Clutch & Bearing

entri kali ini merupakan sebagai info sahaja bagi pengguna kereta berkaitan dengan clutch dan bearing clutch. sekiranya clutch dah menunjukkan tanda-tanda nak habis atau pun dah slip bermakna terpaksalah ditukar dengan yang baru. pemilihan jenis clutch sangat penting dan haruslah bersesuaian dengan cara pemanduan seseorang, ada yang berkehendakkan clutch yang standard dan tidak kurang juga yang inginkan performance untuk kenderaan masing-masing. part yang kedua pula saya akan tunjukkan bearing clutch brand NTN iaitu perbezaan antara made in japan dan made in thailand

PART 1

untuk menukar clutch boleh dikatakan kerja berat juga yang perlu dilakukan memandangkan kena turunkan gearbox yang agak berat. memerlukan ruang kerja yang selesa, jack stand sangat penting kerana banyak kerja dilakukan di bahagian bawah kereta. gambar atas menunjukkan pressure clutch yang masih terpasang pada enjin

clutch brand exedy standard 4g92 mitsubishi, nampak 'kuku' clutch agak besar tapi bila ditekan pedal clutch tidaklah seberat seperti kebanyakan clutch racing

 clutch plate standard exedy made in japan, lebih dikenali organic clutch

sistem clutch sesebuah kereta terdiri daripada 3 komponen utama iaitu pressure clutch atau selalu disebut clutch cover, clutch plate dan kemudian bearing clutch

inilah yang saya nyatakan di atas tadi iaitu plate clutch metal untuk racing clutch, gambar atas ialah brand exedi 4 puck dan kalau sebelum ini hanya ada 3 puck sahaja. clutch 4 puck ini mengurangkan gegaran tidak pada 3 puck sebelum ini. penggunaan clutch metal seperti ini akan menyebabkan kehausan flywheel dengan kadar yang cepat jika dibandingkan dengan organic clutch

ini ialah clutch racing brand triniti made in malaysia. perhatikan plate clutch ini yang mempunyai 6 puck metal tetapi tidak mempunya spring di tengah-tengahnya dan hal inilah yang menyebabkan gegaran berlaku semasa kereta mula bergerak. clutch racing juga ditangkan dengan pressure clutch yang agak keras apabila pedal clutch ditekan kerana untuk menghasilkan grip yang cukup kuat bagi memulakan pergerakan sesebuah kenderaan. lain pula dengan clutch standard, rasa lebih lembut

ini merupakan tool untuk align clutch plate semasa pemasangan keran dengan penggunaan tool ini clutch plate akan berada betul-betul center dan tidak menyebabkan sebarang kemungkinan gegaran akan berlaku. ada juga pomen yang menghasilkan tool sendiri dengan menggunakan peralatan tertentu


PART II
 set clutch bersama bearing clutch brang NTN

bearing clutch brand NTN made in thailand (kiri) dan made in japan (kanan). kotak ada perbezaan sedikit iaitu yang japan punya lebih tebal jika dibandingkan dengan yang thailand. thailand rm30 manakala japan rm35. 
perhatikan bahagian tengah yang bertanda bulatan merah, thailand punya diperbuat daripada besi manakala yang japan punya bukan besi, dibuat dari bahan lain. oleh itu yang japan lebih baik kerana bahagian tengah tersebut akan sentiasa bergesel dengan shaft gearbox, lebih tahan dan rasa pedal clutch pun smooth sikit, yang besi lama-kelamaan bila gris hilang akan ada rasa macam geselan, pergerakan pedal clutch rasa ada sangkut-sangkut sikit

made in japan ada klip sekali manakala yang satu lagi tidak ada tapi boleh menggunakan klip asal, tak jadi masalah apa pun

ada sela NTN bagi japan tapi thai tak ada

kotak japan lebih tinggi dari yang satu lagi

ada tag JAPAN manakala yang thai tidak ada apa-apa, so sekarang pilihan di tangan anda, kedua-duanya boleh pakai, tak jadi masalah apa pun

terima kasih
sincerely - jeff tacra

Evo Rear Skirt For Wira

bersua kembali dengan entri mengenai pemasangan skirt belakang evo3 untuk dipadankan dengan bumper wira sedan. sedikt pengubahsuai perlu dilakukan kerana bumper evo lebih pendek daripada bumper wira sedan, oleh itu skirt evo pendek sedikit tambahan pula lengkungan pada bahagian hujungnya kena dilakukan pengubahsuaian agar padan dengan bumper wira. sekiranya dipasang pada bumper wira aeroback hanya plug n play sahaja tanpa apa-apa mod dilakukan. mod yang saya lakukan ini kerana hendak disesuaikan dengan side skirt GSR. ikuti cara di bawah ini

rear skirt evo 3 sangat sesuai dipadankan pada bumper wira yang telah dipadankan dengan side skirt evo3. sekiranya menggunakan skirt ini bagi kereta yang menggunakan side skirt evo nampak agak janggal sedikit kerana nampak agak labuh. harga sekarang sekitar rm150 sepasang. kebetulan saya dapat agak murah maka bolehlah memulakan projek yang sekian lama hendak dilakukan tetapi tertanggug akibat barang yang mahal ini

pastikan semasa membeli rear skirt ini anda dapat sekali bracket besi bagi memudahkan pemasangan pada bumper kereta nanti kerana bracket yang mempunya thread skru ini tidak dijual di kedai spare part. pastikan dapat complete barang yang dibeli untuk memudahkan kerja nanti

potong bahagian bawah hujung skirt yang berlengkok seperti gambar diatas kerana untuk memudahkan melentur supaya lurus untuk dipadankan pada bumper sedan. kalau bumper wira aero tak perlu mod apa-apa, just plug n play

buang bahagian yang dipotong tadi supaya menjadi seperti gambar ini. bahagian bucu yang tajam di hujung tu pun kena buang juga iaitu pada lubang skru dihujungnya

bahagian bawah pun dipotong sebab seperti yang saya nyatakan di atas iaitu untuk disesuaikan dengan side skrit gsr, nampak pelik sedikit kalau masuk rear skirt ni dengan skirt gsr

potong dengan menggunakan gergaji besi hingga putus seperti gambar atas

bahagian bawah dan bahagian atas yang telah dipisahkan

kelihatan pada bahagian bawah setelah pemotongan dilakukan, tidak perlu buang bahagian kanan kerana lubang skru tu masih diperlukan untuk dipasangkan pada bumper nanti

siap sedia untuk dipasangkan pada bumper wira sedan

sebelum tu dengan menggunakan hair dryer panaskan bahagian hujung skirt yang melengkung untuk dilenturkan supaya menjadi lurus sesuai dengan bumper wira

tandakan dan tebuk lubang nat bersaiz 10mm seperti di atas. ambil ukuran pada skirt

3 lubang di atas ini untuk dipadankan dengan lubang yang ditebuk tadi manakala dua lubang di bawah untuk dipasangkan pada bahagian bawah bumper

selesai dipasangkan pada bumper wira sedan

bumper sebelah kanan

bumper kiri

nampak sesuai dengan skirt tepi GSR

terima kasih
sincerely - jeff tacra