Front Caliper Service

bersua kembali... entri kali ini ialah mengenai bagaimana service caliper brake hadapan. kebiasaannya kalau brek dah jem piston caliper akan lekat dan tidak tendang balik, dengan ini akan menyebabkan brek sentiasa menekan disc dan ada ketikanya akan berbau hangit dan kereta akan menjadi berat. lebih teruk disc akan menjadi merah berasap. oleh itu sudah tiba masanya piston caliper diservice dengan menukar brake repair kit yang boleh diperoleh di kedai spare part dengan harga rm30 sahaja


untuk mengeluarkan piston brake anda perlu menekan pedal brake berkali-kali hingga piston keluar seperti gambar di atas. minyak brek akan keluar pada masa ini. lihatlah betapa banyak karat pada piston di atas dan inilah yang menyebabkan brek lekat


sediakan juga minyak brek sama ada dot 3 atau dot 4. botol biru ialah brand BENDIX dengan harga sekitar rm15


keluarkan caliper seperti di atas


piston yang dikeluarkan dari caliper


dust boot yang melindungi piston yang dah koyak, boleh menyebabkan air masuk dan seterusnya menghasilkan karat pada piston


keluarkan klip boot piston seperti di atas untuk mengelurkan getah piston


cungkil oil seal piston


bersihkan piston supaya karat hilang


semburkan WD40 dan gunakan kertas pasi grit 1000 untuk melicinkan piston


piston caliper yang siap dibersihkan


bersihkan juga dalaman caliper dengan menggunakan WD40


dah bersih ruang piston


pasangkan oil seal, dust boot dan klip seperti asal


masukkan dahulu oil seal, dust boot dan klip dengan berhati-hati kerana getah hitam tu mudah koyak jika terkena benda tajam seperti screw driver


dah pun siap dan bolehlah pasang pada kereta anda. jangan lupa untuk menambahkan minyak brek secukupnya dan lakukan proses 'bleeding' untuk membuang bubble trap di dalam hose brake

sekian, terima kasih
jumpa lagi