Nuffnang

Friday, August 5, 2011

Works Air Filter - Viva

selamat berpuasa.... entri kali ini ialah penukaran air filter standard perodua viva ke aftermarket air filter secara drop in, bermakna hanya menggantikan filter element sahaja tanpa membuat apa-apa ubahsuai. kalau hendak menggunakan open pod pun boleh tapi kena mod sikit dengan membuat piping antara throttle body ke air filter. guna drop ini pun dah memadai, bukannya enjin yang sudah diubahsuai, standard je




inilah box air filter standard perodua viva 1.0cc, dibawahnya terletak air filter




terlebih dahulu unplug soket sensor seperti yang ditunjukkan di atas untuk memudahkan kerja menanggalkan housing filter berkenaan




apabila penutup box dibuka nampaklah kedudukan air filter standard




keluarkan air filter dan akan kelihatan seperti di atas iaitu 3 coil plug. enjin 3 silinder je ni tapi boleh tahanlah viva, boleh dikatakan powerlah jugak dalam kategori enjin seperti ini




owner telah memilih air filter aftermarket jenis WORKS dengan harga tak sampai rm150. untuk makluman air filter viva 1.0cc ini sama dengan air filter myvi 1.0cc, so boleh pakai antara keduanya. penggunaan air filter aftermarket lebih tahan daripada air filter standard yang perlu ditukar apabila service kereta, kalau guna yang aftermarket tak perlu tukar, hanya cuci je sampai bersih, lebih berbaloi




WORKS air filter for viva 1.0 dan myvi 1.0




try masukkan filter dalam housing atau penutup box, memang ngam tak perlu apa-apa pengubahsuaian




perbandingan antara filter standard dengan WORKS air filter




pasang pada enjin dengan kedudukan bucu segi empat pada bahagian kanan hadapan, seperti tertera pada gambar. bucu lain shape bulat sikit




lepas pasang plug in semula soket sensor tadi dan kemaskan balik 4 klip untuk mengetatkan penutup filter ni




dah pun siap, kerja ni agak senang sahaja


sekian, terima kasih
selamat berpuasa

16 comments:

  1. abang
    filter standart leh pakai sampai baper km?
    rasanya nak pakai standart punya sampai due km baru tukar works punya...

    ReplyDelete
  2. rasanya dalam 20k dah kena tukar air filter standard

    ReplyDelete
  3. salm.....saya nk tukat cable plug lebih besar sedikit.....tapi jenama ape yang elok dan saiz able plug tu...

    ReplyDelete
  4. kalau untuk viva tak perlu tukar cable plug sebab viva menggunakan coil berasingan bagi setiap plug, tidak ada cable plug

    ReplyDelete
  5. ooo...coil tu kalo besar ckt bolehkn....nk bagi pikap kuat je...cmne ek

    ReplyDelete
  6. abg jeff...nak tanya kalau kete viva auto ni pakai open pod filter boleh tak?apa kekurangan dan kelebihan open pod kalau pasang kat kete viva auto ek?
    tq

    ReplyDelete
  7. manual atau auto tak jadi masalah nak pakai open pod, kelebihannya angin masuk dengan banyak sikit. lepas pasang seeloknya kena tuning balik

    ReplyDelete
  8. abg jeff,ade penigkatan x lps psg air filter work ni?

    ReplyDelete
  9. bro jeff, dah tukar ezkos pipe ker? kira nak tukar 2" dr depan ke blkng. tapi takut semput plak

    ReplyDelete
  10. kalau kereta cc kecik seperti 1000cc tidak boleh menggunakan piping ekzos saiz besar seperti 2", kemungkinan power akan hilang. memadai besarkan sedikit sahja dari saiz piping asal

    ReplyDelete
  11. bro .,
    nak tanya cikit ,mengapa air-cond kereta i nie , kurang angin je bila on . i dah tukar air filter . 1.0 cc 2008 manual
    dah check kat dash board x de pe
    bila tukar ke 4 enjin bergegar
    risau nie
    tolong advice cikit

    ReplyDelete
  12. bro .,
    nak tanya cikit ,mengapa air-cond kereta i nie , kurang angin je bila on . i dah tukar air filter . 1.0 cc 2008 manual
    dah check kat dash board x de pe
    bila tukar ke 4 enjin bergegar
    risau nie
    tolong advice cikit

    ReplyDelete
  13. nak tanya viva 1.0 ori air filter's part number apa ya?

    ReplyDelete
  14. salam 1 Malaysia, sya nak tanya kereta saya myvi 1.3 manual ada beza tak open box dengan drop in k & n high flow air filter dr segi performance

    ReplyDelete
  15. slm abg jeff...abg leh tk,,cuci air filter simota ni mcm abg diy cuci air filter k&n tu,,,rendam ngn air sabun ja..

    ReplyDelete
  16. Hi bro,nak mintak advice sikit pasal open pod filter Viva ye. Kalau saya nak tukar jadi open pod filter,cover air filter original kena bukak betul tak? Lepas bukak,soket sensor letak kat mana?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang