Nuffnang

Saturday, March 17, 2012

Front Caliper Service

bersua kembali... entri kali ini ialah mengenai bagaimana service caliper brake hadapan. kebiasaannya kalau brek dah jem piston caliper akan lekat dan tidak tendang balik, dengan ini akan menyebabkan brek sentiasa menekan disc dan ada ketikanya akan berbau hangit dan kereta akan menjadi berat. lebih teruk disc akan menjadi merah berasap. oleh itu sudah tiba masanya piston caliper diservice dengan menukar brake repair kit yang boleh diperoleh di kedai spare part dengan harga rm30 sahaja


untuk mengeluarkan piston brake anda perlu menekan pedal brake berkali-kali hingga piston keluar seperti gambar di atas. minyak brek akan keluar pada masa ini. lihatlah betapa banyak karat pada piston di atas dan inilah yang menyebabkan brek lekat


sediakan juga minyak brek sama ada dot 3 atau dot 4. botol biru ialah brand BENDIX dengan harga sekitar rm15


keluarkan caliper seperti di atas


piston yang dikeluarkan dari caliper


dust boot yang melindungi piston yang dah koyak, boleh menyebabkan air masuk dan seterusnya menghasilkan karat pada piston


keluarkan klip boot piston seperti di atas untuk mengelurkan getah piston


cungkil oil seal piston


bersihkan piston supaya karat hilang


semburkan WD40 dan gunakan kertas pasi grit 1000 untuk melicinkan piston


piston caliper yang siap dibersihkan


bersihkan juga dalaman caliper dengan menggunakan WD40


dah bersih ruang piston


pasangkan oil seal, dust boot dan klip seperti asal


masukkan dahulu oil seal, dust boot dan klip dengan berhati-hati kerana getah hitam tu mudah koyak jika terkena benda tajam seperti screw driver


dah pun siap dan bolehlah pasang pada kereta anda. jangan lupa untuk menambahkan minyak brek secukupnya dan lakukan proses 'bleeding' untuk membuang bubble trap di dalam hose brake

sekian, terima kasih
jumpa lagi

20 comments:

  1. pernah kah anda mencuba minyak brake jenama ATE selalu digunakan pada kenderaan continental.Cuba cari yg berwarna biru,ia amat bagus untuk kereta lasak dn ketahanan repair kit lebih lama dari jenis dot 4 or 3.Cuba dptkan yg berwarna biru ia boleh melindungi sistem dari berkarat dan brake anda akan lebih hebat.

    ReplyDelete
  2. brand ATE ni kat mana boleh dapat

    ReplyDelete
  3. boh...hok depan piston tolok gitu...
    kalu nk wak tubik piston belakang keno pulas ko..
    keto gapo atas tuh..??

    ReplyDelete
  4. nak keluarkan piston depan kena tekan pedal brake, piston akan keluar sendiri. caliper belakang kena pusing arah lawan jam, piston akan dapat dikeluarkan. atas tu brake mivec/1.6/1.8

    ReplyDelete
  5. biasa ATE dot 4(jernih) senang didapati di kedai spare part merz or bmw tetapi dot 3(biru) kena order dgn spare part volvo.Cuba tanya dgn suplier kalau kt KL biasa didapati sekitar segambut industrial.

    ReplyDelete
  6. biasa ATE dot 4(jernih) senang didapati di kedai spare part merz or bmw tetapi dot 3(biru) kena order dgn spare part volvo.Cuba tanya dgn suplier kalau kt KL biasa didapati sekitar segambut industrial.

    ReplyDelete
  7. biasa ATE dot 4(jernih) senang didapati di kedai spare part merz or bmw tetapi dot 3(biru) kena order dgn spare part volvo.Cuba tanya dgn suplier kalau kt KL biasa didapati sekitar segambut industrial.

    ReplyDelete
  8. Brader Jeff, ada kemuskilan nak clear. Plan nak upgrade brake depan 4 pot Mitsu GTO (1 set) utk Wira SE. Mende nie PnP atau pun nak bikin knuckle atau ape2 lg? Lg 1, rim saiz 16" ngam tak? TQ.

    ReplyDelete
  9. front caliper dah service, tp brek depan wira 1.6 aku masih jem lg, jln dlm 40km dan byk main brekconfirm jem camne tu?
    ...tlg bg idea skit..

    ReplyDelete
  10. piston caliper tu dah makan kot, kena tukar dengan piston baru

    ReplyDelete
  11. tuan...seal kit caliper depan evo 3 senang dpt x?? adakah sama dengan pajero nye??? ada x code no. dia, senang skit nk bertanye kt spare part..

    ReplyDelete
  12. brake repair kit evo sama dengan pajero V6. bagitau je nak yang pajero V6

    ReplyDelete
  13. ooooo...ok, tq tuan jeff_tarca...

    ReplyDelete
  14. slm bang jeff minyak brek kete saya leaking kat caliper...adakah oil seal piston dah rosak??harap bang jeff dapat bantu....

    ReplyDelete
  15. mungkin oil seal dah koyak atau keras.piston mngkin dah haus.

    ReplyDelete
  16. slm bang jeff harap dapat bantu selesaikan masalah yang memeningkan kepala saya ni...masalahnya brek disk depan kete kancil saya sebelah kiri mencengkam lebih kuat dari sebelah kanan sampai kalau brek mengejut bila laju kete boleh terbabas kekiri...saya dah tukar oil seal,dust cover dan bleeding empat2 tayar dengan turutan bersilang...harap bang jeff dapat bantu..

    ReplyDelete
  17. kena service caliper kiri dan kanan, buat bleeding dan try tukar pad baru

    ReplyDelete
  18. caliper kiri dan kanan dah servis tapi masalah tetap x hilang saya dah x de idea....ada pendapat mengatakan mungkin master pump bocor mungkinkah bang jeff???harap bang jeffdapat bagi panduan seterusnya....

    ReplyDelete
  19. Slm bang jeff saya dah dapat selesaikan masalah brek kete kancil saya rupanya piston master pump dah rosak...saya dah beli kit kat kedai spare part RM 38 dan berjaya DIY sendiri dan lepas buat bleeding ikut turutan alhamdulillah brek saya x mengcengkam sebelah lagi...kepuasan x terhingga dapat DIY sendiri dan jimat kos...thanks abg jeff atas panduan2 diberi...

    ReplyDelete
  20. SALAM ABG JEFF,NK TANYA NI,BILA SEJUK KETA JALAN DGN LANCAR,SELEPAS 30KM KERETA RASA BERAT DAN BREK HADAPAN BERBAU HANGIT,SPORT RIM JUGA TERLALU PANAS,APA PENDAPAT ABG JEFF?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang