Exhaust Gas Temp (EGT) Sensor

exhaust gas temp atau selalunya disebut EGT memainkan peranan penting untuk menunjukkan tahap kepanasan gas exhaust yang dikeluarkan oleh sesebuah enjin. bagi pengguna enjin mitsu selalunya menghadapi masalah indicator exhaust temp selalu hidup pada panel meter. hal ini kerana sensor EGT probe tidak dipasang sama ada oleh pomen atau wireman semasa proses convert dilakukan. oleh itu saya tunjukkan di sini bagaimana cara mengatasi masalah ini dan menjadikan indicator tersebut berfungsi 100%. ada sesetengah pomen mencabut bulb atau tap wiring sensor untuk mematikan indicator berkenaan


ini contoh meter lancer bagi enjin 4g9x atau 4g63. kebanyakan meter japan mileage hanya setakat 180km sahaja melainkan ada keluaran tertentu yang menjangkau ke 240km. dari segi rpm max pula biasanya 8k, 9k manakala untuk enjin mivec lagi tinggi iaitu 10k rpm


kotak kuning ialah indicator exhaust temp


secara normal indicator ini hidup masa on kunci dan akan padam bersama dengan padamnya check engine light. oleh kerana sensor tidak dipasang maka indicator ini akan sentiasa hidup sepanjang masa. sebenarnya indicator ini akan hidup bila exhaust temp terlalu tinggi dan sudah pasti ada masalah tertentu pada kereta


ini ialah EGT probe yang saya order dari UK, selalunya kat negara kita dijual sekali dengan meter EGT dan harganya agak mahal. saya hanya hendak menggunakan probe ini sahaja untuk digunakan pada kereta saya


EGT probe dan fitting


kalau nak tambah meter pun tidak menjadi masalah, hanya beli EGT gauge sahaja


telah siap untuk dipasang pada piping exhaust. selalunya lokasi pemasangan EGT probe ini pada kereta lancer sepert evo/gsr/mivec dibawah berhampirang dengan handbrake kereta iaitu pada piping di bawah kereta


hand drill mestilah digunakan untuk menebuk lubang pada piping dengan saiz yang sesuai untuk memasukkan thread fitting bersaiz 1/8 npt


ini ialah pipe taps iaitu untuk membuat thread bagi memasang fitting sensor. EGT sensor yang saya gunakan thread bersaiz 1/8 npt


setelah lubang ditebuk pada piping gunakan tapper ini untuk membuat thread bagi memasang sensor. proses drill dan membuat thread tiada gambar kerana ruang kerja yang sempit di bawah kereta


selalunya kalau menggunakan full wiring dashboard evo/lancer aka ada 2 wire iaitu wire merah dan putih stripe merah dan inilah 2 wire untuk disambungkan pada wire sensor. tempat bertanda panah ialah kedudukan wire tersebut di bawah carpet, selalunya wire dan soket ada di situ sekiranya anda mendapat fully interior wiring


inilah kedudukan sensor yang dipasang pada piping exhaust


close up kedudukan sensor pada piping. gunakan thread locker yang disapu pada thread fitting bagi mengemaskan lagi pemasangan fitting sensor. di dalam pipe exhaust pasangkan nat thread 1/8 npt untuk menguatkan lagi kedudukan sensor pada piping


on kunci - sensor akan hidup seperti biasa


tidak berapa lama kemudian indicator exhaust temp ini akan padam sama seperti padamnya lampu check engine light. sekarang meter dah fuction sepenuhnya. untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai EGT in bolehlah melayari mana-mana laman web tertentu dengan menggunakan enjin carian GOOGLE dan sebagainya

sekian , terima kasih
jumpa lagi