4G13/15 Rocker Arm re-Spray

bertemu kembali.... kali ini saya akan paparkan bagaimana proses re-spray rocker arm 4G13/15. proses ini agak mudah kerana tidak memerlukan peralatan khas cuma gunakan spanar 10mm sahaja untuk membuka skru rocker arm dan 1 tin spray hi-temp mengikut warna kegemaran masing-masing yang berharga RM18 sahaja, tapi selalunya cat spray hi temp hanya ada warna hitam flat dan warna silver sahaja

kalau dah terlalu lama tak buka rocker arm lebih baik tukar sekali seal atau gasket yang boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part, harga sekitar rm10.00 hingga rm20.00

gasket rocker arm lama yang dah pecah kat bahagian lubang skru dan factor inilah yang boleh menyebabkan kebocoran minyak yang akhirnya keluar daripada enjin

bahagian dalam rocker arm, perhatikan lubang skru tersebut didapati permukaannya tidak rata akibat pomen terdahulu yang memusing nat terlalu ketat semasa memasang rocker arm sehingga besi cover ini boleh kemek dan termasuk ke dalam

jadi saya terpaksa mengetuk lubang berkenaan untuk meratakannya kembali. dicadangkan semasa memasang rocker arm nanti hendaklah menggunakan torque yang betul dan sekata agar masalah seperti tadi tidak berulang

proses megetuk rocker arm supaya rata

gosok dengan kertas pasir bersama air. boleh gunakan kertas pasir 500 terlebih dahulu dan kemudiannya diakhiri dengan kertas pasir 100 grit

buang kesan minyak dengan menggunakan thinner agar cat yang dispray nanti akan dapat melekat pada setiap bahagian rocker cover ini. kalau ada kesan minyak memang cat tidak akan lekat dengan sempurna

proses spray sedang dijalankan. spray dulu layer pertama senipis yang boleh dan tunggu kering selama 5-8 minit. tambah layer kedua dan ketiga, setiap layer biasrkan selama 8-10 minit supaya cat menjadi kering

owner kereta ini telah memilih warna silver high temp, selalunya harga bagi satu tin spray high temp ini sekitar rm12-rm15 sahaja. kalau nak spray warna lain pun boleh, tunggu cat ini kering terlebih dahulu dan kemudiannya diakhiri dengan apa-apa warna mengikut cita rasa masing-masing

pasang gasket baru

pasang rocker arm kat enjin

ketatkan nat rocker arm dengan menggunakan torque sekitar 4nm-5nm sahaja

pasang peralatan lain seperi bracket throttle cable dan hose berkaitan

dah pun siap, tunggu seketika dan panaskan enjin anda seperti biasa

sekian, jumpa lagi
terima kasih