Nuffnang

Friday, May 4, 2012

How To Use Timing Light

Bersua kembali dengan entri bagaimana cara menggunakan timing light untuk mendapatkan bacaan iginition timing yang tepat atau untuk mengubah ignition timing sama ada hendak retard atau advance. atas permintaan rakan-rakan blog dan face book maka saya paparkan bagaimana cara untuk menggunakan alat ini. ignition timing yang betul dapat membuatkan kereta lebih sempurna pembakarannya dan meningkatkan lagi tahap keupayaan sesebuah enjin kenderaan. bacaan ignition timing ini penting terutamanya bagi mereka yang memasang adjustable cam pulley dan seharusnya selepas pemasangan cam pulley boleh laras kita sepatutnya setkan juga ignition timing agar tidak terlalu advance atau tidak terlalu retard

pelbagai jenis dan brand timing light di pasaran, ada yang bermula dari rm300 dan hingga ke ribuan ringgit harganya. gambar atas merupakan advance timing light iaitu kita boleh setkan berapa bacaan BTDC pada timing light yang dikehendaki dan kemudiannya laraskan cam angle sensor mengikut bacaan yang sepatutnya


 gambar atas ini pula ialah timing light yang biasa digunakan, harga sekitar rm320 seunit dan boleh diperoleh di kedai hardware atau kedai menjual peralatan kereta. penggunaan jeni ini sudahpun dikira memadai dan saya kira dah cukup untuk mengetahui bacaan ignition timing yang dikehendaki nanti


 ini ialah crank pulley dan cam pulley standard iaitu ada sesetengah dari kita menukar peralatan ini dengan peralatan aftermarket yang banyak dijual di pasaran semasa. penggunaan crank pulley ringan boleh mengakibatkan enjin crank menjadi tidak balance dan sebab itu kadang kala ada kita dengan bearing crank boleh rosak akibat penggunaan crank pulley aftermarket, tambahan pula crank pulley after market kebanyakannya tidak terdapat damper seperti yang terdapat pada pulley standard untuk menyerap gegaran. terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau tidak. penggunaan cam pulley aftermarket pula boleh meningkatkan sedikit kuasa kereta jika setting yang dilakukan betul dengan keadaan enjin sesebuah kereta. hal ini boleh dilakukan oleh pomen yang berpengalaman untuk mengubah cam pulley sama retard atau advance


 ini ialah tempat pemasangan crank shaft pulley dengan terdapatnya marking tertentu terutamanya ketika memasang timing belt. kesilapan memasang timing belt boleh menyebabkan kereta terasa berat walaupun salah satu gigi sekalipun pada timing belt tidak betul


 crank pulley aftermarket aloi lebih ringan dari standard. saya sempat memasangnya dulu sekejap saje tetapi kini dah bertukar arah dengan menggunakan crank pulley asal yang ternyata lebih sesuai dengan enjin kereta saya


 sebelum menggunakan timing light, terlebih dahulu cari atau dapatkan soket brown (cokelat) pada dinding ruang enjin atau disebut sebagai firewall. unplug soket tersebut dan sambungkan pin dalam soket itu ke ground dengan menggunakan paper clip atau apa cara sekalipun.


 ini perlu dilakukan untuk mendapatkan basic ignition timing terutamanya pada kereta berenjin mitsu atau wira dengan bacaan BTDC 5 degree. kalau wayar bersoket cokelat ini tidak disambungkan dengan body atau ground maka bacaan yang perlu ialah BTDC 10 degree pada crank


 selepas itu klipkan wire plug piston no. 1 sepert gambar di atas. klip ini biasanya ada sekali dengan set timing light dan pastikan wire plug itu betul


 seterusnya sambungkan klip 12v dan ground (-) pada bateri kereta


 start kereta anda dan jangan risau kerana pada masa ini CEL (check engine light) akan sentiasa hidup kera kita telah sambung wire bersoket cokelat tadi pada ground. perkara ini tidak mendatangkan apa-apa masalah pada kereta dan cara ini memang betul seperti mana yang ditetapkan dalam manual kereta. kemudian halakan timing light pada crank pulley melalui ruang cover timing belt (seperti gambar di atas)


 halakan timing light dan suluh pada crank pulley dan timing marking seperti gambar di atas. pada masa ini lampu timing light akan berkelip-kelip mengikut pusingan crank pulley dan pada masa ini perhatikan kedudukan notch crank pulley pada marking timing tersebut. anda akan dapat lihat kedudukan notch crank pulley pada kedudukan tertentu mengikut bacaan timing marking sama ada 10 atau 5 atau lain-lainnya


 pada masa yang sama kita hendaklah ubah kedudukan cam angle sensor untuk mendapatkan bacaan basic ignition pada BTDC 5 degree


 longgarkan nat 12mm pada cam angle sensor dan ubah kedudukan seperti panah di atas untuk mendapatkan bacaan yang sepatutnya. ubah kedudukan dan kemudiannya lihat kembali kedudukan notch crank pulley dan apabila telah mencapai bacaan yang dikehendaki, ketatkan balik nat cam angle sensor. dah pun selesai...


rajah yang tak seberapa ini sebagai lakaran di mana kedudukan notch crank pulley dan timing marking pada cover bawah timing belt. semoga dengan tutorial ini anda boleh manfaat dan tahu bagaimana hendak menggunakan timing light. selalu kita lihat pomen suluh sesuatu pada keeta kita tetapi kalau dulu kita tak tahu apa yang dibuatnya tetapi sekarang sudah terang lagi bersuluh kita dah tahu apa yang pomen lakukan dengan menggunakan 'lampu suluh'

sekian, terima kasih
jumpa lagi

8 comments:

  1. kedudukan yg mana yg baik utk marking notch crank tu pada marking 15,10,5 dan T? bole abg jeff explain

    ReplyDelete
  2. standard bagi kereta wira/mitsu basic ignition timing dengan pin soket cokelat bersambung ke ground ialah 5 BTDC. saya rasa telah diterangkan kat bahagian atas tadi. resepi untuk setup lain kena sesuai dengan enjin sesebuah kereta. kalau untuk mivec 1.8 block GSRT + piston 93 Dohc saya gunakan basic ignition 2 atau 3 BDTC dengan adjustable campulley intake advance dan exhaust sedikit retard. lain pomen lain resepinya...

    ReplyDelete
  3. abg jeff..bleh tlg DIY supercharge pada 4g15 na tak?

    ReplyDelete
  4. bleh abg jeff tunjukn cara bagaimana buka crank pulley wira 1.5GLi. tujuan nak check marking crank pulley n cam pulley allign ke tak..tq

    ReplyDelete
  5. tak perlu buka crank pulley kalau nak check marking, tengok kat pulley je dan jugak kat campulley

    ReplyDelete
  6. abg jeff, baru2 ni saya hantar kete wira 1.5GLi saya tukar timing belt n valve seal. semenjak tu enjin keta saya idle kasar terutama masa coldstart. Bila saya rujuk balik ke pomen tu dia cakap masalah fuel injection tak stabil dan perlu di replace sedangkn sblm ni kete ok dan xda masalah dari segi idling...minta abg jeff bagi solution..tq

    ReplyDelete
  7. Bro Jeff, lama tk update blog ke? Menunggu update terbaru. Tq.

    ReplyDelete
  8. salam.. bro.. kete sya wira 1.3 carburator... adkah terdapat brown socketdi firewall bagi model carburator.. apakah bacaan BDTC terbaik bagi enjin sy yang standart ini.. tq..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang