Top Overhaul 3

bertemu lagi... hari ni hari ke 3 dan telah pun siap untuk overhaul enjin mivec rakan saya. dah running pukul 4.30 petang tadi, alhamdulillah... segalanya berjalan lancar. sedikit gambar untuk dikongsi bersama


ini thermal intake gasket, penggunaan gasket ini bertujuan untuk mengurangkan bahang kepanasan dari enjin ke bahagian intake


intake gasket yang telah siap dipasang. torque untuk pemasangan nat intake ialah sekitar 15ft.lbs sahaja


ARP head stud bolt sudah tidak asing bagi kakai-kaki kereta kerana bolt ini boleh dikenakan torque yang tinggi dan sangat sesuai bagi yang hendak menggunakan metal head gasket. harga boleh dikatakan agak mahal iaitu sebatang kira-kira rm55.00, untuk head proton atau mitsu anda perlukan 10 batang, kiralah sendiri berapa jumlah keseluruhannya


ARP head stud telah siap dipasang pada blok enjin


metal head gasket mitsubishi ketebalan yang saya gunakan untuk enjin MIVEC ialah 0.6mm


terlebih dahulu spray dengan copper sebagai sealant head gasket. berhati-hati semasa spray copper pada gasket kerana copper spray ini merupakan logam berat, jangan terhidu kabus semburan, sebaik-baiknya pakai penutup hidung dan mulut


head gasket yang telah terpasang pada permukaan blok


head dan camshaft telah siap dipasang pada blok


ini ialah bearing timing belt untuk enjin DOHC


head dah siap dipasang cuma timing belt je belum lagi


masukkan minyak gearbox


belting yang ditukar iaiatu timing belt, alternator belt dan power steering & compressor belt


dah siap bahagian terakhir yang dipasang ialah timing belt dan belting lain yang berkaitan


head gasket dan oil seal flywheel yang sudah menamatkan perkhidmatannya


dah siap sebuah enjin mivec yang menjalani proses overhaul. Alhamdullillah... segalanya berjalan lancar

sekian, terima kasih
jumpa lagi