Error Code & Self Diagnostic

bersua kembali. entri kali ini ialah mengenai bagaimana kita nak mengdiagnosis ecu ataupun sensor yang bermasalah apabila check engine light (CEL) keluar kat panel meter. kebiasaannya apabila kereta injection mempunyai masalah sensor tertentu maka CEL ini akan hidup untuk menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada sistem enjin dan sensor tertentu pada kereta. jadi, kita hendaklah menghantar ke bengkel yang menggunakan sistem berkomputer untuk mengenal pasti masalah kereta kita kerana selalunyab engkel menggunakan multi unit tester (MUT) untuk mengetahui sebarang masalah yang berlaku bagi kereta injection

namun, kita boleh mengdiagnosis sendiri secara diy sahaja, apakah masalah yang berlaku berpandukan pada error code dengan menggunakan sebiji LED 5v dengan berpandukan pada code tertentu yang saya paparkan di bawah ini. teknik ini hanya khusus bagi enjin mitsubishi yang menggunakan socket OBD1 sahaja

ini indicator CEL bagi meter perodua viva yang menggunakan simbol seperti yang dipaparkan di atas. kebanyakan kereta sekarang menggunakan simbol seperti ini

indicator CEL meter mitsubishi yang menggunakan perkataan ENGINE CHECK


socket diagnosis OBD1 mitsubishi, ada 12 pin kesemuanya


kedudukan soket OBD1 bawah dashboard berhampiran dengan fuse box

male socket untuk MUT OBD1, sekadar gambar hiasan

dapatkan wire dengan soket pin kecik seperti di atas, boleh didapati dari mana-mana soket yang tidak digunakan lagi

dapatkan LED 5v, boleh diperoleh dari PC terpakai, kebiasaannya ada LED kat depan panel komputer desktop

sambung LED dengan socket kecik tadi

saya gunakan LED ini... 5v

ni soket OBD1 bagi kereta seperti wira 1st batch yang guna mmc ecu, bagi pengguna enjin mivec, evo 123 dan gsr. sambungkan positif LED ke pin no.1 di atas, yang ini untuk self diagnostic nanti dan kaki ground LED ke pin no.12, masa sambungan ini dilakukan posisi suis pada kedudukan off

soket untuk OBD2

langkah berikut hendaklah diikuti
1. kunci pada kedudukan off dan sambung terminal LED seperti di atas
2. bila dah siap sambung pusing kedudukan kunci pada ON
3. sebaik sahaja kunci di ON lampu LED hidup sekali sahaja.
4. lepas hidup sekali akan padam balik dan mulalah LED berkenaan menunjukkan error code tertentu

contohnya:
LED akan hidup 3 kali iaitu on/off, on/off dan on/off (dengan selang masa panjang) dan bacaan nombor ke dua misalnya no. 2 on/off dan on/off dengan selang masa pendek. ini bermakna error code berkena ialah 32 iaitu kerosakan pada MAP sensor

saksikan video berikut


error code
11 Oxygen sensor fault
12 Airflow sensor fault
13 Intake air temp sensor fault
14 Throttle position sensor (TPS) fault
15 Idle speed control (ISC) motor position sensor fault
21 Coolant temp sensor fault
22 Crankshaft position (CKP) sesnor fault
23 Camshaft position (CMP) sensor fault
24 Vehicle speed sensor (VSS) fault
25 Barometric (BARO) pressure sensor fault
31 Knock sensor fault
32 MAP sensor faulty
36 Ignition timing adjustment signal fault
39 Oxygen (O2) sensor fault
41 Injector(s) fault
42 Fuel pump fault
43 EGR fault
44 Ignition coil (cylinders #1 & #4) fault
52 Ignition coil (cylinders #2 & #5) fault
53 Ignition coil (cylinders #3 & #6) fault
55 Idle air control (IAC) valve position sensor fault
59 Rear Oxygen (O2) sesnor fault
61 Transaxle control module torque reduction signal fault
62 Variable Induction control (VIC) valve position sensor fault
71 Traction control (TC) vacuum valve solenoid fault
72 Traction Control (TC) vent valve solenoid fault

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

SPDT Relay

entri kali ini menerangkan mengenai relay dan beberapa diagram yang berkaitan dengan cara pemasangan relay pada peralatan kereta yang tertentu. relay yang biasa digunakan ialah SPDT relay iaitu Single Pole Double Throw yang mempunyai 4 atau 5 kaki yang ditandakan dengan code tertentu iaitu kalau 4 kaki (pin) 85, 86, 87 dan 30, manakala untuk 5 kaki tambahan pin 87a. terdapat dua jenis relay yang biasa digunakan iaitu normally open dan normally close iaitu normally open kebiasaannya 4 kaki dan normally close 5 kaki

Aplikasi relay adalah untuk mengawal litar voltan tinggi daripada litar voltan rendah. Contoh litar di atas adalah untuk menghidupkan atau mematikan litar arus ulang alik AC (Alternating Current) daripada litar yang bervoltan rendah melalui microcontroller. Aplikasi lain adalah untuk mengawal laluan arus daripada sumber voltan arus terus, contohnya untuk mengawal arah pusingan DC Motor.


ini relay SPDT BOSCH yang selalu digunakan oleh kebanyakan kita pada kereta iaitu fungsinya dapat mengekalkan voltage dan amp yang secukupnya pada peralatan kereta seperti lampu, horn, fuel pump, radiator fan dan sebagainya. kebiasannya harga yang dijual di kedai spare part bawah rm15 dan soket seperti dalam gambar di atas memudahkan kerja penyambungan wiring, pun ada dijual di kedai spare part




gambar atas merupakan contoh penyambungan relay pada peralatan tertentu di kereta. kaki 85 biasanya tap pada ground iaitu pada mana-mana body kereta, ini ialah negatif (-). kaki 30 iaitu sambung ke direct 12v kebiasaanya terus ke positif (+) bateri dengan diletakkan fuse 10A pada wire ini, kalau berlaku litar pintas fuse akan memutuskan arus untuk menyelamatkan peralatan kereta. manakala kaki 86 pula ialah untuk trigger atau sebagai pelengkap kepada litar relay yang kebiasaanya kita sambung pada suis atau wayar asal sesuatu komponen yang hendak ditambah relay. akhir sekali ialah kaki 87 iaitu keluaran baru (output) 12v (+) yang kita sambungan pada wire positif (+) peralatan berkaitan seperti pada contoh di atas


gambar ini juga merupakan contoh penyambungan relay pada peralatan tertentu dan kelihatan lebih kurang sama dengan diagram sebelumnya


diagram di atas ialah bagi sesiapa yang hendak membuat starter kill pada kereta masing-masing dengan menyembunyikan suis pada tempat tertentu, ni kira sebagai suis rahsia. kalau suis ni tak on maknanya kereta tak boleh start sebab tiada power 12v ke selenoid starter. bila suis ni di on barulah power 12v disupply ke selenoid starter dan seterusnya menghidupkan kereta. flashing LED tu sebagai optional boleh nak letak atau pun tidak


ini pula ialah diagram yang berfungsi ketika start kereta kita mesti menekan pedal brake barulah kereta dapat dihidupkan. kalau tak tekan pedal brake kereta tak dapat dihidupkan seperti biasa



diagram di atas untuk cut off fuel pump iaitu kalau suis pada posisi off kereta tak dapat dihidupkan kerana fuel pump tak dapat current 12v, starter bunyi macam biasa tapi tak boleh start sebab minyak tak dapat disupply ke enjin



ini pula ialah bagi yang nak start kereta tapi perlu tekan cigar lighter terlebih dahulu, kiranya lebih kurang sama function dengan pedal brake tadi, yang ni kena tekan pencucuh rokok baru kereta dapat dihidupkan seperti biasa



relay di atas digunakan untuk fungsi dorm light supervision (tengok dalam entri blog terdahulu), khusunya bagi alarm yang mempunyai option dorm light supervision, iaitu masa disarm kereta lampu bumbung kereta akan hidup selama 30 saat dan ini sangat berguna ketika pada waktu malam



diagram di atas ialah bagi sesiapa yang nak menambahkan fan tambahan pada kereta, seperti menambah condenser fan pada bahagian hadapan condenser ada. ikuti diagram di atas



diagram ini simple sahaja iaitu nak bagi LED berkelip-kelip bila ignition off iaitu semasa kita off kereta lampu LED terus berkelip-kelip, kira macam lampu alarm lah ni



akhir sekali ialah untuk membuka trunk kereta dengan hanya menekan butang tertentu pada alarm, boleh cari dalam entri blog terdahulu cara detail pemasangan trunk release ini


harus diingat penyambungan yang salah sama ada pada relay atau peralatan yang hendak ditambah relay mestilah betul kerana silap wiring boleh menyebabkan relay yang rosak atau pun peralatan tambahan tidak berfungsi dengan betul. SEBARANG RISIKO MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI


sekian, terima kasih
jumpa lagi