Radiator & Condenser Conversion

bertemu kembali... entri diy kali ini saya nak berkongsi mengenai bagaimana proses untuk menukar radiator double layer, condenser panjang dan condenser fan evo bagi satria 4G13 yang kita ketahui mempunyai radiator dan condenser yang pendek. saksikan bagaimana proses tersebut dilakukan. sekiranya sistem aircond kereta yang kita gunakan dari jenama DENSO maka sangat mudah melakukan conversion ini kerana boleh masuk secara plug n play sahaja. tetapi sebaliknya kalau ambil dari jenis yang berlainan kemungkinan paip aircond kena diubahsuai barulah dapat dipasang pada sistem sedia ada

inilah rupa radiator, condenser dan condenser fan untuk 4G13 proton satria. sama sahaja dengan mana-mana enjin proton yang lain melainkan kereta auto sahaja menggunakan radiator jenis panjang disebabkan pada bahagian bawah radiator kereta automatik ada laluan minyak gearbox untuk disejukkan di bahagian itu

dah tiba masa untuk menukar sistem penyejukan kereta ni kerana anda saksikanlah sendiri bagaimana berkaratnya air tersebut. kalau dah jadi begini saya cadangkan tukar radiator, termostat, paip air dan flush sistem penyejukan. keadaan ini berlaku kerana kita menggunakan air paip untuk dimasukkan dalam sistem penyejukan kereta kita. penggunaan air paip memang cepat menyebabkan karat pekat seperti gambar di atas. saya cadangkan supaya menggunakan air bertapis atau ada juga dalam kalangan pengguna kereta menggunakan air bateri atau air suling untuk dimasukkan ke dalam radiator

inilah barangan yang hendak dipasang nanti, condenser fan evo yang begitu kuat pusingan kipasnya, radiator double layer evo serta condenser panjang juga dari model evo3. harga condenser evo sekitar rm150, radiator pula rm180 dan condenser fan sekitar rm150

keluarkan radiator dan kipas asal, caranya buka hose atas, hose bawah, soket fan serta bracket kiri dan kanan radiator

keluarkan gas ekon untuk membuka condenser, saya gunakan hose yang muat pada paip aircond dan cucuk jarum atau pin pada bahagian dalam paip tersebut. gas akan keluar dan saya salurkan ke dalam botol yang berisi air

keluarkan condenser dengan membuka hose ekon dan skru kiri kanan condenser

masukkan kipas condenser evo, untuk pengetahuan anda skru bawah condenser ini hanya plug & play sahaja pada frame satria ini, lubang skru dan tapak bracket housing fan memang ngam, masuk nat sahaja. ada kalanya kena umpil sikit kaki bawah condenser fan supaya masuk dengan baik pada lubang nat bahagian bawah

condenser fan evo kat satria dapat di pasangkan dengan jayanya

saya terpaksa drill lubang untuk memasang nat pada bahagian atas, hanya drill satu lubang kecil sahaja. sebenarnya kalau tak pasang nat kat sini pun dah memadai, fan masih tetap di situ dan tidak bergoyang

pasang condenser ekon panjang

masukkan kipas asal pada radiator double layer

wiring perlu dilakukan untuk menyambungkan soket kipas evo ke soket asal

pasang segala hose, soket dan nat. masukkan air secukupnya

panaskan kereta dan periksa mana-mana bahagian seperti hose, radiator dan yang berkaitan agar tiada kebocoran berlaku. apabila sudah berpuashati dan tiada kebocoran pandulah kereta ke kedai aircond untuk dimasukkan gas aircond yang baru

gambar selepas dan sebelum pemasangan

sekian, terima kasih
jumpa lagi