agak lama blog saya ni tak diupdate, maklumlah agak sibuk sikit dengan kerja-kerja diy nak hybridkan sebuah jentera 92 ke 93. banyak kerja yang perlu dilakukan sebab buat kerja pun sorang diri, tidak ada pembantu, hanya sekali je terpaksa mintak bantuan kawan untuk mengangkat blog 93 untuk dimasukkan ke dalam engine bay wira. paparan kali ini saya tunjukkan alatan yang digunakan untuk menjalankan projek hybrid ni, sudah tentu memakan belanja yang agak besar sebab saya menggunakan barang-barang performance
semua belt tukar baru iaitu timing belt, alternator belt serta compressor & power steering belt. belt brand BANDO yang digunakan
belt original mitsubishi
ini barang dalaman enjin, iaitu satu set piston ring, satu set engine bearing terdiri daripada conrod bearing, main bearing dan trust washer. bearing ni dari jenama ACL RACE SERIES manakala piston ring RIKEN JAPAN
injector asal tak akan dipakai lagi, jadi saya menukar injector asal 240cc ke injector 275cc ambik dari model eterna NA sebab perlu gunakan injector high impendance. kalau injector turbo low impendace, kena pakai resistor pack pulak
gambar timing belt 4G94
sealant yang digunakan iaitu gasket head copper spray, permatex ultra grey, exhaust gasket maker dan thread locker
water pump pun tukar baru barang ori proton beli kat SC proton
stud ARP dua kotak iaitu satu untuk head dan satu lagi untuk crankshaft
metal head gasket
metal 0.45mm for 4G93
gasket besi tu ialah untuk extractor manakala yang dibawahnya ialah untuk intake manifold
bersambung ke vol. 2 (click here)
terima kasih