How Turbo Timer Works

bersua kembali, entri kali ini saya hendak bincangkan bagaimana turbo timer berfungsi. bila sebut sahaja turbo timer semua peminat kereta faham dan kenal apa itu turbo timer. pelbagai jenama yang boleh diperoleh di pasaran semasa ada yang murah, sederhana dan mahal. harus diingat ada juga turbo timer yang 'cap ayam' berlambak di pasaran sekarang. hati-hati memilih turbo timer kerana boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini pada kenderaan anda jika salah pemasangan terutamanya proses wiring. teruskan pembacaan anda kerana pada akhir entri ini terdapat video yang memudahkan pemahaman anda mengenai bagaimana turbo timer ini berfungsi

saya ambil contoh super baby turbo timer dari jenama PIVOT yang berfungsi semata-mata timer sahaja dan tidak ada optional function yang lain. entri ini juga anda boleh mengetahui cara wiring dan mengetahui sama ada turbo timer rosak atau tidak terutamanya bagi yang membelinya dari kedai halfcut

dapatkan adapter 12v seperti di atas, murah je tu. boleh dibeli di kedai eletronik asalkan ada fungsi untuk 12v voltage. boleh juga gunakan direct bateri kereta

kenali basic wiring turbo timer seperti di atas, wayar kuning bagi pivot dan kadangkala kalau lain jenamanya menggunakan wire hijau, sama je. kuning atau hijau ialah untuk wire on atau ignition, merah untuk constant 12v iaitu sama ada buka kunci atau tutup kunci wire ini tetap supply 12v. wire biru pula ialah untuk acc, wire hitam untuk negative (-) atau grounding iaitu keseluruhan body kereta merupakan negative. wire cokelat ialah untuk disambung pada wire parking pada handbrake

sambungkan wire parking brake atau handbrake dan wayar grounding ke sumber negatif adapter tadi. untuk makluman kalau parking brake tak function iaitu masa anda jatuhkan hand brake dan kereta tak mati ketika timer countdown sila cek wire ini, sebab pomen tak sambung ke wire parking brake, cuma dia ground kan sahaja kat body kereta

sambungkan pula wayar ignition (on) kuning, wayar merah 12v dan wayar biru acc ke sumber 12v adapter tadi. kalau di kereta wayar ini boleh didapati pada soket kunci

sambungkan wiring seperti di atas

sekarang on timer anda, sepatutnya timer hidup dan menunjukkan angka 000 seperti di atas bagi pivot baby timer, begitu juga dengan timer jenis lain jika penyambungan seperti di atas dilakukan sepatutnya time dah dapat hidup, kalau tak hidup juga cek balik penyambungan wiring kemungkinan tidak betul. kalau betul dan tidak hidup juga mungkin berpunca daripada timer itu sendiri yang sudah rosak

set timer mengikut kehendak anda, contohnya 20sec

pisahkan wayar kuning (ignition) dari sumber 12v, seolah-olahnya anda menutup kunci kereta anda dan pada masa ini relay di dalam timer mengambil alih function on tadi dan timer sepatutnya countdown

asingkan juga wayar biru seperti di atas dan pada masa ini timer sedang menjalankan tugasnya

dapatkan test lamp dan klip pada ground atau sumber negative adapter tadi. kita hendak menguji sama ada wayar biru dan wayar kuning supply 12v atau tidak

tap test lap pada wayar biru dan pastikan semasa ini timer countdown. kelihatan test lamp menyala dan ini bermakna wayar acc ada current 12v. ini menunjukkan acc pada kenderaan anda hidup semasa timer countdown iaitu kalau pada masa ini anda on aircond, naikkan power window, pasang radio dan sebagainya akan berfungsi seperti biasa. even kipas radiator pun akan hidup kalau enjin panas pada masa ini. kena uji pada kereta masing-masing kalau tak function semasa timer countdown semua yang disebutkan di atas, apa akan berlaku jika kereta terlalu panas dan kipas radiator tidak akan berpusing, fikirkanlah...

wayar on atau ignition (kuning) pun hidup. wayar inilah yang menghidupkan kenderaan anda semasa timer countdown

untuk memudahkan pemahaman anda sila lihat video ini

sekian, terima kasih
jumpa lagi