Mivec Servicing

MIVEC - Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system

berikut merupakan cadangan untuk service enjin mivec seperti yang disarankan oleh manual mitsubishi tetapi bergantung kepada individu dalam memilih barang yang ingin digunakan, tepuk dada tanya selera, hehhe..

4G92 MIVEC

engine oil : 10w40 API SF (or better)
engine oil service interval ialah antara 5000 - 10000 bergantung pada penggunaan masing-masing (or when it gets dirty). jenis minyak up to you. mitsubishi tidak menyarankan anda menggunakan minyak fully sintetik untuk mivec 1st gen sebab original seals not designed for synthetic and can lead to leaks (ini manual mitsu yang cakap) tapi saya hentam minyak fully synth jugak. kalau pressure minyak terlalu rendah try guna minyak 15w50. saya menggunakan minyak heavy duty DURON 10w40 fully synthetic. pressure minyak semasa hi-rev sekitar 90psi





Heavy duty engine oil 10w40 fully synthetic

sesuai untuk enjin diesel dan gasolin (petrol)
penukaran minyak setiap 5k-10k


valves clearances
untuk engine mivec 1st gen standard valve clearances ialah 0.2mm untuk inlet dan 0.3mm untuk exhaust manakala untuk 2nd gen ialah 0.1mm inlet dan 0.2 exhaust. saya telah mencuba kedua-dua setting tersebut. kalau gunakan setting untuk 1st gen bunyi valve aka tepet agak kuat sikit tetapi kalau setting untuk 2nd gen tidak kedengaran lagi bunyi tepet tetapi idling ada kacau sikit... dah jadi macam pakai hi cam lah pulak, bila enjin dah panas idling dah cantik. so saya gunakan setting 0.10mm untuk intake dan 0.20mm untuk exhaust. no problems at all




spark plugs
spark plugs yang dicadangkan ialah dari jenis NGK iridium kod NGK BKR7EIX-11 yang boleh didapati dengan harga sekitar rm150 - rm180 sahaja. kod 11 di belakangnya menunjukkan gap plug iaitu 1.1mm. saya telah memilih plug jenis NGK iridium iriway 7 dan gap plug telah dilaras semula sebanyak 0.9mm sahaja, ada perubahan tu...


NGK BKR7EIX-11


NGK iridium iriway 7


gearbox oil
dicadangkan untuk gear manual menggunakan minyak gear gred 75w/85 GL4. service kalau gearbox non LSD ialah setiap 80,000km. bagi gearbox LSD saya menggunnakan mitsubishi diaqueen dan hendaklah diservice setiap 40,000 km. minyak ini boleh digunakan pada gearbox manual sama ada non lsd atau lsd





power steering fluid
service setiap 50,000km dengan menggantikan keseluruhan minyak dengan minyak yang baru. saya menggunakan minyak proton dextron lll ATF fluid






brake fluid 
service setiap 50,000km. drain and replace fluid. saya menggunakan brake fluid brand BENDIX dot 4. lebih baik sekiranya bleed 1 kali setahun



coolant
saya menggunakan fully coolant mitsubishi fuso atau merc coolant pada aluminium radiator tanpa campur dengan air. 100% saya letak coolant




ECU capacitor replace ecu capacitor before your car is 10 years old. the factory capacitors in the ecu can leak and cause permanent damage to the ECU, hehhe.. kalau dah rosak sendiri mau ingatlah nak ganti ecu mivec tu...

Auto Flip Side Mirror Wiring

kali ini ditunjukkan bagaimana nak buat wiring auto flip side mirror khususnya side mirror mitsubishi. ada 3 kategori side mirror iaitu 1) 3 wayar hanya untuk adjust mirror sahaja dan tidak boleh auto flip, 2) 5 wayar iaitu boleh adjust mirror + auto flip dan 3) 7 wayar iaitu boleh adjust mirror + auto flip + heater kat cermin


wiring kat suis
black + yellow (ground lampu suis)
green + white (12v lampu suis)
brown + blue (auto flip)
brown + white (auto flip)
blue + yellow (power + 12v)
black (ground -)




















yellow + red
green + red
yellow + blue
green + blue
yellow + white



wiring kat relay
red + black (power +12v)
black (ground -)

brown + white
brown + blue
brown + black
brown


LH side mirror


wiring kat socket kiri side mirror
green + red
yellow + red
yellow + white
brown + black
brown


RH side mirror


wiring kat socket kanan side mirror
yellow + blue
green + blue
yellow + white
brown + black
brown

proses wiring
wiring 1 (socket suis)

black + yellow --->> ground atau body kereta (-)
green + white --->> wiring lampu kecik 12V (+)
brown + white --->> brown + white kat relay
brown + blue --->> brown + blue kat relay
blue + yellow --->> constant 12v (+)
black --->> ground (-)

wiring 2 (relay)
red + black --->> constant 12v (+)
black --->> ground (-)
brown --->> brown kat socket side mirror kiri dan kanan
brown + black --->> brown + black kat side mirror kiri dan kanan

wiring 3 (socket side mirror kiri & kanan)
yellow + white kiri dan kanan joint sekali dan sambung ke yellow + white kat suis

wiring 4 (socket side mirror kiri)
yellow + red --->> yellow + red kat suis
green + red --->> green + red kat suis

wiring 5 (socket side mirror kanan)
yellow + blue --->> yellow + blue kat suis
greed + blue --->> green + blue kat suis

kadang-kadang didapati kat socket side mirror wayarnya berlainan daripada apa yang dinyatakan di atas kerana telah bertukar dengan socket lain. namun kaedahnya tetap sama sahaja ketika proses wiring ini. wayar yang panjang perlu ditarik dari kiri dan kanan socket side mirror dan sediakan wiring secukupnya. gunakan wiring automotive yang boleh didapati di mana-mana keda accessories.

selamat mencuba
terima kasih

Smoked Headlamp - Gen 2

kali ni smoked headlamp gen2, lebih kurang sama je kaedah dengan headlamp lain terutamanya kereta persona sebab headlampnya serupa sahaja. peralatan yang digunakan ialah tools untuk buka bumper, hairdryer dan skru driver flat.


cara bukak bumper lebih kurang sama dengan wira dan persona, cuba check diy sebelum ni dah ada cara nak bukak bumper

bumper gen 2


keluarkan lampu dengan membuka nat 10mm yang terdapat pada lampu berkenaan


gunakan hairdryer untuk memanaskan gam di sekeliling headlamp dan gunakan skru drver flat untuk merenggangkan kaca headlamp dari housingnya. buat perlahan-lahan dan berhati-hati. kalau headlamp gen2 tak ada masalah sebab plastik tapi kalau waja atau wira kaca, kena lebih berhati-hati sebab silap sikit je kaca boleh pecah


keluarkan reflektor dalam headlamp dan spray flat black hi-temp. bila dah kering pasang balik reflektor berkenaan dan pasangkan cermin headlamp, kemudian panaskan sekeliling headlamp sambil menekan cermin supaya lekat dengan baik seperti asal. tak perlu tambah apa-apa sealant, gunakan yang sedia ada sahaja


pasangkan headlamp dan pasang bumper


dah pun siap


nampak lebih garang


close-up


kereta ni milik wanita ni... datang rumah semata-mata nak hitamkan headlamp


ni ownernya... sedang meneliti kereta, hehhe...

sekian terima kasih
jumpa lagi

Double Layer Servo Brake

hari ni berlangsung lagi diy untuk upgrade servo brake single ke double layer walaupun hari ni masih lagi mood raya (raya ke-6), memang berbaloi upgrade servo brake kerana brake akan menjadi lebih mencengkam dan meningkatkan lagi sistem brake kereta. ye lah... enjin dapat upgrade tapi braking masih lagi standard... mana sepadan kan, hehhe...


servo brake double layer, boleh nampak ketebalannya dari standard

ambik dari model NISSAN SR20


keluarkan minyak brake terlebih dahulu


buka skru 12mm dan keluarkan pump brake


pump telah dikeluarkan


buka 4 skru servo bersaiz 12mm pada bahagian bawah dashboard


servo single layer 4G91


bracket kena keluarkan dan pasang kat servo double layer. kalau servo mana-mana mitsu tak perlu buat seperti ini, hanya plug & play sahaja


masukkan servo dan pump brake


kena mod paip brake bahagian tepi kiri pump brake. potong paip brake


masukkan nat untuk dipasang ke pump brake


guna alat ini untuk buat kepala paip baru, flaring wrench


pasang paip dan kemaskan apa yang perlu seperti sambung wayar indicator h/brake


sambung hose brake ke intake manifold


bila siap buat bleeding keempat-empat tayar, bila siap test kereta untuk memastikan brake berfungsi dengan sempurna

sekian, terima kasih
selamat mencuba

Bumper Wira Satria Putra

berikut ialah bagaimana cara hendak membuka bumper wira satria putra malahan persona dan gen2 pun boleh diikuti langkah-langkah ini.


kalau diperhatikan panah di atas, bahagian kanan atas dan bawah berhampiran dengan tayar tu hanya ada klip plastik sahaja. buka klip berkenaan. bahagian tengah bawah bumper terdapat dua skru bersaiz 12mm di kiri dan kanan seperti panah yang ditunjukkan. kena guna spanar T panjang sebab untuk mencapai skru 12mm tersebut agak jauh ke dalam iaitu diikat pada chasis di situ. pada bahagian kiri sama seperti bahagian kanan bumper tadi. lepas buka nat dan klip berkaitan tarik bumper ke depan dan bumper dapat dipisahkan dengan mudah dari body kereta

skru 12mm kiri dan kanan seperti panah di atas. kena tengok melalui bawah baru nampak 2 lubang skru berkenaan


alang-alang dah bukak bumper ni di sini ditunjukkan bagaimana sebuah satria menukar bumper standard ke bumper mivec dengan mengekalkan fender dan lampu asal satria


bumper mivec spotlight besar, kena potong cover spotlight untuk memasang lampu sorot


ni spotlight besar mivec siap dengan bracket


just plug & play kerana lubang skru telah tersedia di bahagian dalam bumper tetapi pastikan bracket dapat sekali semasa beli spotlight


dah siap pasang spotlight




pasang kat kereta.... bahagian tepi kiri dan kanan bumper kena mod sikit untuk disesuaikan dengan fender dan lampu standard satria yang melibatkan pemotongan kecil hujung bahagian bumper mivec


hood belum pasang lagi, barang lewat sampai...

sekian, terima kasih
selamat hari raya