircond bila kita tetiba lepas paddle minyak, enjin mcm nak mampuih gitu... ada sangkutan maslah TB kotor ka atau mmg normal? cadang nak pasang gak la FICD ni, abg jeff ada stok ka?
slm..sy skrg pkai o.c.t,hose yg mn nk dipotong (in @ out )untuk bolehkn sy msukn t joint dan seterusya utk pmsangn ficd...
Enjin evo 3 pasang boleh x? Mcm mana cara psg tu?
Harap bantu..
mana-mana enjin injection boleh pakai FICD ini, cara pasang basic adalah sama seperti yang ditunjukkan di atas
Boleh ficd dipasang pada engine nissan n16 saya? cara pemasangan sama x?
salam bro jeff...saya baru je pasang ficd tapi timing still rendahla....erm kalau pasang wayar + terbalik ada kesan x?
Hi bro Jeff..
Slamat hari raya...
gembira jumpa blog bro...
Saya guna kereta Nissan AD Resort 1.6 manual. Baru2 ni keta ADR saya ni general overhaul... enjin running & rpm ok sudah...
Problemnya... ada masanya bila on aircon semasa driving, bila stop kat traffic light atau mana2 simpang, terutamanya bla brek mengejut...enjin boleh stop/mati dgn sendiri...bila start ok pula, tiada sebarang mslh utk start...problm ni bukan selalu tapi merisaukan juga terutamanya bila masuk bandar.
Adakah problem ni ada kaitan dgn FICD..( rasanya mcm ada ficd dah...)
mungkinkah perlu ganti baru?
trimakasih bro..
Kalau masalah macam tu kemungkinan ada kaitan dengan ficd, sebenarnya setiap kereta ada ficd tersendiri, try check dulu ficd kereta saudara
salam.bro jeff nk tnya ckit la. knp FICD sy xda tmpt adjust timing tu, pastu ada 3 inlet tmpt msk hose???
salam abg jeff..nk tnye sya pakai enjin soch vtec..masalal bukak ekon jd nk mati past 2 time bawak terasa yg ekon tarik kuasa enjin..adakah ficd ni juga akan selesaikan msalah masa jalan ekon rasa tarik kuasa enjin(tak smooth)..thx
Abg jef saya dah pakai ficd toyota punya di engine 4g63 na saya,soalan saya,boleh ke saya cabut soket idle valve saya tu,maksud saya saya terus tak pakai idle valve,saya hanya pakai ficd aje
Abg jef saya dah pakai ficd toyota punya di engine 4g63 na saya,soalan saya,boleh ke saya cabut soket idle valve saya tu,maksud saya saya terus tak pakai idle valve,saya hanya pakai ficd aje
Abg...sy pakai iswara.dh convert eng 4g91 auto.masalah skrg,bila masuk gear,engine mati.2 bln lpas pomen tukar ecu or com board auto.ok kjap.then jd balik.apa nak buat?ikut hati nak tukar balik gear auto wira
boleh tolong x camner nak pasang tuk enjin karburator..
salam...ficd sume same ke? utk wira 1.6 adkah kene masuk ficd yg 1.6 punyer?
razman, sy rase bole pasang kat engine carb. sbb tmpt nk pasang hanya libatkan Breather hose,PCV hose, ngn tap positif ke wire 12v compressor shj. FICD tu pandai2 le carik tmpt yg ada ruang kat body tu utk ikat ngn bracket.
salam abg jeff...saya dah bli dah ficd..tp masalahnya wire dia mai satu kuning satu lagi biru/oren..yg mna nak tab dgan comp???
ada x cara kita nak check wire yang mna comp yg mna tuk body??
salam abg jeff.. saya nak tnya, keta saya ni bila nak start jer mesti mati enjin, nak bagi hidup tpksa la tekan minyak sikit, baru la enjin ok.. tu pun timing mcm rendah, kalau pasang aircond lagi la enjin tu mati.. boleh minta no phone abg jeff ker?? email kat nazirul_87@yahoo.com.. tak pun call 0165872304
salam.bro jeff..mnta maafla nak bertanya skit harap bro xde masalah la nk jawb ye.
saya kete kecik jer.kancil L2s.baru2 ni foreman buat top overhall sesudah jer siap semua shingga skrag enjen kete sy memg x stabil. bila je on aircond memg rpm jatu dan enjen bergegar.ada kalanya rnjrn mati jgak..
nk tnya sikit ada x FICD toyota pnya ble dipakai ker x di kete sy.ni no sy tn.0193451962.
assalam..bro jeff.,saya nak tanya,ada kaitan tak kalo free gear rpm naik semasa ekon pasang?
masalah on aircond dan rpm jatuh selalu berkaitan dengan ISC pada kereta, kemungkinan dah rosak dan perlu ditukar dengan yang baru
broo jeff,ad stok lg x ficd?ngat nk try pake lh..
Salam.sy dh psang ficd..masalahnye bila matikan enjin dan nk start smula timing terlalu rndah dan kene tekan minyak.
slm abg jef sy pakai waja 4g18...masalahnya bila saya on aircond selama lebih 1 jam keadaan parking timing kereta akan nak mati dan bila drive kereta akan tersenguk-senguk kenapa...apa masalahnye ang jef'
bro jef,kalo gne yg elin key..adjust die mmg tggi rndh tggi rndah ke?ikot arah jam
bro jeff,hose A ngn B tu nk kne kmas ke?die pnye gtah?ad presure x?ke xpe lau longgar kit gtah 2
Adjust ikut jam rpm rendah dan begitulah sebaliknya. Hose kena pasang klip bagi kemas supaya tiada kebocoran vakum
ap akn jd kalau hose x ktat?ap effect die?
kebocoran vakum lak?ap ksan die
Saya guna wira 1.5 manual.saya dah add ngv, semasa guna ngv, timing semasa idle rendah sangat DAN kadang terus mati. Macam mana nak naikkan ke 800rpm, adakah boleh guna FICD?
salaam....abe mat nak tanya apa beza throttle body wira 1.6 dengan 1.8?nampak sama besar je..
salm bang jef, da psang da mnde 2,tp lau masa drive on ekon,die jd kjap trik mse kpas pusing,kjap 2 lpas,ap ek mslh? HARAP MMBANTU
tu bukan masa kipas pusing tapi masa compressor ekon bekerja..biasa la tu..ni mesti kete engko tak pernah ada ekon sblm ni
hahaha..2 taon lbh kompresor rosak, lau xnk ad rse lngsong bleh wt x?
salam.nak tnye kereta saya wira 1.6,bila sye start je gear kat throtle body 2 pusing x berhnti.enjin mati2.bla pomen dtg tgk.die cek die kata kene tkr throttle.jdi kalo sye psng ficd 2.throttle body sye bolh jdi normal x???
Salam bro Jeff.. sya dah wat proses ficd ni.. semua ok jek dan timing cun masa buka aircond, tp masalah skrg kenapa hos pipe yg dari PVC Valve tu ke FICD dia jd leper.. maksudnya mcm kena sedut angin dan hos tu mcm tertutup aliran lobang dia...
kena gunakan hose yang sesuai seperti fuel hose yang ada benang kat dalam tu. kalau guna hose biasa tak tahan
ISC tu kat mana? dalam throttle body ke?
salam... kete waja auto 2002 sy pon mula buat hal rpm turun bila on aircond dan enjin mudah mati.... bila startenjin pon begitu pd awalnye.... apa cdgn terbaik yer... tukar throotle body baru/ pasang ficd ni jer....
salam..sy da pasang ficd ni kat kereta sy ( iswara uk spec) masalahnya skang ni, pomen yang pasang ficd ni die xde lak wat mcm abg wat ni,paip die terus jek g kat ficd, xde masuk t joint sambung kat breather hose ngan valve hose sbb masa sabung kat 2 2 hose tu, pasang air cond timing terus jatuh, so die terus direct kan jek..skang breather hose ngan valve hose sy terdedah camtu jek ( xde sambungan kemana2)..ada effect x kat kereta..harap dapt balas ngan segera
salam bri jeff saya nak buat kereta honda accord 1994 2.0 boleh k pasang ficd??? saya tinggal dekt kajang nk pasang kn ficd kt bengkal bro..no no tel sy 0173885605- mntk kasi no tel kt arifinidris @gmail.com
assalam en jeff.. kalo pulas kiri-kanan ( smpai abih) adjuster ficd tu, tp nothing happen- x naik/turun pn rpm dia (tp rpm dh ok dh masa on ekon- x drop dh), faulty ke ficd tu? kalo faulty, nk g tukar kt kdai potong smula sbb warranty 2 minggu..
sya dh lama guna & bnyk psg pd mmbr2.. mmg tul dia mnambah pgunaan minyak petrol..
kalau ia menambahkan penggunaan minyak petrol,so solution nya ialah tukar throttle body lah jawabnya kalau x nk rpm drop masa on aircond ye x?
tq boh.leh tlg antar gambar untk pasang ficd kat kete waja 1.6 mitsu..
mazrijuara@gmail@com
salam...untuk wira 1.6 t join untuk pcv tu nak sambung yang mana satu sebab ade dua hose lah pulak...satu tu pergi ke fuel rail dan yg lagi satu tu pergi ke intake manifold dan lagi satu ficd yg saya dah beli tu ada wayar biru dan kuning mana satu nak tab ke compressor....tq abang jeff
Bro waja saya rpm jd makin tinggi bile buka aircond..aritu kereta masuk banjir..steper t/body dh tkr,rpm jd gile walaupun dh tuning..boleh pakai ficd x?
mana satu ni bro?
ader satu kaler merah stripe kuning
satu lagi kaler putih stripe merah.
yang mana satu ground dan mana satu positif utk compresor?
salam,..adakah ficd ini boleh dipasang semua kereta yg memakai injection,..adakah enjin L 200 s yg memakai injection pun bole memakai ficd,..harap mmbantu
FICD ini boleh dikatakan dapat dipasang pada kebanyak kereta injection
salam bro.. ada sikit konpiius kat wayar yg kne connect dgn 12v compressor tu.. pkai selit kat soket tu je ke achaner?
salam a.jeff,,kereta saya masih dapat result yang sama selepas pakai ficd nie,,timing down time buka acond,,abis cara dah saya buat tukar tb,plug,feul pump masih result saya same,,kalau boleh ape lagi yang berkaitan dengan timimg down nie,,abis pomen dah saya cari sume x jadi,,kalu boleh nak mintak a.jeff rekmen pomen2 otai skit area k.terengganu @ marang...salam
patutnya kalau pasang ficd dah selesai masalah timing drop masa on aircond. enjin apa?
perdana enjin evo 3,,saya x tahu dah nak buat macam mana..bnyak pomen dah cari...time tak pasang aircond ok je timing,,nak kate fuel pump mam x saboh..pakai jenis walbro 255 lph hi dah..
satu lagi time kita lepas pedal minyak time bawak laju kereta jadi terhenjut2..
salam otai2...klu yg hose u ke breather hose tu saya gnti dgn air filter kecik,sambung ke ficd, ade beza x bro..
salam bang....saye dah install benda nie..tapi masaalah nya mula2 ok je...tapi lepas jalan jauh...rpm pandai drop balik...bile saye cabut hus dekat pcv valve 2....engine mati pulak....sepatut nya bile cabut benda tu rpm akan naik kan?mushkil lah dengan engine nie apa masaalah nye bang?engine jenis 4g91...
Salam abg jeff. Nak tanya enjin 4g15 VDO bleh pakai ke Ficd ni ? enjin saya masa on aircond, tgh jalan ok tapi amsa nak berhenti rev rendah n engine mati..tak tau plak kenapa camtu..
kalau vdo try dulu tuning berkomputer, boleh adjust naikkan sikit idle semasa aircond dipasang. kalau tak jadi juga baru masukan FICD
okok..so confirm la eh vdo bleh pakai Ficd jgak ? just ikut chart abg jeff tunjuk kat atas..sebab tgk gambar tu engine 4g15 vdo.. :)
Post a Comment