Rear Wheel Bearing Installation

bersua kembali dengan entri mengenai penukaran rear wheel bearing bagi proton wira. saya kira telah ada entri terdahulu di dalam blog ini mengenai wheel bearing ini. kebetulan hari ini sempena cuti tahun baru cina ada rakan yang datang dan meminta saya naik keretanya untuk mendengar bunyi pelik dari bahagian hadapan keretanya. setelah duduk dan rakan saya membawa keretanya saya pasti bunyi itu bukan dari bahagian hadapan tetapi bunyi bearing dari tayar belakang dan apabila diperiksa ternyata bearing belakang sudah rosak. cara nak mengujinya ialah, jack bahagian belakang kereta dan pusing tayar belakang dan akan kedengaran geselan bearing ini dan pergerakan tayar menjadi tidak smooth seperti yang sebelah lagi


video menunjukkan jelas kedengaran wheel bearing yang telah rosak dan sudah sampai masanya untuk ditukar dengan yang baru. sekiranya rosak bearing ini semasa kita memandu kereta memang akan jelas kedengaran bunyi dengung daripada bahagian ini, amati betul-betul sama ada bahagian belakang atau hadapan, sama ada kiri atau kanan kereta

pertamanya jack kereta dan keluarkan cable handbrake seperti yang ditunjukkan di atas. umpil bahagian cable handbrake dan keluarkan cable dengan menariknya ke bahagian hadapan kereta



 buka nat caliper dan angkat caliper ke atas dan seterusnya keluarkan brake pad. seterusnya buka nat 14mm untuk keluarkan caliper brake daripada bracketnya


 keluarkan caliper dan bracket


 buka penutup tengah skru hub


 nat hub pada bahagian tengah bearing


 keluarkan rotor disc


 buka nat tengah


terdapat beberapa jenis hub bearing di kedai spare part. owner memilih untuk membeli bearing brand KOYO tetapi anda terdapat beberapa pilihan lain seperti bearing made in taiwan dengan harga rm50-rm60 sahaja. kalau brand koyo sekitar rm120-rm130 satu. pilihan di tangan anda tapi saya cadangkan ambik brand KOYO, NSK atau NTN kerana telah terbukti mutu dan ketahanannya


rear wheel bearing sama ada yang menggunakan disk belakang atau drum brake sama sahaja antara keduanya, begitu juga tanpa mengira cc kereta yang bermula daripada 1.3-1.8 proton adalah sama sahaja bearingnya


 keluarkan bearing


 lama dan baru


 masukkan bearing baru dan ketatkan nat tengah secukupnya


apabila dah siap, pasangkan semula komponen lain seperti asal


terima kasih
sincerely - jeff tacra