Nuffnang

Monday, December 12, 2011

Step by Step Wiring Procedures

assalamualaikum dan salam sejahtera, entri kali ini ditunjukkan proses penyambungan wire, nampak simple sahaja tapi penyambungan wire perlulah dibuat dengan teliti supaya tidak mudah tertanggal, tercabut, terpisah, putus dan sebagainya. kalau perhatikan pada harness kereta tidak ada satu pun tempat yang di solder, kalau loop wire pun digunakan besi dan di crimp pada wayar tersebut. saya menggunaka kaedah sambung dan solder pada setiap penyambungan tan tapping yang saya buat agar kelihatan kemas dan tidak mudah terpisah. ikuti penerangan ringkas di bawah ini


inilah terminal set, senang nak guna kalau diperlukan. terminal ini biasanya saya tambah dari semasa ke semasa apabila berkurangan. yang macam playar tu ialah terminal crimping dan wires stripper


antara peralatan yang digunakan ketika menjalankan proses wiring pada kereta iaitu cutter, test lamp, soldering paste, timah solder dan wire stripper


peralatan lagi iaitu wiring secukupnya (gambar atas tu sebagai sample sahaja), solder holder, lighter, heat shrink dan yang penting ialah solder. pastikan solder ada cop sirim untuk keselamatan sebab kalau guna yang murah kepanasan tidak mencapai tahap yang dikehendakki menyebabkan proses pemanasan timah solder menjadi lambat atau tidak sempurna. kadang-kadang solder murahan boleh meletup sebab terlalu lama digunakan. saya pernah mengalami api rumah trip akibat penggunaan solder murah


heat shrink


wiring yang masih tersimpan, terdapat soket dam macam-macam lagi dalam kotak hikmat ni


pertamanya perlulah memotong wire yang dikehendaki secukupnya dan gunakan wire stripper untuk menanggalkan penebat pada hujung wire, kalau nak guna cutter pun boleh, pisau atau gunting pun boleh, terpulang. tapi kalau guna alat di atas urat wayar tidak akan putus


silangkan wire seperti di atas, ini ialah untuk menyambung antara dua wire, perhatikan antara wire merah dengan wire kuning di atas


pusingkan atau lilitkan wire mengikut arah bertentangan antara satu sama lain seperti yang ditunjukkan di atas


selesai proses penyambungan


celupkan timah solder ke dalam soldering paste tujuannya untuk memudahkan proses solder nanti iaitu timah dapat mresap masuk ke dalam urat-urat wire yang disambung tadi. kalau tak guna paste ini pun boleh tapi memakan masa yang lama untuk solder akibatnya penebat wire yang hampir pada tempat kita solder tadi boleh cair akibat kepanasan melampau


proses solder sedang dijalankan


dah siap solder, masukkan heat shrink seperti yang ditunjukkan pada tempat yang disambung tadi untuk menutup tempat tersebut. kalau pada kereta ada kalanya kita perlu memasukkan heat shrink terlebih dahulu sebelum sambung dan solder


heat shrink betul-betul pada tempat penyambungan tadi


panaskan dengan menggunakan lighter atau boleh menggunakan hujung solder pada heat shrink sehingga heat shrink mengecut dan membaluti tempat solder dengan kemas. anda boleh juga menggunakan tape hitam, kalau boleh cari jenama 3M sebab tidak mudah melekit atau terburai pada masa akan datang. kadang-kadang tape murah mengeluarkan gam dan lama-kelamaan aka terbuka sedikit demi sedikit


dah pun siap proses penyambungan pada wire. cara ini wire menjadi kemas dan tidak mudah putus atau terpisah dan sebagainya. satu lagi perkara penting ialah pemilihan wire yang hendak digunakan pada kereta, kena wire yang sesuai untuk automotif dan jangan sekali-kali menggunakan wire api rumah yang kecil dan nipis sebab boleh menyebabkan kepanasan dan penebat akan mencair seterusnya terjadi sesuatu yang tidak diingini berlaku. PENYAMBUNGAN WIRING PADA KERETA JANGAN BUAT SAMBIL LEWA

sekian, terima kasih
jumpa lagi

13 comments:

  1. terbaek abg jeff!

    blh tlg ajar saya skt tak, mcm mana nak check knock sensor berfungsi ke tak?

    tq tq

    ReplyDelete
  2. kalau knock bermasalah sudah pasti CEL akan hidup dan apabila didiagnos akan keluarlah error code tertentu berkaitan dengan knock sensor. kalau pakai SAFC memang dapat tahu jnock sensor berfungsi atau tidak

    ReplyDelete
  3. Bang Jeff, soldering paste tu nak bahang mana? kedai mana ada juaL?

    ReplyDelete
  4. ilmu yg cukup berguna.kat mana nak beli heat shrink tu?

    ReplyDelete
  5. soldering paste dan heat shrink ada jual kat kedai letrik/letronik

    ReplyDelete
  6. terbaik dari bro tacra

    ReplyDelete
  7. Timo kaceh atas info abng Jeff....

    ReplyDelete
  8. bang jeff, crimping tool set tu brapa harga?

    ReplyDelete
  9. crimping tool harga murah dalam belas-belas dan mahal sehingga rm60 pun ada

    ReplyDelete
  10. abg jeff, wayar utk keta tu pon ada jual kat kedai letrik ker? mana nak tau wayar tu sesuai utk kegunaan keta?

    ReplyDelete
  11. biasa ada juga kedai letrik yang jual wayar untuk kereta dan kebanyakan kedai spare part pun ada jual wayar ni, biasa kalau untuk kereta ada tulis kat label untuk automotif wiring

    ReplyDelete
  12. Nak pandai pomen kena pandai wiring jugak,tapi bab wiring la paling saya fail.

    ReplyDelete
  13. bro jeff, biasa wayar wiring kereta macam foglamp,relay starter pakai saiz berapa? 1.5 atau 2.5? tq bos

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang