Nuffnang

Monday, July 4, 2011

SPDT Relay

entri kali ini menerangkan mengenai relay dan beberapa diagram yang berkaitan dengan cara pemasangan relay pada peralatan kereta yang tertentu. relay yang biasa digunakan ialah SPDT relay iaitu Single Pole Double Throw yang mempunyai 4 atau 5 kaki yang ditandakan dengan code tertentu iaitu kalau 4 kaki (pin) 85, 86, 87 dan 30, manakala untuk 5 kaki tambahan pin 87a. terdapat dua jenis relay yang biasa digunakan iaitu normally open dan normally close iaitu normally open kebiasaannya 4 kaki dan normally close 5 kaki

Aplikasi relay adalah untuk mengawal litar voltan tinggi daripada litar voltan rendah. Contoh litar di atas adalah untuk menghidupkan atau mematikan litar arus ulang alik AC (Alternating Current) daripada litar yang bervoltan rendah melalui microcontroller. Aplikasi lain adalah untuk mengawal laluan arus daripada sumber voltan arus terus, contohnya untuk mengawal arah pusingan DC Motor.


ini relay SPDT BOSCH yang selalu digunakan oleh kebanyakan kita pada kereta iaitu fungsinya dapat mengekalkan voltage dan amp yang secukupnya pada peralatan kereta seperti lampu, horn, fuel pump, radiator fan dan sebagainya. kebiasannya harga yang dijual di kedai spare part bawah rm15 dan soket seperti dalam gambar di atas memudahkan kerja penyambungan wiring, pun ada dijual di kedai spare part



gambar atas merupakan contoh penyambungan relay pada peralatan tertentu di kereta. kaki 85 biasanya tap pada ground iaitu pada mana-mana body kereta, ini ialah negatif (-). kaki 30 iaitu sambung ke direct 12v kebiasaanya terus ke positif (+) bateri dengan diletakkan fuse 10A pada wire ini, kalau berlaku litar pintas fuse akan memutuskan arus untuk menyelamatkan peralatan kereta. manakala kaki 86 pula ialah untuk trigger atau sebagai pelengkap kepada litar relay yang kebiasaanya kita sambung pada suis atau wayar asal sesuatu komponen yang hendak ditambah relay. akhir sekali ialah kaki 87 iaitu keluaran baru (output) 12v (+) yang kita sambungan pada wire positif (+) peralatan berkaitan seperti pada contoh di atas



gambar ini juga merupakan contoh penyambungan relay pada peralatan tertentu dan kelihatan lebih kurang sama dengan diagram sebelumnya



diagram di atas ialah bagi sesiapa yang hendak membuat starter kill pada kereta masing-masing dengan menyembunyikan suis pada tempat tertentu, ni kira sebagai suis rahsia. kalau suis ni tak on maknanya kereta tak boleh start sebab tiada power 12v ke selenoid starter. bila suis ni di on barulah power 12v disupply ke selenoid starter dan seterusnya menghidupkan kereta. flashing LED tu sebagai optional boleh nak letak atau pun tidak



ini pula ialah diagram yang berfungsi ketika start kereta kita mesti menekan pedal brake barulah kereta dapat dihidupkan. kalau tak tekan pedal brake kereta tak dapat dihidupkan seperti biasa



diagram di atas untuk cut off fuel pump iaitu kalau suis pada posisi off kereta tak dapat dihidupkan kerana fuel pump tak dapat current 12v, starter bunyi macam biasa tapi tak boleh start sebab minyak tak dapat disupply ke enjin



ini pula ialah bagi yang nak start kereta tapi perlu tekan cigar lighter terlebih dahulu, kiranya lebih kurang sama function dengan pedal brake tadi, yang ni kena tekan pencucuh rokok baru kereta dapat dihidupkan seperti biasa



relay di atas digunakan untuk fungsi dorm light supervision (tengok dalam entri blog terdahulu), khusunya bagi alarm yang mempunyai option dorm light supervision, iaitu masa disarm kereta lampu bumbung kereta akan hidup selama 30 saat dan ini sangat berguna ketika pada waktu malam



diagram di atas ialah bagi sesiapa yang nak menambahkan fan tambahan pada kereta, seperti menambah condenser fan pada bahagian hadapan condenser ada. ikuti diagram di atas



diagram ini simple sahaja iaitu nak bagi LED berkelip-kelip bila ignition off iaitu semasa kita off kereta lampu LED terus berkelip-kelip, kira macam lampu alarm lah ni



akhir sekali ialah untuk membuka trunk kereta dengan hanya menekan butang tertentu pada alarm, boleh cari dalam entri blog terdahulu cara detail pemasangan trunk release ini


harus diingat penyambungan yang salah sama ada pada relay atau peralatan yang hendak ditambah relay mestilah betul kerana silap wiring boleh menyebabkan relay yang rosak atau pun peralatan tambahan tidak berfungsi dengan betul. SEBARANG RISIKO MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI


sekian, terima kasih
jumpa lagi

32 comments:

  1. Good Info bro jeff..

    ReplyDelete
  2. bang jeff kalau nak pasang horn ambil dari wiring ASAL wayer yang mana perlu di sambungkan ke kaki 85 dan 86 atau mana2 wayer pun boleh...

    ReplyDelete
  3. oooo...bermakna kaki yg berhuruf 85 & 86 cuma untuk hidupkan coil pada relay tu sahaja la yer..sekiranya contact pada kaki 30 & 87 normally open,kaki pada 87a bertindak sebagai normally close yer dok..betul x abg jeff

    ReplyDelete
  4. wayar positif horn asal sambung ke kaki 86 dan wayar negatif asal biarkan. horn positif sambung ke kaki 87, kaki 85 ke ground.

    ReplyDelete
  5. mane satu wayar ignition viva ek....saya nak pasang tp tak tau nak pastikan wayar kunci ignition yang mana satu.

    ReplyDelete
  6. syabas abg jeff.. relay for starter dah sukses sy bt.. jln seperti biasa...
    la nie saya nak bt starter kill guna suis tu..
    soalannyer...
    1. leh ker guna 2 relay dlm satu lane tu.. coz sy dah letak relay starter nak tambah stater kill..
    2. klu boleh..kabel starter selenoid kena cut masuk ke kaki 87 dan kaki 86 & 30 di sambung ke start power kuncikan.
    3.klu sy nak jumper power 12v dari kunci tanpa direct bateri boleh ker..

    ReplyDelete
  7. boleh je guna 2 relay. yup.. wire starter selenoid ke kaki relay 87. nak ambik power dari 12v kunci pun boleh

    ReplyDelete
  8. hahaha....akhirnya aku telah berjaya membuat kereta viva aku takleh start tanpa menekan brek terlebih dahulu. TQ tacra

    ReplyDelete
  9. wow... bagus sangat ni... boleh abg jeff post utk bagi lampu depan jadi terang...lampu keta sy malap dah... tq abg jeff...

    ReplyDelete
  10. abg jeff..patutnya wayar dari 30 dan 85 hendak la mempunyai ukuran..utk menggelakkan berlakunya litar pintas fuse, fuse cair dalam jangka panjang,dan kerosakan barang electrical..ini telah saya lalui..caranya ialah pendekkan grounding wire agar lebih dekat dengan relay..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, berjaya juga mewiring spotlight keter Jai menggunakan diagram relay spt kat atas..

    Terima kasih abam Jeff atas tunjuk ajar dlm tepon tempoh hari!

    ReplyDelete
  12. Abg Jeff,

    kalau saya nk guna 2 relay, antara relay ke relay, kaki no berapa nk kena sambung antara satu sama lain?

    ReplyDelete
  13. salam abg jeff..nak tanye ni..lori sy guna 24v bateri..adekah bila kite pasang relay kuase die yg keluar jadi 12v?dan satu lg..boleh kah relay dikongsi dengan 2 peralatan?klau tiada kaki 87a bolehkah kongsi mengunakan kaki 87 saje..

    ReplyDelete
  14. salam abg jeff, nk tanye pasal brake light switch,kaki 87 sambung kt 12v stater. kaki 30 sambung ke ignition kt soket hitam btl ke?????

    ReplyDelete
  15. abng boleh tunjuk tak gambar fuse??

    ReplyDelete
  16. relay yang 5 kaki pin 87a aper function dia bang???

    aper beza relay 4 kaki 12v 20A dan
    relay 5 kaki 12v 30A

    ReplyDelete
  17. fuse 10A untuk wiring fog lamp saya selalu cair...relay ada pakai...sambungan wayar sume betul..xda yang salah...macam ne nak elak fius dari selalu cair?adakah panjang wire ground dari relay mempunyai ukuran tertentu?adakah dengan memendekkan wire ground dapat mengelakkan dari fius cair untuk jangka masa yang panjang?

    ReplyDelete
  18. kebiasaannya kalau fius cair kerana load yang tinggi dan untuk mengatasinya try gunakan wire tebal atau bersaiz besar sikit untuk positif. kebanyakan fius kat spare part atau kedai acc tak tahan, try tukar dengan fius asal kereta

    ReplyDelete
  19. bila kita guna banyak relay, adakah kita kena sambung semua wayar + untuk terminal bateri tu bro? x berserabut ke wayar kt kepala bateri tu nnt? atau cuma guna satu saja wayar dan kongsi untuk semua relay tersebut.. contoh guna 3 relay satu untuk lampu satu untuk foglamp dan satu untuk horn.. ketiga2 wayar untuk bateri tu x boleh share ke?

    ReplyDelete
  20. boleh loop wire tu, gunakan wire yang besar sebagai wire utama

    ReplyDelete
  21. salam en.jeff>nak tanya macamana nak pasang snail horn yang dah siap dengan tranformer ye?perlu ke tambah relay lagi?





    ReplyDelete
  22. salam abg jeff
    nak tya..
    kalo nak pasang relay kat motor power window mcm mane yer???
    motor baru tukar..tapi bila nak naik macam semut..turun laju je...getah pun dah tukar yang baru....

    ReplyDelete
  23. salam abg jeff...
    kalo nak tambah relay kat power amp bleh ke?

    ReplyDelete
  24. assalam abg..nk tnye psl suis cut bg fuel pump.bole ke sy terus buat suis cut off melalui wire fuel pump dari pin out ecu,jd xperlu lg pakai relay

    ReplyDelete
  25. Salam abg jeff..nk tanya sy nk cnvert lampu perdana(1 mentol 3pin/high&low bim dlam 1 mentol) kepada lampu mitsubishi galant(2 mentol 2pin/high&lowbim mentol asing)..dalam masa yg sama sy nak pasang relay untuk lmpu saya..

    ReplyDelete
  26. Salam bro jeff wira saya dah tukar horn dah lama pakai knp ekk klu press horn bunyi jd slow...

    ReplyDelete
  27. Abg jef...kalo pasang area tv kereta dgn headrest tv monitor kena pakai relay jugak ke.... plssss abg jwap ye.... pasal sya da buat..tp guna wayar suis... mohon info bro jefff

    ReplyDelete
  28. Salam abang jef. Nak tanya tunjuk ajar abang. Saya ada pasang lampu hid 25w kat motor ex5 saya. Tapi menyala dalam 20 minit je padam. Lepas tu kena tunggu motor jalan kejap on balik ada. Power tak tahan la bang. Tapi syarikat yg jual lampu tu syorkan lampu tu mengikut motor saya. Ada ke apa2 cara nak selesaikan masalah ini bang? Tolong saya sikit abang. Terima kasih abng.

    ReplyDelete
  29. Bro jeff, klau utk turbo timer pulak cmna, plzz

    ReplyDelete
  30. Bila di pasang bateri,, starter hidup dengan sendirinya tanpa memulas kunci kpd on.. bole tlong jelaskan masaalah ini??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang