entri blog kali ini membicarakan bagaimana cara menukar power window regulator wira. sekiranya power window kereta anda tidak berfungsi tetapi ada kedengaran bunyi motor hidup bermakna regulator power window anda telah rosak, kena tukar yang baru
terlebih dahulu buka door trim, boleh lihat entri terdahulu bagaimana cara membuka door trim kereta wira
buka dua nat mata phillips seperti di atas untuk mengeluarkan cermin kereta
buka nat atas dan bawah, nat ini selari antara atas dan bawah, bertujuan uantuk membuka cermin. kalau dua nat ini tidak dibuka agak sukar sedikit untuk mengeluarkan cermin kereta anda
buka lagi dua nat iaitu kiri dan kanan dalam gambar
buka 3 biji nat yang memegang motor power window seperti dalam gambar
keluarkan regulator dengan cara menarik ke bahagian bawah pintu
setelah diperiksa didapati bracket putih bahagian atas regulator telah patah dan ini menyebabkan cable motor berbelit
jika anda ingin membeli regulator pastikan ianya sama dengan asal kerana terdapat 2 jenis regulator di kedai spare part iaitu pertama lubang 4 segi seperti di atas untuk memasukkan motor dan yang kedua lubang 3 segi, pastikan regulator anda menggunakan jenis yang mana satu. nanti kalau pergi ke kedai spare part tokey akan tanya jenis yang mana nak beli.....
regulator power window proton wira yang boleh didapati di kedai spare part dengan harga rm40 sahaja. kalau nak yang ori mitsubishi harga boleh pitam sekejap iaitu sekitar rm200 lebih satu
pasang balik seperti kedudukan asal dan jangan lupa masukkan soket semula. sebelum pasang door trim test dulu power window sama ada berfungsi dengan baik atau tidak
sekian, terima kasih
jumpa lagi