Nuffnang

Wednesday, September 21, 2011

Driveshaft - Inner CV Joint

Entri kali ini saya ingin berkongsi satu problem yang biasa berlaku pada driveshaft dalam iaitu cv joint bahagian yang bersambung dengan gearbox. masalahnya kalau semasa kita drive terutamanya ketika kita floor pedal/tarik kereta akan bergegar bukan sahaja enjin bergegar malahan kita akan rasakan bahagian hadapan kereta kita bergegar, maka simpton ini berkait rapat dengan bearing dalam cv joint tu dah rosak. kemungkinan dah tercabut sama satu atau dua. kalau tercabut 3 sekaligus kereta tak dapat gerak langsung. tambahan pula semasa kereta nak mula jalan ada satu macam bunyi terhantuk kat area enjin





inilah inner cv joint driveshaft yang bersambung dengan gearbox. setelah bahagian knuckle dibuka perlulah dikeluarkan terus driveshaft ini untuk memudahkan kerja-kerja nanti. untuk keluarkan driveshaft dari gearbox, kat bahagian kepala driveshaft tu (celah kepala dengan gearbox) kita letak skru driver besar dan umpil dengan hentakan barulah clip dalam gearbox tercabut dan dengan ini driveshaft dapat dikeluarkan dengan mudah. tak boleh tarik batang driveshaft nanti akan tercabut batang tu sahaja



ni rupa yang dah terpisah dari gearbox





terlebih dahulu buka klip boot driveshaft dan tarik boot sehingga terpisah dari cv joint ini. apabila boot dikeluarkan tarik cv joint dari batang driveshaft dan akan nampaklah seperti dalam gambar di atas



kelihatan salah satu daripada 3 bearing driveshaft ni telah tercabut, hanya tinggal besi sahaja





sebab itu lah kita akan berasa gegaran yang kuat semasa memcut sebab kerosakan benda inilah yang menjadi penyebabnya. dah sampai masa tukar dengan yang lain





dah tercabut terus, bebola besinya pun dah lekat dan termasuk dalam boot driveshaft bersama dengan grease



gunakan jaw puller untuk mengeluarkan bearing ini





spare part dah dapat, cuma saya ambik dari driveshaft lama yang tidak digunakan lagi. benda ni tidak ada jual kat spare part kena beli sebatang driveshaft





pasang balik seperti asal dan kemaskan klip boot driveshaft supaya tidak berlaku kebocoran minyak grease. pasang pada kereta dan test kereta anda, tiada lagi gegaran semasa memandu

sekian, terima kasih
jumpa lagi

50 comments:

Anonymous said...

biasanya hayat driveshaft inner joint ni lama mana untuk ditukar sebelum rosak teruk? kalau kereta yang jenis selalu travel bahaya jugak ni...

Anonymous said...

bang jeff...mungkin saya pun mengalami masalah yg sama...masa nk masuk gear atau break pun ada bunyi benda ya terhantuk kat area bwh..

jeff_tacra said...

kebiasaannya kerosakan driveshaft ni banyak bergantung kepada cara pemanduan kita. kalau selalu floor pedal semasa gear 1 atau 2 kemungkinan hayatnya akan cepat pendek berbanding dengan gaya pemanduan berhemah. satu lagi kalau kita lihat boot drive shaft koyak dan kita tidak segera menggantikannya, ini pun boleh menyebabkan driveshaft mudah rosak. apabila grease telah kering lagi cepat rosak

TurboBee said...

Rasanyer keter Jai punya drisap ni dah sampai masa nih...

jeff_tacra said...

try check dulu jai, kalau tak ok kena tukarlah jawabnya

yozz said...

yang ini sebelah kanan atau kiri?

jeff_tacra said...

sebelah kanan, yang pendek

Anonymous said...

kalo keta tengah gerak pastu gear tak sesuai...mcm patut nye gear 2 tapi masuk gear 3...ada bunyi belah bawah bunyi apa tu?

Anonymous said...

salam bro... nak tanya ckit... driveshaft mivec non lsd sama ke ngan wira punye?? kalu sama, ingat mau tukar one set la... sbb ada mengeluarkan bunyi yg kurang enak skang ni time amek korner..

jeff_tacra said...

driveshaft mivec non-lsd sama dengan driveshaft wira 1.6/1.8 plug n play je

sam said...

kereta sy mengalami simtom mcm ni. bila kita tarik pickup akan bergegar pd fire wall dan juga lantai depan. enjin terasa mcm mounting rosak.. gearbox pun sama.. adakah ini penyebabnya bg jeff?mcm mana nk pastikan inner cv...takut benda lain sj.. mounting semua baru.. perkara ni terjadi selepas sy tukar clutch.. kereta semasa bw dlm 20kmj terasa bergoyang2 prlahan kiri kanan..kalu bw laju lepas tgn stereng bergegar kuat tp kereta bergerak lurus.. baru2 ni buat emergency brake..kereta bergerak ke kanan..mcm stereng lari..apa sebab dia yer.. duit dh byk labur..

jeff_tacra said...

kalau nak cek driveshaft pertamnya kena jack kereta dan sebaiknya buka tayar. pegang driveshaft dan goyangkan, kalau ada pergerakan yang kuat bermakna driveshaft dah rosak dan kalau pergerakan kecil pada driveshaft adalah normal

sam said...

sy dh bukak n cuba mcm abg ckp.. cuma kurang jelas..goyang mcm mana tu? sy cuma pusing kiri kanan shj btg drive shaft tu.. pegang dekat disk brake dn pusing kiri kanan.. ada dgr bunyi n boleh rasa kuk..kuk bila mula2 pusing.. bila dh pusing x ada bunyik. bila berhenti n mula balik akan dgr mmg ada bunyi kuk.. adakah inner dlm dah rosak? sebab bila bw kereta bila lepas clutch, clutch akan tersentap kuat mcm ada freeplay plak.

jeff_tacra said...

kena pegang driveshaft dan rasa ada pergerakan yang banyak atau tidak. kalau pergerakan kecil itu adalah normal. pergerakan banyak bermakna macam longgar daripada biasa dan kalau keadaan ini berlaku mungkin driveshaft dah rosak, kena check betul-betul

Anonymous said...

abg jeff,nk tye inner cv joint yg sblh pnjng n pndek same x?

jeff_tacra said...

untuk gearbox standard inner cv joint sama antara kiri dan kanan tapi kalau gearbox LSD tak sama, ada lain sikit antara kiri dan kanan

Anonymous said...

errrr...kenape pakai jaw puller?????


bukan ke dia ada clip tu cabut jer clip dah bleh keluarkan dgn mudah kan???kalau salah maafkan saye...


TQ

jeff_tacra said...

memang kena buka satu klip kat atas tu, biasanya memang akan dapat keluar dengan mudah, tapi ada ketika terjumpa bearing yang ketat dan susah dikeluarkan dengan tangan, jadi terpaksa menggunakan jaw puller untuk mengeluarkannya, buka saja-saja nak gunakan alat tu

Anonymous said...

klw nk tukar 1 set driveshaft wira 1.5 dlm brape ye abg jepp?

Anonymous said...

masalah saye terbalik dari masalah nie ...bile sy tekan miyak ok stabil jer ...tp bile tahap kelajuan 100 km lepas pedal minyak bergegar tekan clus ok...ape masalah ek... puas dah element ngan balancing tayar lepas tue tukar lower arm xjadi gak

macamacamla said...

salam..
driveshaft untuk 4g93T apa yang boleh masuk??
saya punya auto..
kereta gegar la, benda lain da buat, tapi still gegar..
pomen kata drive shaft..
hari tu da beli, tapi pomen beli manual..
auto punya susah nak cari dier cakap..

jeff_tacra said...

drive shaft perdana boleh masuk pada gearbox 93T

macamacamla said...

ok..
tq bro..

khairul said...

salam..abg jeff..nak ty ckit...driveshaft mivec 1.6 LSd,boleh repair tk? atau boleh kacuk ngan jenis 4g9? yg lain

poninpalo said...

salam abe jeff...
saye nak tanya sikit .saya guna keta iswara a/b 1.3,thn 2001,manual.keta saya tak ada masalah gegar enjin seblum ni,bulan lepas saya gi tukar clucth plate,clucth cover,throw out bearing, oil seal flywel terus jadi gegar.
simpton pertama ,masa idiling rasa getar sikit je kat sterring,glove box,seat,pintu,mcm rasa tayar x buat balancing gitu so rasa kureng selesa sikit ler.tapi bila jalan laju x rasa gegar tu. simpton kedua, penyakit nyer bila keta nak start jalan..masuk gear satu dan bila nak lepas clucth perlahan2 maka enjin gegar kuat seperti nak mati ,ikut gegar sekali dashborh ,pintu ...dah lepas clucth abis terrus tak gegar lagi..masa gear dua,tiga,empat.lima semua ok. kalau nak reverse enjin gegar masa lepas clucth gak...dah lepas abis baru normal balik.
F.Y.I ..last saya tukar clucth pada thn 2007,sekarang saya guna clucth brand excedy. wrokshop x buat resurface flywheel,x guna aligment tool nak pasang/ikat clucth pada flywhel,x guna kan torque wrench sebalik nya guna air gun masa ikat flywheel,ikat clucth set pakai spanar biasa je,x guna torque wrench.
saya dah tukar mounting depan sebijik...rasa kurang gegar sikit.
harap abe dapat curah kan ilmu sikit cam na nak sembuh kan penyakit gegar mcm ni.

terima kasih.

jeff_tacra said...

masalah gegar apabila lepas tukar clutch adalah normal dan lama-kelamaan akan hilang sedikit demi sedikit. kalau tak hilang jugak kemungkinan ada peralatan yang dipasang tidak mengikut spesifikasi sebenar. sepatutnya pomen tu gunakan torque wrench untuk ikat flywheel dan pressure clutch barulah sekata dan balance dan satu lagi allignment clutch tool kena guna jugak

Abg said...

Slm bang jeff tq banyak2 kerana sudi berkongsi ilmu bukan senang nak cari orang cam abg jeff...hrp abg jeff teruskan usaha murni ni....sy ada kemusykilan pada kete saya bang jeff iaitu ia mengeluarkan bunyi kak-kuk terutama bila lalu jalan yang x rata......sy pun rasa cv joint sy dah rosak sbb parts sistem gantungan(top mounting,lower arm semua sy dah tkar masih bunyi jugak...mgkinkah driveshaft sy dah out bang jeff??

jeff_tacra said...

selain daripada driveshaft, lower arm pun kalau bush dah rosak boleh mengeluarkan bunyi, kadangkala bush sate yang rosak pun ada bunyi, kena cek dulu

Edy... said...

Salam abg jeff...sy da lme folow blog nie, terima kasih share ilmu yg berguna ni. sy de mslh, keter sy wira 1.6 4G92, bila drive gear 2,3,4,5 akan ade bunyi kuk...kuk...kuk...kuk...continously. ble tengah laju, saya tekan cluth xde plk bunyi tu...bila lalu jln berbonggol plk bunyi mcm besi terhantuk. sy amati, bunyi tu mcm dtg dari bhgian tayar sebelah driver.sy da tukar lower arm, sate, tie rod ball joint, n engine mounting, sume refere kt blog abg jeff nie...:)...TQ. tp bunyi masih ade, sy ingat nak cabut jgk drive shaft tu, tp mcm was2 jer nak pisahkan cv joint ngan gear box tu...x yakin...hehe.(dulu kreta auto, tp skarg da manual, tkr gear box bulan 7 thn lps)

jeff_tacra said...

kemungkinan tu berpunca dari driveshaft, nak pisahkan dari gearbox kena gunakan besi atau screw driver besar, kena tuil sekali hentakan... mesti bulih punya

Edy said...

ok...minggu dpn plan nak buat, klo stay dalam keadaan cam 2 untuk 1 or 2 minggu lg ok x? ade berjankit kat part2 lain x? klau nak pasang plk cmne, ade org ckp pakai mesin?

Anonymous said...

abg jeff..kete sy ad bunyi ketak2 bile time corner..kadang2 macam rasa kat lantai kaki driver..masalah driveshaft ke?

jeff_tacra said...

Confirm masalah driveshaft, check CV joint driveshaft

tomen - pcbiz - said...

assalam.. abg jeff, nk tyer ler... boleh ke wira berenjin turbo ni pakai driveshaft dr wira 1.8? klu bleh, ketahanan nye mcmmne? aku pnye driveshaft dh out ler.. huhu...

jeff_tacra said...

sebaik-baiknya pakai yang gsr punya, sistem ada lain sikit. gsr pakai hanger dan yang 1.8 takde. ketahanan kurang sikit kalau nak banding dengan ori gsr

tomen said...

ooo... orait orait.. berita terima... huhuhuu... tenkiu bang jeff......

Anonymous said...

bang cam ne lau bunyi tu dat mase kite gerakkan stereng...pusing kanan kiri OK,lau grak atas bawah b'bunyi, apeka itu symptom driveshaft KO

Anonymous said...

kereta wira 1.5 sy baru je tukar driveshaft yg panjang tu..asalnya cover driveshaft koyak...tp oleh kerana tiada masa nk p bengkel..sy lenjan je la...last2 kena tukar semua..rege dlm rm200 siap pasng..sy xpasti brand apa pomen tu guna..tp mcm rebuild punya driveshaft...

ilang skit rs gigil2 masa mula2 bawa kereta..

fazsly08

Anonymous said...

salam bro...kawan pkai A32 n lowered dgn adjustable..mula2, adjustable prob n leaking, jangkit pd drive shaft, tp da tukar adjustable pon masih ceoat rosak lagi drive shaft kete kawan, time korner kwn punyela hati2 tekan minyak nk jaga drive shaft lg2 time masuk simpng, tp masih mudah rosak, boot slalu koyak, masalah apa sbnrnya? terlalu lowered?da tinggikan pon sama jugak jadinye, rim terlalu besar ke?org len paki elok je..penatla asyik tukar drive shaft tu, nek papa kedana jdnye...mohon nasihat bro..tq

Anonymous said...

salam bro..info yg amat berguna.kos tukar untuk saga blm berapa ye?

Anonymous said...

salam..dah tukar drive shaft sebatang kiri dan kanan ..mmg dah kong..
tp masalahnya masih ada bunyik kuk..kuk..sekali sekala..
time jalan lurus pun bunyi dan boleh rasa pada lantai.. adakah drive shaft tu x elok atau steering rack prob? mohon bantuan bro bg nasihat..

faza01 said...

Salam abf Jeff,
Kereta saya skg 4g91 bolt on turbo, saya skg guna gear box manual 4g91 (asal), Skg gear box ni dah problem, ada member ni jual ngan saya gear box gsr 4wD n/a (dah lock 2wd),
soklannya.
1.Drive shaft ape yg sesuai? ke mesti guna drive shaft GSR yg siap hanger tu atau bole guna drive lain (kiri kanan)
2.saiz clucth bole guna 9 inci ker (skg 8.9")

mintak sugg dari saudara a.s.a.p, sbb gearbox box tu kawan akan beli dlm masa terdekat, kereta dlm workshop...

faza01 said...

Salam abf Jeff,
Kereta saya skg 4g91 bolt on turbo, saya skg guna gear box manual 4g91 (asal), Skg gear box ni dah problem, ada member ni jual ngan saya gear box gsr 4wD n/a (dah lock 2wd),
soklannya.
1.Drive shaft ape yg sesuai? ke mesti guna drive shaft GSR yg siap hanger tu atau bole guna drive lain (kiri kanan)
2.saiz clucth bole guna 9 inci ker (skg 8.9")

mintak sugg dari saudara a.s.a.p, sbb gearbox box tu kawan akan beli dlm masa terdekat, kereta dlm workshop...

Anonymous said...

Sala bro jeff..keta sy bukan masalah driveshaft rasanya..bila pusingkan inner cv joint dgn tangan,rasa terlalu banyak gab..sampai bila lepas clutch terasa bunyi hantukan..gearbox problem dh kot.

jeff_tacra said...

driveshaft memang akan ada free sikit kalau tolak dan tarik ke luar semasa di kereta

Anonymous said...

bukan tolak dan tarik keluar..sy gengam inner cv joint tu pusing dgn tangan terasa byk sgt freenya..adakah final gear dh jadi gab banyak sampai macam tu..bila free dh banyak,lepas clutch bunyi kukk..dlm gear reverse.

Anonymous said...

salam bang jef ..ye lah saya pon menghadapi masalah ini . cum aingin lg kepasti yg benar . bergini bang jef:-

1. kereta saya bila tekan pedal minyak begegar pada kelajuan 100 - 120 km selepas itu bila saya tekan lg pedal minyak sampai ke tahap melepasi 120km gegar dia hilang

2. masaalah ini gegar ini terjadi bila saya tekan pedal minyak sahaja. kalau tak tekan pedal minyak walaupon meter 100 - 120km tak gegar pulak

3.dan yg saya perasaan pula bila ambil selekoh coner stereng ke kiri gegar dan bila ambil selekoh ke kanan tak gegar pulak .. adakah simtom2 ini ,menunjukkan drive shaft (pendek) yg bermasalah ..atau drive shaft kanan (panjang)

minta pandangan abg jef ye skian trima kasih bangg..

SK Taman Desa Skudai said...

salam,

nak tanya tuan, keta saya bergegar bonet dia masa reverse...untuk makluman saya dah tukar driveshaft sebelah kanan...agak2 apa lagi yang boleh jadi sebab terjadi bunyi gegar tu...keta saya wira sedan..auto

Walik Zahari said...

Salam abg jeff..tq utk info berguna..masalah kreta saya bila nak mula jalan(depan @ blakang) akan ada bunyi kuk..kuk..bmda terhantuk kat bhgian bwah enjin..bgtu jugak bila msuk ke 2,3,4 akan bnyi kuk..kuk..sy dh tkar dshaft sbelah knan..hrap abg jeff bleh komen sikit..

Tq abg jeff

jeff_tacra said...

check jugak mounting serta bush sate

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang