Manual To Digital

bertemu lagi pada bulan mac ini dengan entri mengenai aircond panel dari manual ke digital. entri ini bukan convert dari manual panel wira ke digital mitsu tetapi melibatkan penukaran keseluruhan wiring bawah dashboard dari wiring aircond manual lancer ke wiring digital lancer juga. secara mudahnya kereta ini telah mengubahsuai enjin wira ke enjin mitsu tetapi dapat set aircond manual, jadi untuk mengubah ke digital perlulah disalin keseluruhan wiring dashboar ke wiring digital, begitu juga dengan motor untuk menggerakkan blower dan lain-lain perlu dipindahkan ke blower manual ini. jadi pengubahsuaian ini secara plug in sahaja dan hanya sedikit proses wiring perlu dilakukan


panel digital yang telah siap dicuba terlebih dahulu untuk memastikan segalanya berfungsi dalam keadaan asal. dengan menyambung wire tertentu pada bahagian belakang panel digital ini ke supply - dan + maka kita boleh menguji keadaan screen panel ini sama ada masih lagi berkeadaan baik atau sebaliknya. tidaklah kalau beli di halfcut dan apabila balik pasang kat kereta ada line merah pulak, jenuh pula nak pergi tukar dengan yang lain


panel aircond manual lancer agak berlainan kerana pelarasannya setiap tombol hanya menggunakan manual atau cable sahaja di belakang panel. satu keistimewaan panel manual ini ialah tidak mudah rosak seperti kebanyakan panel digital, lagipun panel manual ini dapat bertahan lebih lama. anda boleh mendapatkan panel manual ini dengan harga sekitar rm150 sahaja siap dapat jam sekali. ada juga panel manual ini yang tidak didatangkan dengan jam digital, kena pilihlah kalau nak yang ada jam


wiring dashboard digital yang hendak dimasukkan pada kereta nanti. nampak agak berserabut dengan wire tertentu kerana masih belum dikemaskan lagi


keseluruhan dashboard dan wiring perlu dibuka, kerja dimulakan seawal jam 9.00 pagi supaya segala kerja dapat disiapkan dalam masa satu hari sahaja


dashboard telah dikeluarkan


keseluruhan wiring perlu dibuka dan ditukar dengan wiring lain


ubahsuai wiring


menyambung mana-mana soket yang tiada pada wiring baru


masukkan wiring baru pada kereta, proses memasukkan wiring tidak diambil gambar secara terperinci, perlu menyambung juga ke bahagian belakang kereta


masukkan dashboard


wiring HU


test aircond digital, dah function


segalanya siap pada jam 5.30 petang


sebelum


selepas

sekian, terima kasih
jumpa lagi