Nuffnang

Friday, January 6, 2012

Steering Rack Super Pro Bush

bersua kembali... entri kali ini iaitu bagaimana proses penukaran steering rack bush dan jenama yang saya pilih ialah SUPER PRO BUSH, tidak asing bagi peminat kereta mengenai brand ini. kalau bush steering rack dah rosak atau kemek maka steering sedikit meliar dan kadang-kala pemanduan rasa macam kereta ke kiri dan ke kanan mengikut alunan jalan. untuk mengesan bush yang rosak iaitu semasa park kereta, enjin tidak dihidupkan, gerakkan stereng ke kiri dan ke kanan dengan pergerakan yang cepat dan perhatikan pada steering rack. jika steering rack bergerak mengikut pergerakan stereng tadi maka tibalah masanya untuk menukar bush yang baru


performance suspension bushing SUPER PRO


dua biji steering rack bush untuk wira/waja/lancer dengan harga antara rm80-rm120


jack kereta perlulah digunakan untuk menampung berat kereta dan sebagai langkah keselamatan kerana proses penukaran bush ini banyak bekerja di bahagian bawah hadapan kereta, dengan kata lain bahagian bawah enjin kereta


buka crossmember terlebih dahulu iaitu pertamanya buka nat 17mm pada bahagian mounting hadapan dan belakang. kemudian buka 2 biji nat 17mm bahagian hadapan crossmember dan 2 biji lagi nat 17mm pada bahagian belakang, keluarkan crossmember


buka 2 biji nat 17mm pada bracket bush asal yang terdapat pada kiri dan kanan steering rack


bracket bush kanan telah dibuka dan bush lama telah dikeluarkan


nat 17mm crossmember, nat 17mm bracket bush steering rack. besi bentuk U di sebelah kanan ialah bracket bush RH (kanan kereta)


inilah bush lama yang telah dikeluarkan dan anda nampak getah berpetak di sebelah kanan ialah potongan timing belt lama yang saya lapik pada bush ini. boleh juga dibuat seperti ini tetapi lama-kelamaan bush akan kemek jugak


SUPER PRO dan OEM bush


SUPER PRO ternyata lebih kenyal jika dibandingkan dengan OEM bush dan sebab itulah bush biru tersebut lebih tahan lama jika dibandingkan dengan bush standard


untuk memudahkan pemahaman lihat gambar ini dan bulatan merah ialah tempat bush di pasang pada steering rack


bush RH telah dipasang pada steering rack


ini pemasangan bush LH pada steering rack


dua biji bush telah siap dipasang, maaf gambar tak berapa jelas memandangkan ruang yang sempit pada bahagian bawah kereta


pasang bracket dan ketatkan nat secukupnya... barulah pengendalian kereta mantap dengan adanya bush baru

sekian, terima kasih
jumpa lagi

44 comments:

  1. Salam bro jeff....aritu sy pun dah tukar stereng bush rack super pro gak..mula2 psg stereng ok..tp lama2 rasa mcm ada free ckit..nape eks?

    ReplyDelete
  2. salam bang, sori salah page. nak tnye seat kat wira sy ada 1 soket 3 wayer, belek pnye belek td tertgkla kat wayar 2 tertera lambang mitsu. sy nak tau la wayar 2 untuk ape? harap abg leh bg penerangan. TQ

    ReplyDelete
  3. abg jeff. dimana nak beli super pro bush ni? online ke?

    ReplyDelete
  4. nak tanye ckit bro...keta sy iswara.klu stering berat semcm terutama time nak parking nape ek..sdangkan iswara kwn sy ringan je.bush sate dan lower arm sy dh ganti baru.
    2). Bole tak kita buat alignment sendiri cara manual..masud sy adjust kt end rod mengikut centre stering. Tq.

    ReplyDelete
  5. try cek balik nat kat bracket bush tu, kena ketatkan hingga rapat. soket untuk indicator seat belt kot. seat wira berapa cc ni. bush super pro ni saya beli online. nak alignment setereng kena pergi kedai tayar, nak buat sendiri takut tak center

    ReplyDelete
  6. sy igt bkn seat wira bang tp tuan dlu dah tkar seat. 3 wayar berwarna oren putih dan biru, masuk kat tempat duduk n kat sandar belakang. seat dia warna hitam n kat tgh 2 warna cm seat evo 3. kat seat drivar je ada wayar 2 bang

    ReplyDelete
  7. kumingkinan seat tu ada heater kot, try cek betul-betul

    ReplyDelete
  8. kat mana leh kite beli bush2 super pro..beli online d mana?

    ReplyDelete
  9. x geledah ag seat 2 abg, klo dkt ngan abg leh abg tlong tengok2 kan. hehehe

    ReplyDelete
  10. Salam bro Jeff,
    Bro beli bush tu online kan... bro beli kat mana yek?? boleh kongsikan... tq..

    ReplyDelete
  11. untuk mendapatkan bush super pro sila contact no 0164786000 ftzone aka raymond

    ReplyDelete
  12. Salam. bush super pro ni main dealer dia kat batu caves, hokomoto racing. kdai tu jual super pro sahaja. sume jenis bush ada.

    ReplyDelete
  13. Yup btol tu...beli kt hokomoto area batu cave...sy beli kt situ gak...

    ReplyDelete
  14. salam bro. power steering rack sya berbunyi time pusing kiri....TOK...cam tu la bunyi dia. apa rosak yek?
    carlos

    ReplyDelete
  15. geng,aku pnh kena camtu..flushing minyak power stering pun sama gak..pas2 try tkr 1 set rack end.terus hilang bunyi..cuba la.mana tau

    ReplyDelete
  16. bro...
    aku nyer persona elegant ada lari ke kanan bile drive, tanye mmbe die ckp stereng bush..brape aggaran koss untuk repair benda nie n kat mane ley repair kalau area kl tQ

    ReplyDelete
  17. kat mana saya boleh dapatkan Bush ini?

    ReplyDelete
  18. Area K.Trg ada tak jual benda ni?

    ReplyDelete
  19. area kuala terengganu boleh pergi kat kedai gan tech, jalan tok lam

    ReplyDelete
  20. salam bang...kt area melaka ade x abg kenal mmber2 yg jual bush ni??

    ReplyDelete
  21. kedai gan tech, jalan tok lam tu kat mane???ambe gi doh jln tok lam tp dok jupe kedai gan tech tu...leh bg detail kedai gan tech tu dok???

    ReplyDelete
  22. area melaka saya tak ada member yang jual bush ini. gan tech tu jalan tok lam dan ada satu jalan menghala ke masjid putih, masuk ikut jalan tu

    ReplyDelete
  23. agak2 kat area kl/selangor kat mne bleh cari bush ni?

    ReplyDelete
  24. tunpang tanya brader jeff,untuk tukar bush ni perlu buka dan keluarkan steering rack ke? atau boleh tukar tanpa perlu buka steering rack?

    ReplyDelete
  25. boleh tukar tanpa keluarkan steering rack, buka bracket steering rack kiri dan kanan kemudian tarik ke hadapan sedikit steering rack berkenaan, barulah dapat keluarkan bush lama dan digantikan dengan bush baru

    ReplyDelete
  26. tuan sya sudah tukar rack end kiri kanan, tie rod pun da tukar but still ada bunyi,bush belum tukar lagi la. sya tanya pomen, dia suspek kapling yg bentuk t kecik tu (hujung benda ni boleh pusing ada bearing) tapi sya chek benda tu still mantap lagi, tolong la bro sesiapa penah kena mcm ni. stering free pas tu kalau kita pusing kiri kanan ada bunyi kat stering rack..tok..tok..tok. tolong la tuan
    Carlos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku punya pun ada bunyi tapi ada ke patut pomen tu kata tencener nak kena ganti aku tk percaya tapi bunyi sama mcm kau ckp....so ko dh tukar streeng rack pun madih bunyi lg ke

      Delete
  27. kemungkinan steering rack bermasalah, saya pun tak confirm betul-betul sebab kalau tengok kereta mungkin dapat bantu sikit

    ReplyDelete
  28. This is very helpful. I couldn't find any of this kind of help in other blogs.

    ReplyDelete
  29. sape nk bush ni sy bole tlg order..0104362850..rm80 siap pos

    ReplyDelete
  30. betul ke ko dapat tolong order?

    ReplyDelete
  31. yup broo...buka fb,wocc group..sayer menjual kt forum tu

    ReplyDelete
  32. salam bro nk tye,kete sy bila korner hbs ke kiri rim leh sngkut kt bush sate ape mslh nye ek tq...

    ReplyDelete
  33. Salam bang,

    Bush tu memang tak perlu guna grease ke?

    ReplyDelete
  34. salam bro..Untuk lower arm blakang persona agak2 brapa rm?..ni tefl0n ke?.sowi nubis..

    ReplyDelete
  35. Salam bro kereta saya saga 1.5 auto power steering rack dia ada leaking sebab dlm getah hitam cover tierod tu penuh minyak power steering. boleh repair tukar oil seal ke rack tu. dgn kat mana nak beli. tks

    ReplyDelete
  36. steering rack repair kit ada jual kat spare part, boleh tukar part dalam steering rack. nak tukar seketul steering rack pun boleh jugak

    ReplyDelete
  37. salam... bro jeff.. nk tnya sket.. saya ada terbeli dgn mmbeerr stereng rack complete yg dari halftcut evo3.. jd boleh ke terus masuk kat wira 1.5 AT saya.. sperkara lagi yg bush utk evo 3 punya ada jual x? kt kole tganu kat mana ada..tq

    ReplyDelete
  38. steering rack evo3 boleh plug n play kat body wira. bush steering rack evo3 sama je dengan bush steering rack wira. kat mana-mana kedai spare part area kuala terengganu ni ada jual terutamanya spare part sekitar jalan pulau kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. laju jer abgjeff respon
      .tq.. esk saya mau p tkar yg evo3 punya..yg asal punya masuk ni dh yg ke2 dah..rosak cepat.. satu lagi k tnya abgjeff yg hujung antara besi kcik kat streng rack tu ada satu mcm getah(saya xpasti mgkin org panggil sate kot..) soalan saya jika getah yg kat hujung ru ada koyak sket..bolehkan saya mau tukar yg baru san kat pulau kambing tu ada gak ker kdai tu jual getah tu..nak panggil apa yee? tq skali lagi kat brojeff.

      Delete
  39. salam abg jeff..saya pakai wira 1.5.Dalam keadaan engine mati,sy dapati steering keta saya ada gap bila steering pusing kiri kanan.Saya rasa itulah penyebab steering gegar pg speed 90km/h dan kadang2 ok.Tyre balancing n alignment dh buat.Apakah kemungkinan besar berkaitan dgn steering rack ni?minta bantuan.terima kasih..

    ReplyDelete
  40. brader jeff.
    untuk iswara lmst ada jual ke steering bush ni?
    saya cari mcam takde je..

    ReplyDelete
  41. Salam...klu bole minta alamat kedai yg ada jual PU SUPER PRO ni di sekitar lembah klang terutama sekitar KL dan jg minta alamat workshop bro...bole....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang