Nuffnang

Thursday, November 25, 2010

Satria Solid White

hari ini, khamis 25 november 2010 berlangsung lagi projek DIY kat sebuah satria putih. rupan-rupanya banyak perkara yang dilakukan hari ini sehinggakan tak sempat merakam gambar-gambar ketika melakukan kerja-kerja tertentu. dah lah tangan hitam, semua minyak kena termasuk, minyak brake, minyak power steering, minyak hitam lagi. tapi semua ini sudah lumrah bagi kaki-kaki DIY kerana tangan kotor sedemikian rupa tapi hati puas melakukan kerja-kerja. maaf kerana kali ini tiada gambar semasa proses kerja-kerja berkaitan.

antara kerja-kerja yang dilakukan hari ini ialah
1. pemasangan steering rack evo kat satria
2. pemasangan disc brake set depan dari model 4G92
3. pemasangan servo brake evo 3
4. pemasangan lower arm kiri dan kanan
5. pemasangan K&N open pod air filter
6. pemasangan 1 skru knuckle untuk ikat tayar kerana dah loose


jack stand yang banyak berjasa, kali ni kena guna lagi sebab kerja-kerja penukaran steering rack dan lower memerlukan saya berada di bawah kereta. jangan sesekali masuk bawah kereta tanpa jack stand. bukan boleh percaya sangat jack 2 ton atau 3 ton dan sebagainya kerana semua itu menggunakan minyak hidraulik yang boleh membawa musibah bila-bila masa. jack stand kat hardware bawah rm100 sepasang


ini gambar disc dan knukle asal satria 1.3, dah masuk dalam plastik untuk owner kereta bawa balik


disc single layer 1.3 ditukar dengan disc dan caliper 4G92 yang nyata lebih besar dimmeternya tambahan pula ventilated yang membenarkan kemasukan udara antara tengah-tengah disc supaya lebih sejuk sedikit. disc 1.3 solid sahaja


ini pula gambar minyak ATF untuk digunakan selepas penukaran steering rack. minyak gerarbox auto boleh digunakan untuk power steering. kalau kat kereta saya menggunakan minyak ATF proton dexron lll sahaja. sebelahnya ialah minyak brake dot 3 warna merah, semua ni owner dah siap bawa


sorang lagi member datang bawa caliper evo, sesiapa nak boleh contact saya, dia nak jual sekali disc dan knuckle


caliper evo3 untuk dijual, plug & play sahaja pada knuckle proton 1.3 hingga 1.8. kalau nak pakai rim pcd asal iaitu pcd 100 boleh bawa disc ke machine shop kasi tebuka lubang 100 dan boleh terus dipakai kat knuckle anda


in ialah hose brake satria 1.3 masih elok lagi dan boleh digunakan, simpan buat stok


minyak ATF TOP 1 aka minya power steering


bila dah buka crossmember untuk penukaran steering baru nampak satu mounting depan yang dah pecah. jadi terpaksa tukar mounting baru. di sebelahnya ialah bush steering rack yang dah kaput, tadi pakai bush yang kat steering rack evo, masih cantik lagi


steering rack satria 1.3 made in malaysia. masa owner datang tadi kelihatan minyak steering ni menitik dengan laju sekali kerana kebocoran seal kiri dan kanan, sebab tu lah kena tukar dengan yang lain. bukan tak boleh tukar repair kit tetapi rasanya tak berbaloi dan tak praktikal kerana kit itu biasanya tidak tahan lama, akan bocor balik. penyelesaianya baik tukar steering rack mitsu


servo brake satria 1.3 single layer. owner dah masuk servo double layer dari mitsu. digalakkan pengguna menukar servo ke double layer untuk memantapkan lagi sistem braking kereta anda. rasa dulu servo double layer ni baru tahu...


lower arm asal satria 1.3, menurut pomen kedai tayar lower arm ni telah bengkok dan tak dapat buat allignment, betul ke tidak tak pasti, tengok dengan mata kasar tak bengkok pun tapi ternyata ball joint dah kaput, getah bush dah keras dan ada yang koyak, sudah sampai masa untuk ditukar dengan yang lain


master pump brake satria dah ditukar dengan evo punya, tah tak pakai lagi, dalamnya dah berkarat rupanya, sebab tu braking jadi tak mantap

ini lah kerja-kerja yang dilakukan pada hari ini. start hampir pukul 10 pagi tadi dan selesai semua sekali sebelum asar. begitulah lambatnya kerja-kerja yang dilakukan kerana saya tidak mempunyai compressor untuk buka nat macam kat kedai. semuanya main manual je...

sekian, terima kasih
jumpa lagi untuk projek satu lagi kat satria ni jugak iaitu
valve clearance adjustment dalam masa terdekat ni

thanks

21 comments:

  1. saya ingat pun nak tukar servo brake evo3...hari tu tukar proportioning valve sebab bocor...bocor takde..tapi brek macam jauh jer bile pijak...bleeding banyak kali...same gak...tekan break jauh gak...pastu ade bunyik angin...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. servo brake double layer memang dicadangkan tukar, berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  3. kalau hanya tukar servo brake ke double layer aje boleh ke tanpa tukar master brake dan lain2?

    ReplyDelete
  4. minyak power steering untk kete auto dgn manual sama ker...

    ReplyDelete
  5. masuk sekali servo dan master pump. power steering fluid sama je antara manual atau auto

    ReplyDelete
  6. Evo punya pam best ker ker? Nissan dok best?

    Hehehehe, p/s:- Utk brek Evolusi tuh, kalo nak beli disk saja buleh dok?

    ReplyDelete
  7. ambe suka servo nissan dari evo, hehehe...
    brake evolusi tu jual complete set

    ReplyDelete
  8. bro....brake set evo tu ade lagi x..?
    brape ratus nak lepas?

    Daniel8343@gmail.com

    ReplyDelete
  9. bro.loc mana?sy kat area k.terengganu ( Kg Gong Tok Nasek )..rear arm bunyi la bro hehe

    ReplyDelete
  10. salam abg jeff..nak tanya, sy pakai satria 1.6 enjin standard...masalah skrg mcm ada bunyi knocking, bunyi mcm saga atau iswara pakai gear tinggi naik bukit..bunyi skrg sgt ketara..sampai naik bukit highway kena engage gear 4..camner erk?kena setting tepet balik ke?

    ReplyDelete
  11. cek setting distributor, taku advance sangat

    ReplyDelete
  12. hi en jeff.
    sy ingin bertanya. mcm mna ingin tahu jika power steering rack sudah hendak ditukar? ada simptom?

    ReplyDelete
  13. free play terlalu banyak, ada kebocoran kat steering rack, stereng melilau kalau lalu jalan beralun

    ReplyDelete
  14. slm abg jef.nak tanya macam mana nak buat air bleeding pada steering rack?

    ReplyDelete
  15. kalau nk tukar ball joint shj bleh x? ada jual asing ka?

    ReplyDelete
  16. steering rack mitsu brape hrgeny ek?

    ReplyDelete
  17. steering rack mitsu 2nd sekitar rm150-250

    ReplyDelete
  18. Salam...bro nak tanya kalau skru laras angin bagi carb enjin proton 12v dah hilang (tercicir).. macam mana ye nak setting angin?? ada cara lain tak untuk ganti skru tu(ada spring skali kalau xsilap)..sebab xda jual di kedai atau bro ade kedai untuk saya survey??mohon pertolongan..tq

    ReplyDelete
  19. sp2 nk spare part satria sila hubungi 017 4816282..
    keta baru je masuk halfcut mivec.so brg lama nk clearance.tq

    ReplyDelete
  20. Asslammualaikum brader jeff.. tumpang bertnya.. untuk satria neo.. steering rack kereta ape yg sama?? Saya br tukar absober tetapi masih terasa kereta seaakan akan beralun tidak stabil ditambah pula apabila naik bonggol kedengaran bunyi seaakan ade joint yg longgar.. minta pencerahan dr brader jeff.. terima kasih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang