Fender Signal Lancer

bersua kembali. entri diy kali ini saje untuk mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan yang orang lakukan. selalunya lampu fender signal orang sambung terus ke lampu kecik untuk hidupkan lampu apabila on suis lampu, jadi masa on signal lampu ini akan berkelip-kelip berlawanan dengan kelipan signal asal. saya buat eksperimen ini iaitu dengan menambahkan bulb kecik pada fender signal, jadi on lampu terus hidup dan kalau bagi signal bulb signal tu pulak akan kelip-kelip seperti biasa


signal fender flat evo yang boleh diperolehi sama ada evo1 - evo3. bentuk sama macam wira atau waja tetapi permukaannya flat atau rata sahaja, manakala proton punya ada sedikit timbul atau cembung. ini sahaja yang berbeza antara mitsu dan proton


boleh diperoleh di kedai halfcut dengan harga rm30-rm50 sepasang. dalam mudah pun kebiasaannya ada runner yang menjual dengan harga yang murah. sekarang dah banyak dijual dalam facebook, contact atau pm je mana-mana trusted seller, bank in dan seterusnya nanti seller tersebut akan pos ke alamat kita. cukup mudah nak beli sekarang, tak perlu lagi ke hulu ke hilir mencari di mana-mana kedai halfcut


signal ni flat pada bahagian depan jadi akan nampak rata apabila dipasang pada fender kereta, agak berlainan sedikit dengan signal fender standard wira/satria/putra dan seangkatan dengannya


asingkan lock signal iaitu plastik yang berwarna putih seperti gambar di atas


gunakan hand drill untuk menebuk lubang pada bahagian tepi kemasukan bulb asal, lubang yang ditebuk itu hendaklah bersesuain dengan bulb yang hendak pasang nanti


lubang yang siap ditebuk


di sisi signal tersebut ialah bulb dan soket yang saya ambil dari dashboard iaitu mana-mana lampu pada dashboard, kebetulan saya ada wiring dashboard yang tidak dipakai, maka boleh digunakan untuk menjalankan diy ini. mentol ini sebenarnya kecil sahaja sama seperti bulb di bahagian belakang cigar


masukkan bulb dan soket, boleh letakkan sedikit gam gasket atau silicon sealant pada bahagian yang dimasukkan ke dalam lubang supaya tidak dimasukki air


dah siap mod sepasang fender signal


test lampu sebelum dipasang pada fender, nampak agak terang walaupun bulb kecil sahaja


mungkin suasana dalam rumah agak gelap sebab tu nampak terang


dah siap tambah wiring dan sedia untuk dipasang dan sambungkan wiring pada mana-mana wire lampu kecik, kebiasaannya lampu kecik pada headlamp


on lampu dan bulb ini hidup


semasa on signal lampu signal akan berkelip-kelip seperti biasa


saksikan video di atas, belum diuji pada waktu malam. ada masa saya upload video apabila lampu ini di pasang pada waktu malam

sekian, terima kasih
jumpa lagi