sekejap je masa berlalu, dah pun nak masuk pertengahan bulan 12, kejap je lagi masuk tahun baru pulak. lama tak update blog ni, maklumlah sekarang sibuk sikit dengan tugas rasmi penjawat awam, namun ada sikit ruang masa untuk melakukan aktiviti DIY sekaligus dapat menghilangkan kebosanan... entri kali ini ialah bagaiman cara untuk menukar float atau pelampung minyak petrol kereta wira atau lancer, float inilah yang menjadi ukuran pada meter minyak sama ada minyak banyak atau sedikit. kerosakan float ini boleh dikesan apabila meter minyak dah tak betul fungsinya, sekejap meter menunjukkan minyak penuh dan sekejap minyak kurang ataupun meter tak gerak lagsung walalupun isi minyak full tank. namun simptom seperti ini bukanlah 100% menunjukkan kerosakan float malahan meter tu sendiri kadang-kadang bermasalah, kena cek betul-betul dulu
langkap pertama ialah buka tempat duduk belakang dengan menarik klip dibahagian hadapan bawah seat, klit ada kiri dan kanan seperti yang ditunjukkan di atas
seat telah dibuka, perhatikan ada plastik putih pada tempat yang ditarik tadi. inilah klip lock seat kat lantai
selak carpet atau apa sahaja yang menghalang untuk melihat lantai seat dan perhatikan pada bahagian tengah-tengah lantai tu terdapat besi penutup bulat seperti ini. ini lah penutup lantai untuk mendapatkan float berkenaan
umpil penutup dengan menggunakan screw driver flat ataupun boleh menggunakan test pen sahaja sebab penutup ni tidaklah terlalu ketat
apabila penutup dibuka akan nampaklah cover float dan terdapat soket 3 wire dipalam di situ
unplug soket dengan menarik ke arah bertentangan
tiba lah masanya untuk membuka 3 biji nat 8mm pada cover float
apabila nat dibuka, dengan berhati-hati tarik ke atas cover float tersebut dan keluarkan dari tempatnya. pada masa ini bau minyak petrol agak kuat sebab di bawahnya ialah tank petrol
keadaan float yang berwarna hitam
selalunya pada bahagian inilah yang kerap mengalami kerosakan, di sini terdapat satu litar yang menggerakkan float untuk mendapatkan bacaan minyak penuh atau kurang
menjadi perkara biasa kerosakan akab berlaku pada alat ini akibat wear & tear. terlalu lama usia kereta pun boleh jugak rosak tapi kadang-kadang dah 10 tahun pun belum rosak lagi, nasib jugaklah...
10 comments:
float wira brape harganya?beli baru atau cari kedai potong yng mitsu ke?
harga sekitar rm30, lebih baik beli baru di kedai spare part
abg, cable meter auto dan manual same je ke? sbb sy nk tukar cable meter wira 1.5 auto aritu, skali kedai bg yg manual, sy tanye bole guna ke kat dia? dia kate bole, sy x beli, sbb takot x bole ngam. any advice?
cable meter sama sahaja antara auto dan manual, boleh pakai
oooo... ok... tq bang. bkn ape, ada pomen area sini ckp x bole pakai plak, ada lg 1 kedai ckp bole pakai. confius. he he he
bro.. satu pertanyaan.. keta saya satria.. pakai dasboard lancer.. problem kat meter minyak.. masalahnya meter minyak cepat turun.. katakan meter tunjuk kat separuh dan keta dalam statik..bila kita tarik kereta untuk bergerak..meter tu akan turun lebih sikit dari tengah.. lama2 naik balik ke setengah.. adakah masalah pelampung? bawa kereta rasa tekanan sebab tgk minyak turun cepat sgt..
kemungkinan masalah pelampung, boleh try tukar dulu
saya ada tanya kt kdai float wira yg bru rm170..yg second punye rm30..yg abe jeft bgtaw tu yg harga rm30 yg bru or second??
Bro, tumpang tanya eh, kalau kereta Saga Aeroback 1.5i pelampung dia boleh cek macam ini ke? Ke kena turunkan tangki minyak baru bole cek? Terima kasih..
try bukak seat belakang dan akan nampak penutup besi bulat macam kat atas tu, kalau ada bermakna boleh menggunakan kaedah ini untuk menukarnya
Post a Comment