bertemu kembali... entri kali ini ialah mengenai bagaimana menukar oil seal flywheel yang telah rosak iaitu selalunya kalau didapati ada kebocoran minyak hitam sekitar bawah enjin berhampiran gearbox bermakna oil seal flywheel sudah tidak dapat memainkan peranannya dengan sempurna. jadi penyelesaiannya hendak tak hendak terpaksalah turunkan gearbox semata-mata untuk menukar oil seal sahaja, memang memenatkan
gearbox mivec yang telah berjaya diturunkan dengan bantuan 3 buah jack di bawahnya
setalah pressure clutch dibuka maka nampak lah flywheel seperti gambar di atas. 7 biji nat perlulah dibuka untuk mengeluarkan flywheel. gunakan kaedah tertentu untuk memusing nat flywheel kerana semasa anda memusingkan nat flywheel akan turut terpusing sama, fikirkan bagaimana tak nak bagi pusing
nat clutch dan flywheel yang telah dikeluarkan
inilah rupa crankshaft yang disambungkan dengan flywheel dan di bahagian luaran crankshaft itu terdapat satu oil seal besar uantuk menghalang minyak hitam keluar
pandangan atas ruang kerja untuk menurunkan gearbox