Info & Tips Vol. 8

Bersua lagi dengan entri mengenai bunyi-bunyian yang kerap berlaku pada kereta terutamanya kereta proton. kemungkinan disebabkan perkara lain selain yang dipaparkan di bawah boleh menjadi penyebab bunyi tertentu yang tidak menyenangkan berlaku pada sesebuah kereta

gambar atas merupakan sepasang bush sway bar atau juga dikenali sebagai front anti roll bar iaitu lokasinya pada bahagian bawah kereta yang dipasang pada subframe dan hujungnya terdapat bush sate. sekiranya bush ini sudah rosak sudah pasti akan kedengaran bunyi seperti besi berlaga semasa membawah kereta lebih-lebih lagi ketika melalui jalan tidak rata. gambar atas bush sudah koyak dan bracket bush berlaga dengan anti roll bar dan sebab inilah bunyi akan keluar. cara mengujinya, jack kiri kanan kereta, buka tayar kiri dan kanan, buka bush sate kiri kanan dan bolehlah pegang hujung anti roll bar sambil gerakkan ke atas dan bawah serta tolak dan tarik. sekiranya terlalu longgar saya cadangkan tukar bush ini

ini pula ialah rear lower link atau bahasa yang selalu disebut sebagai 'tulang anjing' pendek yang berada di bahagian belakang tepi kereta berhampiran dengan kedudukan tayar. sekiranya bush tengah rosak boleh menyebabkan bunyi akan keluar seperti bunyi di atas tadi. cara mengujinya, jack kereta, buka tayar dan dengan menggunakan spanar hidup cuba naik dan turunkan bahagian tengah lower link ini, kalau ada goyangan kuat sudah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru atau boleh juga dapatkan di kedai halfcut yang diambil dari evo, lagi mantap
bush sate di atas yang penyek juga boleh menyebabkan bunyi tertentu. ini disebabkan besi tengah bush berlaga dengan lower arm. boleh tengok secara visual keadaan bush yang rosak. dicadangkan menukar dengan bush silikon ataupun boleh membeli brand PU super pro bush, lebih tahan lasak
bearing hub belakang yang rosak juga boleh menyebabkan bunyi iaitu bunyi dengung yang ketara semasa memandu kereta. kenal pasti bunyi bahagian mana yang rosak melalui pendengaran anda semasa memandu. cara lebih jelas lagi untuk mengujinya ialah jack kereta dan pusingkan tayar, sekiranya ada pergerakan yang tidak lancar atau ada bunyi tertentu bermakna bearing dah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru. bearing hub belakang seperti di atas dijual seketul di mana-mana kedai spare part
bearing tayar hadapan pun sekiranya rosak akan mengeluarkan bunyi seperti yang saya nyatakan di atas. kalau bearing belakang boleh dibeli dan dipasang secara DIY tetapi tidak bagi bearing hub hadapan. terpaksa keluarkan knuckle dan bawa ke kedai spare part dan kebanyakan kedai spare part menyediakan perkhidmatan press keluar bearing lama dan masuk bearing baru
driveshaft yang rosak akan mengeluarkan bunyi semasa membuat pusingan U dengan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. ini disebabkan outer cv joint dah rosak dan bersedia untuk ditukar. untuk makluman kebiasannya kalau semasa u-turn kiri cv joint kanan yang rosak dan sekiranya u-turn kanan, cv joint kiri yang rosak
 gambar atas pula ialah inner cv joint yang rosak akibat minyak grease keluar disebabkan boot yang bocor. sekirranya boot driveshaft kereta anda bocor, jangan berlengah lagi, cepat-cepat tukar dengan yang baru kerana sekiranya tanpa disedari dalam masa seminggu sahaja inner cv joint boleh rosak teruk. jika ada tompokkan minyak grease pada mana-mana bahagian enjin kereta, silalah periksa boot driveshaft kereta anda
bunyi seperti besi bergesek pada bahagian brake menandakan pad brake dah haus dan bersedia ditukar dengan yang baru. bunyi ini dihasilkan daripada indicator brake pad sebagai menandakan pad dah haus dan habis

bearing magnet compressor juga boleh menyebabkan bunyi tertentu iaitu semasa kita memasang aircond ada kedengaran bunyi besi bergesek dengan sesuatu, periksa bearing magnet clutch compressor anda. sama juga dengan bearing yang lain akan mengeluarkan bunyi gesekan sekiranya sudah rosak

bunyi belting luar juga boleh kedengaran sekiranya dalam keadaan kendur ataupun sudah haus. sekiranya berbunyi terlebih dahulu cuba tegangkan belting tersebut dan kalau masih ada lagi bunyi tukar dengan yang lain

top mounting absorber juga boleh mengeluarkan bunyi tertentu apabila telah rosak terutamanya semasa menaiki bump. anda boleh melihat secara visual keadaan bus di tengahnya dan kerosakan biasa dapat dikenal pasti dengan keadaan bush yang crack atau koyak

bagi pengguna myvi sudah tidak asing lagi dengan bunyi yang dihasilkan daripada pin caliper. ada yang tukar pin baru dan sekarang sudah ada pin aftermarket yang dibuat khusus dengan meletakkan o-ring pada pin untuk mencegah bunyian tersebut. cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini ada dalam entry terdahulu dalam blog saya

penggunaan spring sport juga mendatangkan masalah dengan mengeluarkan bunyi tertentu. cara mudah hendak mengatasinya ialah ada yang memasang getah paip sepanjang 6 inci pada bahaian atas dan bawah spring tersebut


sekiranya pada bahagian meter kereta anada ada mengeluarkan bunyi tik-tik-tik periksalah cable meter kerana kerosakan cable meter boleh menyebabkan bunyi tersebut. tukar dengan cable meter yang baru ataupun boleh dapatkan cable meter 2nd hand di kedai halfcut

ini pula ialah conrod bearing yang telah rosak dan sudah mengeluarkan bunyi tertentu. ketika kereta dihidupkan rev kereta sekitar 3k rpm dan jika terdengan ketukan pada bahagian enjin bermakna conrod bearing telah rosak

terima kasih
sincerely - jeff tacra