Nuffnang

Wednesday, November 23, 2011

Secondary Clutch Pump Replacement

bersua lagi dalam entri pemasangan secondary clutch pump atau kebiasaan disebut clutch pump bawah bagi kereta proton atau mitsu. apabila berlaku kebocoran bermakna oil seal dalam pump dah bocor ataupun piston clutch pump dah calar akibat wear and tear. penukaran kepada clutch pump baru boleh selesaikan masalah ini


master clutch pump atau clutch pump atas


secondary clutch pump wira/mitsu atau dikenali sebagai clutch pump bawah. lokasi pump bawah ini ialah di bahagian bawah kereta setentang dengan crossmember yang dipasang pada gearbox, tengok melalui bawah hadapan kereta


terlebih dahulu buka nat 14mm pipe hose clutch seperti ini, lihat gambar di bawah seterusya iaiatu lokasi nat ini pada pump


hujung panah biru tu ialah kedudukan nat (gambar atas) yang perlu dibuka sebelum pump dapat dikeluarkan. pada masa ini minyak clutch akan keluar


buka nat 12mm 2 biji seperti yang ditunjukkan, barulah pump boleh dikeluarkan


pump telah dapat dikeluarkan


buka dust cover untuk melihat piston pump


pump, piston pump, spring, dust cover dan push rod


keadaan piston yang dah karat dan haus akibat wear & tear, dah sampai masa untuk ditukar. piston saje pun ada jual kat spare part tapi lebih baik tukar sekali gus dengna pump


pump brand new jenis TRW japan dengan harga rm52 satu set


perbezaan piston pump lama (kiri) dan piston baru (kanan). pump lama branf SANYCO proton, piston dari besi dan berat manakala piston pump baru yang color hijau tu dibuat daripada aluminium dan ringan, lebih tahan lama dari besi


siap untuk dipasang


untuk kereta MITSUBISHI chariot dan galant tapi sama je dengan proton wira malaysia


proses pemasangan sedang dilakukan


apabila dah siap pasang proses bleeding clutch hendaklah dilakukan 2 orang. isikan minyak clutch, buka bleed valve, rakan menekana pedal clutch hingga rapat dan tutup bleed valve. ulang langkah ini beberapa kali hingga minyak clutch yang keluar melalui bleed valve tidak mengandungi gelelmbung udara dan jangan lupa top up minyak clutch

sekian, terima kasih
jumpa lagi

15 comments:

  1. Salam..saya br tukar clutch pump bwh 3 hari lepas utk kete waja sy..(kereta breakdown kt hiway..kena "ketuk" dgn pomen..RM150 sekali dgn workmanship..:-) ).apa yg terjadi, selepas tukar clutch pump, clutch kete sy semakin keras dr sebelumnya..kenapa ye??

    p/s:saya br juga tukar set clutch sebulan yg lepas..sy pakai cluttch standard waja brand exedy..kete waja thn 2001..enjin standard sepenuhnya..mohon bantuan dr pakar..TQ

    ReplyDelete
  2. try bleeding balik minyak clutch tu, kemungkinan ada bubble dalam hose line

    ReplyDelete
  3. Salam ... Abg jeff, kedai spare part mane beli pump tu ... saya dok ktrg nie, nk beli gop ... TQ

    ReplyDelete
  4. spare part jalan pulau kambing, teong lean, kedai lepas shell

    ReplyDelete
  5. abg jeff.. bila nak buat servicing adjustable absorber? berminat la nk tengok..

    ReplyDelete
  6. nak tanya ni,baru2 ini saya telah menukar minyak klac dan minyak gearbox pada kereta proton wira saya.kenapa gear susah nak masuk dan tak lancar pada awal pagi atau masa still cold start.kalau dah lama on the road baru rasa lancar sikit masuk gear.terutamanya gear 2..boleh tolong jelaskan?
    1.adakah secondary klac pum tak brapa bagus?
    2.adakah kualiti minyak yang digunakan tak brapa bagus?

    ReplyDelete
  7. Try pakai minyak castrol LSX, botol color hijau

    ReplyDelete
  8. Salam....
    Saya br lps kna...otw nk pergi umah sedara...kt h'way... Dh tkar n pomen tu ckp kna rm285... Psal trdesak buat je la... Brbaloi x hrga yg pomen tu bg kt sy dgn pump atas bwah...??

    ReplyDelete
  9. saya baru tukar clucth pump yg bawah.jenama sam.kena rm 110.00.mmg standard harga ke cam2

    ReplyDelete
  10. salam.
    nk tanya ni.
    kalau master pump, getah hitam tu pecah kira bocor tak?
    sebab clutch sekarang ni die tak leaking dot4 tapi cepat masuk angin.
    so before jalan je mesti kena pump clutch dulu.

    ReplyDelete
  11. salam...gear blih msk,tapi keta x gerak,blih tlng bagi tau masaalah nya?tetiba je kena..

    ReplyDelete
  12. salam..nk tnye mcm mane bleeding clutch saga flx?adekah smbil tkan brake?mohon bantuan

    ReplyDelete
  13. Salam..nak tanya,saya guna saga flx manual 1.3. Skarang kereta tersadai sbb tak boleh masuk gear. tekan clutch rase kosng,xde rase ape. Bawak pegi proton sc. dorang tk pasti ape rosak then cadangkan aku tukar barang2 berkenaan dengan clutch n clutch plat bagai. kos RM1000++...nak tanya otai2,ape masalah keta sbenarnya? pump or benda lain?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang