Oil Seal Flywheel

bertemu kembali... entri kali ini ialah mengenai bagaimana menukar oil seal flywheel yang telah rosak iaitu selalunya kalau didapati ada kebocoran minyak hitam sekitar bawah enjin berhampiran gearbox bermakna oil seal flywheel sudah tidak dapat memainkan peranannya dengan sempurna. jadi penyelesaiannya hendak tak hendak terpaksalah turunkan gearbox semata-mata untuk menukar oil seal sahaja, memang memenatkan



gearbox mivec yang telah berjaya diturunkan dengan bantuan 3 buah jack di bawahnya



setalah pressure clutch dibuka maka nampak lah flywheel seperti gambar di atas. 7 biji nat perlulah dibuka untuk mengeluarkan flywheel. gunakan kaedah tertentu untuk memusing nat flywheel kerana semasa anda memusingkan nat flywheel akan turut terpusing sama, fikirkan bagaimana tak nak bagi pusing


nat clutch dan flywheel yang telah dikeluarkan



inilah rupa crankshaft yang disambungkan dengan flywheel dan di bahagian luaran crankshaft itu terdapat satu oil seal besar uantuk menghalang minyak hitam keluar



pandangan atas ruang kerja untuk menurunkan gearbox



keluarkan oil seal dengan menggunakan screw driver flat, saya hanya menggunakan test pen sahaja dan berhati-hati semasa mengcungkil keluar oil seal ini



oil seal yang berjaya dikeluarkan dari tempatnya



ruang kosong antara crankshaft dan holder untuk menempatkan oil seal



oil seal baru dan lama



boleh didapati di mana-mana kedai spare part dengan harga kurang dari rm50



dah siap masukkan oil seal baru



gunakan torque wrench untuk mengikat nat flywheel dan nat clutch



ikat nat flywheel dengan torque 73ft.lbs manakala nat pressure clutch dengan 14ft.lbs

sekian, terima kasih
jumpa lagi