selamat berpuasa... entri kali ini ialah mengenai bagaimana nak DIY power window switch perodua viva yang kadang kala boleh tidak berfungsi sama ada hendak menaikkan atau menurunkan cermin. masalah ini boleh diselesaikan secara DIY sahaja
suis power window sebelah kiri (co pilot) ini tidak berfungsi ketika hendak menaikkan cermin, dah sampai masa untuk diservice
buka door trim dan unplug soket switch. perhatikan 4 bulatan merah untuk mengeluarkan suis dari door trim
naikkan besi 4 penjuru tadi seperti dalam gambar
tolak suis ke arah hadapan
keluarkan suis dari door trim
umpil secara berhati-hati penutup board switch
dah nampak board switch
keluarkan besi contact switch
4 tanda seperti di atas merupakan tempat yang perlu dicuci dan dibersihkan dengan cara mengikis permukaan contact switch dengan menggunakan flat screw driver. pada switch ini nampak macam kesan gris sebab itulah contactnya tak berlaku dengan baik
apabila dah dibersihkan pasang balik contact switch
pasang balik contact switch seperti kedudukan di atas, jangan bertukar kerana boleh mengakibatkan switch tak function sepenuhnya
pasang contact switch satu persatu
dah siap pasang contact switch pada board
pasang semula pada housing switch
pasang cover dan test switch kat kereta, masalah dah selesai
sekian, terima kasih
selamat berpuasa